Monday, August 6, 2012

kenali musuh no. wahid

http://ikanlepu.blogspot.com/


Ia kisah untuk mengenali sang syaitan-iblis laknatullah - yang ada dalam diri setiap orang di antara kita. Cuma degreenya mungkin berlainan; ada syaitan besar dan ada syaitan kecil. Iblis, sebagai ketua sekadar memberikan arahan mengikut tahap cabarannya; liat atau rapuh iman seseorang anak-cucu Adam a.s. yang hendak digoda. 


Thread ini tidak bertujuan untuk mengukur iman atau maksiat seseorang. Kita tidak juga berkeinginan untuk mengejutkan syaitan yang tidur nyenyak dalam diri sesiapa. Ia sekadar perbincangan umum - kalau dapat mengenali 'siapa' yang menguasai diri; kita sendiri atau ada sahabat sejati yang mengadu-domba dalam diri. 

Perli diingat, syaitan atau ketuanya itu, iblis memang tidak suka; tidak suka kita memperincikan kerja n peranan mereka. Ia akan menghalang dengan mengocok, "Jangannnnn!" 

"Hek...elleh, dia ni cuma merapu sendiri saja..." 

"Jangan masuk... biar mati thread ini," bisiknya lagi. 

Dan dukacita dimaklumkan bahawa thread ini TIDAK AKAN memenuhi kehendak nafsu sesiapa yang masih tebal sifat syaitan-iblisnya. 

Syaitan dan iblis itu tidak berbentuk seperti seekor anjing atau seketul jisim pepejal. Ia juga tidak dapat dipegang untuk dilemparkan ke dalam longkang. Sedangkan penangannya cukup untuk mencelakakan, iaitu membinasakan makhluk yang bernama manusia jika alpa dan lalai. 

Itulah produk hiliran sang hamba yang asalnya cukup taat beribadat kepada Allah swt. 20,000 tahun penuh zuhud Azazil beribadat sehingga diangkat menjadi ketua bagi para malaikat. Malah dialah yang mengajarkan malaikat akan cara-cara untuk tunduk menyembah Allah swt (Orang tua-tua kita ada ceritakan bagaimana ada malaikat yang kerjanya berdiri tegak dalam keadaan 'i'tidal, ada yang tunduk ruku' dan ada yang sentiasa berada dalam keadaan menyembam sujud). 

Namun, sikap angkuh dan sombongnya terserlah (biar alim setara mana sekalipun, jika tanpa diiringi rasa 'ikhlas'), apabila tiba saat Allah swt jadikan Adam a.s untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Dan Azazil (asal keturunan iblis, setan dan jin) pun segera menyanggah. 

"Aku terlebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan dia daripada tanah." - Al- A'raaf: 12 

"Allah berfirman: Turunlah engkau dari syurga, tidak pantas engkau berlaku sombong dalam syurga, maka keluarlah, sesungguhnya tetap engkau termasuk orang-orang yang hina." - Al-A'raaf: 13 

Peristiwa ini adalah saat yang paling memilukan - bagaimana seorang hamba yang alim penuh zuhud dan paling disayangi Allah swt sedia berlaku biadab dan angkuh di hadapan Pencipta dirinya. Puncanya, dikeranakan ibadat yang tidak ikhlas - sekadar menunjukkan kealiman diri (bukan bermakna Allah swt tertipu dengan lakonannya - memang itupun adunan Allah swt untuk menunjukkan KeberkuasaanNya dalam mengaturkan sesuatu!). 

Hikmahnya, adalah untuk dijadikan iktibar buat umat-umat yang terkemudian sebagai panduan dalam kehidupan. Namun jenis makhluk yang tidak ikhlas dan keras hati ini agak pelik corak pendekatannya. Dia lalu memohon daripada Allah swt. 

"Dia berkata: Disebabkan Engkau menyesatkanku, maka aku akan duduk(mengintip) mereka atas jalan Engkau yang lurus." - Al-A'raaf: 16 

"Kemudian aku datang kepada mereka (memperdayakan) dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. (Sehingga) kebanyakan mereka, tiada berterima kasih kepada Engkau." Al-A'raaf: 17 

Baru nampak belangnya yang sebenar. Bukan dia nak berasa insaf terhadap kemurkaan Allah swt, sebaliknya ingin melampiaskan segala yang terpendam dalam hati busuknya. Dia masih memohon sebagai satu permintaan terakhir . 

"Berkata iblis: Hai Tuhanku! Demi, sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan kusesatkan mereka itu kesemuanya." - Al-Hijr: 39 

"Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas." - Al-Hijr: 40 

"Allah berfirman: Inilah jalan yang lurus bagiKu." - Al-Hijr: 41 

"Sesungguhnya, hamba-hambaKu tidak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang-orang yang sesat." Al-Hijr: 42 

"Sesungguhnya, neraka jahannam tempat siksaan mereka semuanya." Al-Hijr: 43 

Ini Allah swt lakarkan dalam Al-Quran, sebuah kitab suci yang penuh mukjizat bagi orang-orang Islam yang mau beriman. Ia bukan sebuah cerita penglipur-lara atau dongeng legenda untuk suka-suka sekadar menyeronokkan sesiapa yang membaca. Ia sebuah kitab yang penuh dengan panduan kehidupan - zahir dan batin.



Ini adalah peringatan Allah swt akan janji iblis laknatullah setelah dia dengan kesombongan yang tiada tara, berazam utk melampiaskan rasa terbuku dalam hati dan dendamnya terhadap anak-cucu Adam a.s; setelah 'bapa' sekelian manusia itu dilantik sebagai khalifah di atas muka bumi. 

Tidak dapat tanduk telinga pun jadi; untuk dipulas-pulas buat menyesatkan agar bersama-sama dengannya kelak berbondong-bondong masuk ke dalam neraka Allah swt di hari akhirat nanti. 

Itu azam dan permohonannya dan... Allah swt sebagai Zat yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan itu telah menzahirkan keadilanNya, maka permohonan itu diterima - dengan bersyarat. Syaratnya adalah seperti yang termaktub dalam ayat ke-42 surah Al-Hijr itu. 

"Sesungguhnya, hamba-hambaKu tidak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang-orang yang sesat." 

Ia tanda keadilan Ilahi ke atas hamba-hambaNya sama ada yang engkar seperti iblis laknatullah mahupun haiwan atau manusia yang kufur dan yang beriman juga. Allah swt jelaskan bahawa iblis takkan berkuasa apa-apa ke atas hamba-hamba Allah swt yang taat dan ikhlas. 

Dia, iaitu Allah swt cuma berlepas tangan terhadap mereka yang kufur dan sesat; sebagai habuan tinggalan bak sampah yang busuk dan bertaburan. Namun sebagai tanda kasih dan sayangNya, Allah swt masih menurunkan 124,000 orang Nabi serta 25 Rasul serta 4 buah kitab buat penunjuk jalan agar sekelian hambaNya terhindar dari jalan kesesatan dambaan iblis laknatullah itu. 

Namun jaminanNya adalah tuntas buat mereka yang benar-benar beriman dan ikhlas berada di atas jalanNya saja - jalan kebenaran. 

Pun begitu dalam membicarakan bab-bab mengenai iblis laknatullah ini nanti akan wujud iring-iringan iblis berupa manusia yang tidak ingin melihat manusia lain mengenalinya secara dekat. Iblis berupa manusia itu akan jengkel jika ada di kalangan hamba-hamba Allah swt yang berusaha mendekatkan diri kepada Zat Yang Satu Wajib al-Wujud itu. 

Ini pasti kerana Allah swt telah menetapkan; 

"Sesungguhnya, sejahat-jahat yang melata (di muka bumi) di sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan bisu, mereka tiada memikirkan apa-apa pun." - Al-Anfaal: 22

Jika dibantu oleh teman-teman kita akan berjaya mengharungi fitnah akhir zaman secara tenang dan wewenang. Bagi tujuan demikian, musuh kita yang paling nyata itu hendaklah dikenali seluruhnya dengan cara bersungguh-sungguh.

Jika dikenali musuh maka mudahlah kita untuk mengelak jika tidak pun untuk memeranginya. Namun manusia sebagai 'sebaik-baik kejadian' di atas muka bumi ini hendaknya jangan jadi seperti gajah; badannya saja yang besar, bertenaga tetapi berjiwa kecil - penakut n mudah lembik dalam situasi yang mencabar.

Maka banyaklah songehnya, kerana kita kena faham... iblis memang tidak suka sesiapa pun cuba untuk mengenalinya, jauh sekali daripada menghindarinya. Ini disebabkan... anak-cucu Adam a.s. itu adalah 'bahan makanan'nya yang utama.

Tanpa manusia, iblis mati kira-kira.

Sebelum pergi lebih jauh elok kita kenali dlu jenis anak iblis yang sering menggoda manusia. Ada 9 jenis kesemuanya.

‎9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak iblis:

1. Zalituun
... Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasimakan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak iblis yang sering mengganggu kamu? Adakah jenis Walahaan,iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini atau masuud yang meniti di bibir untuk menyebarkan fitnah?


Surah Yaasin, ayat 60 hingga 65, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud; 


 

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! 
(Yaa Siin 36:60)
 



 

"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. 
(Yaa Siin 36:61) 




 

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? 
(Yaa Siin 36:62)
 



 

"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
(Yaa Siin 36:63)
 



 

"Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!" 
(Yaa Siin 36:64)
 




 

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
(Yaa Siin 36:65)
 




hari ni 18 jamadil akhir 1433 hijriah, malam ni khamis malam jumaat, jom ramai ramai kita baca surah Yaasin yang mengandungi pelbagai keberkatan dengan izin Allah s.w.t, dan hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha mengetahui segala fadhilat yang ada di dalam surah Yaasin ini 


bacalah dengan nama Allah s.w.t, bacalah dengan tidak laju dan tidak perlahan, bacalah dengan nada yang tidak perlahan dan tidak pula terlalu kuat, bacalah al qur'an dari hatimu, semoga kita yang hina lagi jahil dan dhaif ini mendapat naungan Allah s.w.t di hari pembalasan, sesungguhnya kita sering menganiayai diri sendiri dan sesama kita, ujian itu lumrah dunia yang sementara ini

"Sesungguhnya, telah Kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang terang dan tiadalah yang menyangkalnya, kecuali orang-orang fasik." - Al-Baqarah: 99

Ayat ini ditujukan kepada Baginda Rosulullah saw tentang penolakannya oleh beberapa kerat orang (dgn bahasa yg lembut n manis berbahasa) yg dikenali sebagai golongan fasik.

Perlu diingat, dlm masyarakat Melayu agak sudah membudaya sikap suka banyak soal dan banyak berdalih ini. Selepas banyak soal, mereka akan loyar buruk, pusing sana-sini untuk tujuan mengenakan orang plak.

Kesannya, dalam majlis ilmu kehadiran amat mendukacitakan. Jauh sekali orang Melayu yang mau belajar agama secara tetap - mengadap guru n menadah kitab. Sebab masing-masing sudah merasakan bahawa mereka sudah agak berilmu; drp ilmu yang dikutip dari merata tepi jalan n kedai kopi.

Ini adalah sebahagian daripada peranan iblis dalam memesongkan perhatian anak-cucu Adam a.s. daripada iman yang ada di dalam dada.


Allah swt telah memerintahkan seorang malaikat supaya pergi kepada raja iblis syaitan alaihi laknat menyuruhnya mengadap Nabi Muhammad saw bagi mengkhabarkan segala jenis rahsia yang disukainya serta sekelian yang dibencinya.

Tujuannya, adalah kerana membesarkan ketinggian darjat Nabi Muhammad saw dan juga agar ia menjadi sebuah perisai dan peringatan sekelian umat Muhammad saw.

Maka datanglah malaikat itu ke hadapan iblis alaihi laknat dengan berkata, "Hai iblis! Bahawa Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Besar menyuruh engkau pergi mengadap ke hadrat Rasulullah saw. Hendaklah engkau bukakan segala rahsiamu dan apa jua yang disoal oleh baginda dan hendaklah kamu menjawab dengan sebenar-benarnya. Jika engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya akan diputuskan segala suku-suku daripada anggota badanmu dan segala uratmu serta disiksakan dengan azab yang amat keras.

Demi mendengar perintah malaikat tersebut terasa benar dahsyatnya serta dengan amat ketakutan maka segeralah dia pergi mengadap. Iblis merupakan dirinya seperti seorang tua yang buta sebelah matanya siap dengan berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjang bagaikan ekor lembu.

Sebaik tiba di hadapan baginda saw, iblis memberikan salam dengan penuh takzim sebanyak 3 kali namun tidak dijawab oleh baginda saw.

"Ya Rasulullah saw! Mengapakah tuan hamba tidak mau menjawab akan salam hamba? Bukankah salam itu teramat mulia di sisi Tuhan?"

"Hai aduwallah seteru Tuhan! Kepada akukah yang engkau tunjukkan helahmu? Berpatutanlah muka kamu dengan hal kamu itu untuk menipu aku sebagaimana yang telah engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga dikeluarkan dari syurga?"

"Habil mati teraniaya angkara dibunuh oleh Qabil dengan sebab hasutan engkau. Nabi Allah Ayub a.s pula engkau tiup dengan asap racun pada masa dia sedang sujud di dalam sembahyangnya sehingga sekian lama dia menanggung azab sengsara.

Kemudian kisah Nabi Daud a.s dengan perempuan pahlawan Urya dan Nabi Sulaiman a.s meninggalkan kerajaannya kerana engkau telah menyerupakan dirimu seperti isterinya lalu engkau larikan cincinnya.

Demikian juga beberapa anbiya yang telah menanggung sengsara dan aniaya oleh perbuatanmu yang khianat.

Hai iblis! Sebenarnya salam itu tersangat mulia pada Tuhan Azza Wajalla. Hanya salam engkau sahaja yang aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan oleh Tuhan. Engkau ini telah terkena laknat serta telah ditentukanNya engkau dalam neraka yang amat keras siksanya.

Maka aku kenal benar-benar bahawa engkaulah iblis raja segala syaitan yang menyamar. Apakah kehendak engkau datang mendapatkan aku ini?"

Maka sembah raja iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Demi sebenarnya tuan hamba khatamin nabiyyin walmursaliin dan kekasih Allah Taala maka dapat kiranya tuan hamba kenal akan hamba.

Ya Nabi Allah! Kedatangan hamba ini adalah dengan izin Tuhan jua setelah mendatangkan seorang malaikat yang menyuruh hamba mengadap ke hadrat tuan hamba. Tujuannya, agar tuan hamba tanyakan apa sahaja tentang hal-ehwal umat-umat tuan hamba maka bersedialah hamba khabarkan dengan berterus-terang akan segala jenis tipu-daya hamba sejak dari zaman Nabi Adam a.s. hingga ke zaman yang terkemudian daripada tuan hamba; di mana hamba goda melalui sekian banyak simpang dan jalan yang sesat supaya binasa mereka itu dengan tipu-daya hamba yang tersangat halus.

Ya Nabi Allah! Setiap yang tuan hamba tanyakan itu bersedialah hamba jelaskan segalanya satu-persatu dengan sebenar-benarnya tanpa berani hamba sembunyikan.

Maka raja iblis pun bersumpah dengan menyebut nama Tuhan, "Ya Nabi Allah! Kiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekalipun nescaya hancur leburlah diri hamba ini terbakar menjadi abu."

Maka baginda saw pun tersenyum sambil berkata di dalam hatinya, bahawa inilah satu peluang untuk dapat aku menyiasat segala perbuatannya supaya didengar oleh sekelian sahabatku yang hadir dalam majlis ini. Biar ia menjadi suatu senjata atau perisai kepada sekelian umatku hingga di kemudian hari kelak.

Soalan baginda saw yang pertama adalah, "Hai iblis! Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan betapa pula aku ini kepada engkau?" 

Maka sembah raja iblis, "Tuan hambalah musuh hamba yang terlebih besar daripada segala seterus hamba yang ada di atas muka bumi ini." 

Maka Nabi saw pun memandang ke muka iblis, dan serta-merta menggeletar seluruh tubuh iblis dengan penuh ketakutan. 

"Ya Khatamul Anbiya! Akan hamba ini dapat menjadikan diri hamba ini sebarang rupa manusia, binatang dan lain-lainnya sehingga suara pun tiada sikit pun bersalahan kecuali sifat tuan hamba sahaja yang tidak dapat hamba menyerupakan kerana telah ditegah oleh Tuhan. 

Sekiranya hamba menyerupakan diri seperti rupa tuan hamba nescaya terbakarlah hamba menjadi abu. 

"Ya Nabi Allah! Kenapa hamba cabutkan i'tiqad anak Adam a.s supaya mereka menjadi kafir ialah kerana tuan hamba telah mengajar sekelian umat manusia agar berpeluk pada agama Islam. Dengan demikian hamba akan bersungguh-sungguh menarik mereka itu kepada kafir, murtad dan munafik. 

Hamba tarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dengan beralih ke jalan yang salah dan hamba amat berharap supaya mereka itu masuk ke dalam neraka bersama-sama dengan hamba untuk kekal di dalamnya buat selama-lamanya."


Kemudian Nabi saw pun bertanya pula dengan soalan ke-2, "Hai iblis! Betapa pula perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

Maka sembahnya, "Ya Nabi Allah! Adalah menjadi satu kemajuan jika kaumperempuan merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya. Sesetengahnya sehingga mengeluarkan benih yang bersalahan sifatnya dan hamba goda sekelian manusia supaya meninggalkan sembahyang mereka supaya leka dengan makan-minum dan beruat derhaka.

Sesetengahnya hamba lalaikan dengan harta-bendanya daripada emas, perak serta rumah dan kebun supaya hasilnya nanti dibelanjakan ke jalan yang haram. Banyak sudah lelaki dan perempuan yang terpesong imannya lalu hamba kerahkan sekelian bala tentera dari kalangan jin, iblis dan syaitan buat menarik mereka kepada jalan derhaka.

Ketika ada temasya yang bercampur lelaki-perempuan, maka di situlah hamba lepaskan segala godaan supaya hilang segala maruah mereka sehingga meminum arak sambil menarik rakan-rakan yang lain ikut minum bersama. Apabila terminum sahaja arak itu maka hilanglah akal dan fikirannya serta hilanglah malu mereka lalu hamba hulurkan tali cinta asyik dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar-besar.

Kemudian datanglah rasa hasad-dengki yang membawa kepada zina. Maka apabila terjadi kasih antara keduanya, maka terpaksalah mereka mencari wang dengan jalan tipu-daya dan mencuri.

Apabila mereka teringat akan kesalahan tersebut dan hendak bertaubat sambil melakukan amal ibadat maka hamba galang mereka agar bertangguh dan bertempoh. Pada waktu itu hamba akan menggoda dengan lebih keras agar mereka melazimkan maksiat itu dan mengambil isteri orang.

Telah sekian banyak umat tuan hamba yang telah hamba sesatkan dengan jalan ini di mana hamba kerahkan jin, iblis dan syaitan agar menghasut seluruh anggotanya hingga ke dalam badannya.

Apabila terkena goda pada hatinya, maka sentiasalah mereka itu akan riak dan takabbur, berasa hairan akan dirinya sambil melengah-lengahkan amalnya dan sombong.

Apabila digoda pada lidahnya, maka sentiasalah mereka itu gemar berdusta, mencela, mengumpat antara satu sama lain. Demikian hamba menghasut mereka siang dan malam, pagi serta di petang hari.


Seterusnya, Nabi saw bertanya lagi (3); "Hai iblis! Mengapa engkau begitu bersusah-payah pada pekerjaan yang tiada memberi faedah pada dirimu, bahkan menambahkan laknat yang bakal menimpakan sebesar-besar siksa di dalam neraka yang terkebawah sekali?"

Kata Nabi saw seterusnya, "Hai kutuk Allah! siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang melanjutkan umur engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang memberi pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberi kekuatan pada anggota engkau?"

Maka sembah raja iblis, "Adalah sekelian itu anugerah dari Tuhan Yang Maha Besar jua. Akan tetapi nafsu dan takabbur khianat itulah yang telah menceburkan diri hamba kepada sebesar-besar kejahatan kerana tuan hamba terlebih tahu bahawa hamba ini telah beribu-ribu tahun menjadi ketua segala malaikat dengan berbuat ibadat sujud kepada Tuhan di dalam dunia ini dan pangkat hamba pun dinaikkan dari satu langit ke satu langit dengan aman kemudian hamba pun diam di dalam dunia ini berbuat ibadat bersama sekelian malaikat dengan berkhidmat kepada Tuhan beberapa lama.

Maka tiba-tiba datang firman Allah swt kepada hamba sekelian hendak dijadikannya seorang khalifah (raja) di dalam dunia ini maka hamba pun membantah kerana tidak sukakan berkhalifah ataupun raja.

Kemudian Tuhan jadikan seorang lelaki (iaitulah Adam a.s.) maka dititahkan hamba sekelian malaikat memberi hormat kepada Adam a.s. Hanya hamba seorang yang tiada hendak sujud kepadanya dan hamba engkar akan hukumNya. Maka hamba pun kena murka Tuhan lalu dihalau serta dilaknatkan hamba hinggalah ke hari kiamat. 

Maka muka hamba yang bercahaya dan molek itu telah terhapus menjadi huduh dan keji. Maka sakitlah hati hamba dan sentiasalah menaruh dendam kepadanya. Kemudian Adam a.s. pun diangkat oleh Tuhan dijadikannya raja dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri (iaitu Siti Hawa) dan dijadikannya permaisuri yang memerintah sekelian bidadari, maka sentiasalah dia dalam kesukaan dan kesenangan. 

Maka hamba pun bertambah-tambahlah hasad dengki akan kedua-duanya lalu ingin melakukan khianat. Akhirnya, dapat juga hamba tipu mereka melalui siti Hawa dengan memberinya (Adam a.s) nasihat agar makan buah khuldi larangan Tuhan. 

Maka daripada perempuan itulah Adam a.s. termakan buah larangan itu lalu kena halau keduanya dari dalam syurga turun ke dunia terpisah untuk beberapa lama. Kemudian mereka dipertemukan Tuhan dengan selamatnya hingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. 

Kemudian kami hasut pula anak lelakinya, Qabil supaya membunuh abangnya, Habil. Itupun tidak juga hamba puas hati sehingga melakukan pelbagai tipu-daya ke atas sekelian anak-cucunya hingga ke hari kiamat. 

Namun tuan hamba telah membatal dan menghalang sekelian pekerjaan hamba kerana tuan hamba telah menarik mereka itu kepada Islam. Sedangkan sebelum tuan hamba zahir ke dalam dunia ini dapatlah hamba dan sekelian bala tentera hamba naik ke langit dengan mudah untuk mencuri segala rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat yang akan mendapat balasan syurga. Demikian juga pada mereka yang beribadat pada waktu jauh malam mendapat setinggi-tinggi pahala. 

Apabila hamba turun ke dunia, maka hamba khabarkan kepada sekelian mereka itu bersalahan daripada yang asalnya dengan pelbagai tipu-daya sehingga mereka itu tersesat memegang kitab-kitab bid'ah dan yang karut-marut. 

Namun apabila tuan hamba zahir ke alam dunia ini, maka hamba tiada dibenarkan oleh Allah swt naik ke langit lagi dan tiadalah hamba mendapat apa-apa rahsia umat tuan hamba di mana banyak malaikat yang menjaga pintu di tiap-tiap lapisan langit. Jika hamba berkeras juga untuk naik ke langit maka dilontarkan oleh malaikat itu akan anak panah daripada api. Maka telah sekian ramai bala tentera hamba daripada jin, iblis dan syaitan yang telah terbakar menjadi abu. 

Maka bertambah sukarlah untuk hamba dan bala tentera sekelian untuk menghasut di mana tuan hamba telah begitu banyak mengeluarkan mukjizat di hadapan sekelian raja-raja dan khalayak ramai."

Kemudian Nabi saw bertanya pula soalan yang ke-4; "Hai iblis! Apakah yang terlebih dahulu engkau menipu manusia?

Maka sembah iblis, "Pertama sekali hamba palingkan imanya supaya berpaling i'tiqadnya kepada kafir sama ada pada perkataan, perbuatan, kelakuan atau pada hatinya. Jika tidak maka hamba tarik juga kepada jalan yang boleh mengurangkan pahalanya supaya lama-kelamaan mereka akan terjerumus jua mengikut kemahuan hamba."

Nabi saw bertanya lagi, "Hai iblis! Apabila umatku berdiri sembahyang betapa pula hal engkau?"

Maka sembah iblis, "Masa itulah sebesar-besar kesusahan bagi hamba. Habis gementar seluruh badan hamba dan lemah segala sendi tulang hamba. Maka pada waktu itu hamba suruhkan sekelian syaitan dan iblis menggoda pada anggota badannya biar malas sembahyang. Sesetengahnya masuk ke dalam hati biar merasa was-was sehingga terlupa bilangan rakaatnya sambil bimbang akan pekerjaan dunianya.

Sesetengah iblis masuk ke dalam mata agar tidak kusyuk, iaitu tidak hadir hatinya dalam sembahyang dengan berpaling matanya ke kiri dan kana. Sesetengah iblis pula masuk ke dalam telinga biar orang yang sedang sembahyang itu memasang telinganya mendengar orang yang bercakap dan mendengar segala bunyian dan segala yang sia-sia.

Ada pula iblis yang duduk di belakangnya agar dia tiada kuasa untuk berlama-lama duduk dalam sujudnya dan di waktu tahiyyat, hatinya begitu cemas untuk segera habis sembahyangnya. Dengan cara itu dapatlah dikurangkan pahalanya. Jika mereka itu tidak berjaya, hamba akan hukum mereka dengan seberat-berat hukuman."


Nabi lalu bertanya lagi dengan soalan yang ke-6, "Jika umatku membaca Al-Quran dengan kerana Allah, apalah yang engkau rasa?"

Maka sembah iblis, "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah maka terbakarlah rasanya tubuh hamba dan terputus-putus sekelian urat hamba lalu berlarilah hamba jauh daripadanya."

Soal Nabi saw lagi, "Hai iblis! Jika umatku mengerjakan haji dengan kerana Allah apalah rasa engkau?"

Maka sembah iblis, "Telah binasalah diri hamba dan gugurlah segala daging dan tulang hamba kerana mereka itu telah mencukupkan rukunnya."

Maka soal Nabi saw buat yang ke-8, "Hai iblis! Jika umatku puasa dengan kerana Allah, apalah rasa engkau?"

Maka sembah iblis, "Ya NaBi Allah, inilah suatu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba kerana apabila masuk awal malam bulan Ramadhan maka memancarlah cahaya arasy dan kursi serta segala malaikat menyambutnya dengan penuh kesukaan.

Bagi orang yang berpuasa, mereka mendapat sebesar-besar kurnia Allah swt yang mengampuni segala dosa yang telah lalu sambil digantikan dengan pahala yang yang amat besar. Malah tiada dituliskan segala kesalahannya selama dia berpuasa. Lebih menghancurkan hati hamba ialah apabila sekelian isi langit, bulan dan bintang serta malaikat hinggakan burung-burung dan ikan yang ada di dalam laut serta ikan di air tawar serta setiap yang bernyawa di atas muka bumi ini kesemuanya mendoakan siang dan malam meminta ampun bagi orang-orang yang berpuasa.

Satu lagi ketinggian fadilat orang berpuasa ialah dimerdekakan setiap hari dalam bulan Ramadhan seribu kemerdekaan daripada azaab api neraka. Ditutup segala pintu neraka dan dibukakan pintu syurga yang lapan dengan menghembuskan angin yang di bawah arasy yang bernama angin syirah yang amat lembut lalu ke dalam syurga.

Maka sebaik mula puasa maka datanglah segala malaikat dengan garangnya menangkap sekelian hamba dan bala tentera jin, syaitan dan ifrit dengan perintah Tuhan lantas dipasungkan kaki tangan dengan besi panas dan dirantai hamba sekelian lalu dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam dengan azab sengsara sementara menunggu umat tuan hamba tamat berpuasa barulah hamba sekelian dilepaskan.



Seterusnya Nabi saw bertanya lagi, " Hai iblis! Sekelian sahabatku itu betapa pula kepada engkau?" 

Maka sembah iblis, "Ya Nabi Allah! Sekelian sahabat tuan hamba itu adalah sebesar-besar seteru kerana tiada daya upaya untuk hamba melawan. Tuan hamba sendiri katakan bahawa mereka itu umpama bintang di langit; jika kamu mengikuti mereka akan dapat petunjuk. 

Ya Nabi Allah! sekelian sahabat tuan hamba itu sangat taat mengerjakan perintah tuan hamba, setia dan bersungguh-sungguh menyiarkan syariat tuan hamba kepada sekelian manusia daripada Al-Quran dan hadis. 

Saidina Abu Bakar al-Sidik bin Abi Qahafah itu sebelum bersama dengan tuan hamba pun hamba sudah tidak dapat hampir kepadanya, inikan pula setelah mendampingi tuan hamba sehingga dia telah menjadi wazirul a'zam. Tuan hamba sendiri telah berkata bahawa jika ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia ini nescaya lebih berat kebajikan baginda Abu Bakar. Apatah pula dia mertua tuan hamba kerana berkahwin dengan anaknya Siti Aisyah yang banyak sekali menghafal hadis tuan hamba. 

Sementara sahabat tuan hamba, Saidina Umar Al-Khatab itu tiada berani hamba pandang mukanya kerana dia sangat keras dalam menjalankan hukum syariat dengan saksama. Jika hamba terpandangkan mukanya maka gementarlah segala tulang sendi hamba dek terlalu takut kerana imannya yang sangat kuat. Tuan hamba pun telah bersabda, "Bahawa kiranya ada nabi kemudian daripadaku nescaya Umar boleh menggantikannya" kerana dia seorang harapan besar dan pandai membezakan iman dan kafir sehingga dia digelar 'Umar al-Faruk'. 

Sahabat tuan hamba, Saidina Uthman ibni Affan itu lebih-lebih lagi tidak boleh dihampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran siang dan malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu bagi segala orang yang mati syahid. Kemudian dia menjadi menantu kepada tuan hamba dua kali. 

Dek kerana taatnya beliau, berapa banyak malaikat mengunjunginya dengan penuh hormat dan takzim. Para malaikat tersangat malu kepadanya di mana tuan hamba ada berkata, "Barangsiapa menulis Bismillahir rahmanir rahiim pada kitab-kitab atau kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala Saidina Uthman mati syahid." 

Sahabat tuan hamba Saidina Ali bin Abi Talib itu hamba sangat takut kerana hebat kelakuannya dan dahsyat melihat kegagahannya ketika dimedan perang sewaktu merempuh segala musuhnya. 

Maka apabila jin, syaitan dan iblis memandang muka beliau nescaya terbakarlah kedua biji mata kerana tersangat kuat mengerjakan perintah Tuhan dan dia adalah julung kali kanak-kanak yang masuk Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. 

Maka dengan sebab itu dia dipanggil 'Ali Karramallahu wajhahu' (dimuliakan Allah akan mukanya). Dia juga disebut 'Harimau Allah' dan tuan hamba telah berkata, "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya', tambahan pula berlebih lagi dia juga adalah menantu tuan hamba."

Sampai kepada soalan ke-10, Nabi saw bertanya, "Bagaimanakah tipu-daya engkau terhadap umatku?"

Kata iblis, "Adalah umat tuan hamba itu pada hamba ada 3 jenis; 1) Sama seperti air hujan yang turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuh2an lagi banyak munafaatnya dan pertolongan kepada yang lainnya, iaitu guru-guru yang memberikan nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan menjauhi segala tegahanNya.

Jibril a.s. ada mengatakan, "Adapun ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat."

Jelas iblis lagi, 2) "Umat tuan hamba itu seperti tanah, iaitu orang yang sabar, syukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta berbuat amal yang soleh lantas bertawakkal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan.

3) Ada di kalangan umat tuan hamba itu juga yang keadaannya seperti Fira'un yang terlampau sangat tamak dengan harta dunia langsung dihilangkan amal untuk akhirat. Maka sukacitalah hamba kepadanya lalu hamba masuk ke dalam tubuhnya, hamba putar-putarkan hatinya untuk menuju ke lautan derhaka.

Apabila telah tetap pada jalan kejahatan hamba hela mereka itu ke mana sahaja mengikut kehendak hamba; menjadikan mereka sentiasa bimbang kepada dunia dan tiada suka menuntut ilmu. Dijadikan pada dirinya tiada kelapangan pada beramal. Tidak mengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah yang miskin itu ketika hendak beribadat, hamba goda biar dia minta untuk kaya dahulu. 

Apabila disampaikan Tuhan akan cita-citanya mendapat kesenangan, maka dilupakannya berbuat amal, tidak mahu mengeluarkan zakat hartanya seperti Qarun dengan mahligai dan dirinya serta hartanya sekali habis terbenam ke dalam bumi. Maka dia enggan membelanjakan harta ke jalan kebajikan. 

Jika dia terkena sakit, tiada sabar di mana hatinya akan sentiasa berasa bimbang akan hartanya itu. Bagi sesetengah yang kaya akan asyik berebut akan dunianya, bercakap besar kepada sesama Islam dan benci hatinya akan orang miskin serta menghina mereka. 

Sebaliknya, dia gemar mengeluarkan hartanya kepada berbagai-bagai jalan maksiat dan menaburkan hartanya itu kepada perempuan-perempuan jahat serta ke tempat judi dan menari." 

"Siapakah pula yang serupa dengan engkau?" soal Nabi saw lagi. 

"Mereka itulah orang-orang yang meringankan syariat tuan hamba. Mereka membenci akan orang-orang yang belajar agama Islam," jawab iblis. 

"Siapakah pula yang bisa mencahayakan muka engkau?" tanya Nabi saw. 

Maka sembah sang iblis, "Iaitu orang yang berdosa dan suka bersumpah bohong, menjadi saksi bohong dan gemar memungkiri janjinya."


بسم الله اللهم اني اعوذ بك من الخبث والخبائث


jika masuk ke jamban dahulukan dengan kaki kiri dan apabila keluar dimulakan dengan kaki kanan. Kemudian sejauh kira-kira 4-5 langkah hendaklah dingat dalam hati;

غفرانك. الحمد لله الذي أذهب عني الأذى و عافاني

Dan sebaik sudah bersuci maka dibaca pula doa ini;

اللهم طهر قلبي من النفاق وحسن فرجي من الفواحش

"Maka jika dibaca doa ini maka larilah hamba daripadanya," jelas raja iblis.


Nabi saw bertanaya lagi (14), "Hai iblis! Jika umatku bersatu dengan ahlinya, bagaimana dengan engkau?" 

Maka sembah iblis, "Jika seseorang yang hendak bersetubuh dengan isterinya, jika dia membaca; 

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا 

maka larilah hamba daripadanya.

Di waktu pertemuan raja iblis dengan Nabi saw, persoalan ini ada diketengahkan;

"Jika dia terkena sakit, ramai yang tiada sabar di mana hatinya akan sentiasa berasa bimbang akan hartanya itu. Bagi sesetengah yang kaya akan asyik berebut akan dunianya, bercakap besar kepada sesama Islam dan benci hatinya akan orang miskin serta menghina mereka.

Sebaliknya, dia gemar mengeluarkan hartanya kepada berbagai-bagai jalan maksiat dan menaburkan hartanya itu kepada perempuan-perempuan jahat serta ke tempat judi dan menari." 

Seterusnya, Nabi saw bertanya lagi (soalan yang ke-15) kepada orang tua yang menyamar buta sebelah matanya itu berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjang bagaikan ekor lembu. Itulah iblis laknatullah yg tidak dijawab salamnya oleh baginda. 

"Hai iblis! Dengan apakah jalan yang boleh menolak segala tipu-daya engkau?" 

Maka sembah iblis yang berupa orang tua buta sebelah itu, "Jika seseorang itu berbuat dosa, maka segera dia kembali bertaubat kepada Allah swt dengan menangis sesal akan perbuatannya. Apabila dia marah maka segera dia mengambil air sembahyang, nescaya padamlah marahnya itu. 

Barang siapa yang membaca doa ini setiap kali lepas sembahyang Jumaat, 5 kali akan diampunkan Allah swt akan dosa-dosanya. Itulah tanda taubatnya; 

"Ilaahi lastu lilfirdausi ahla, wala aqwa 'alaa nar-il jahimi;
fahabli taubatau waghfir zunubi, fainnaka gho firuzzanb-il 'azzimi.

Nabi saw mengucapkan istighfar sebanyak 70 kali/hari walaupun baginda ma'sum; ia proses penyucian hati bg kita hamba yg tidak lekang dek dosa ini.
Biar si pendosa sebesar mana sekalipun, nescaya dia akan diampunkan jika memohon keampunan, iaitu bertaubat dengan seikhlas hati.
Sabda Rasulullah saw. :
“Sesungguhnya jika seorang Mukmin mengerjakan dosa, maka ada noda hitam di hatinya. Jika ia bertaubat, berhenti (dari dosa tersebut), dan beristighfar, maka hatinya bersih. Jika dosanya bertambah, bertambah pula noda hitamnya, hingga menutupi hatinya.” (HR An-Nasai dan At-Tirmidzi. At-Tirmidzi berkata bahwa hadits ini hasan shahih).

Astaghfirullah-al 'aziim. Allazi Lailaha illallahu wal-haiyyul-qaiyum wa atubu ilaih. Lahaula wala quwwatailla billah-il 'aliyyil 'aziim.

('Tiada daya dan keupayaan hambaMu ini ya Allah. Hanya Engkaulah segala2nya tempat aku bergantung dan berserah diri'.)



t Tirmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa :


“Aisyah, isteri Nabi saw berkata : ‘ aku bertanya Rasulullah saw tentang ayat ini (al Mukminin : 60)

yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut.”

Aisyah berkata : ‘Adakah mereka itu orang yang meminum arak dan mencuri? Rasulullah menjawab : ‘Tidak, wahai anak as Siddiq, tetapi mereka ialah orang-orang yang berpuasa, bersembahyang dan bersedekah dalam keadaan mereka takut kalau-kalau amalan mereka tidak diterima. Merekalah orang-orang yang berlumba-lumba menuju kepada kebaikan.”





Dari Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu hari.

Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam keadaan menangis. Umar bertanya :

“Apakah yang membuatkan kamu menangis?” Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda :

‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah, sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Allah mengasihi orang-orang yang baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Apabila mereka hilang, orang tidak mencarinya dan apabila mereka ada, mereka, mereka tidak dipanggil dan dikenali. Hati-hati adalah lampu petunjuk, mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang gelap.”

Nabi terus bertanya lagi pada org tua yang buta sebelah mata itu. Janggutnya kelakar - 10 helai sepanjang ekor lembu.

"Hai iblis! Siapakah yang terlebih menjadi kesukaan kamu?"

Jawab raja iblis laknatullah, "Mereka lelaki dan perempuan yang tidak mencukur serta mencabut atau menggunting bulu ari-arinya (bulu di sekeliling kemaluan) yang telah sampai 40 hari lamanya. Maka duduklah hamba di situ mengecilkan diri seperti pijat-pijat. Di situ hamba bergantung dan berbuai pada hujung bulunya. Satu lagi ialah pada bulu ketiak, tempat hamba berbuai."

"Tiadakah mereka tahu bahawa Allah swt menerima taubat daripada hambaNya dan menerima beberapa sedekah" Sesungguhnya, Allah penerima taubat lagi Penyayang." - At-Taubah: 104

Mereka yang berdosa harus mengaku kesalahannya kepada Allah swt (bukan kepada manusia) serta meminta ampun dan taubat kepadaNya.

Nabi saw bertanya lagi kepada orang tua mata buta sebelah itu (soalan ke-17); "Hai iblis! Siapakah saudara engkau?" 

Maka sembah sang raja iblis, "Iaitu orang yang tidurnya meniarap atau yang tidur matanya celik waktu subuh, tetapi dia tidur semula dengan tidak bersembahyang subuh. Maka hamba uliti akan dia hingga lena yang membawa kepada terbit matahari. Demikian juga pada waktu zuhur, asar dan maghrib hamba beratkan hatinya menjadi malas sekali untuk mengerjakan sembahyang."

Dari kitab "Pati Rahsia" juga;

Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, nescaya Allah swt kurniakan kepadanya serta jiran tetangga akan keselamatan.

Seterusnya, sesiapa yang sedang naik marah bacalah ayat Kursi kemudian diludahkan ke sebelah kiri nescaya dijauhkan daripada syaitan/iblis yang sedang mengocak dan memanaskan hatinya. Marahnya itu akan reda serta-merta.

Kunci untuk seseorang mukmin itu masuk syurga cuma 2 perkara;

- iman

- amal soleh.


Di mana apa yg dikira dari seluruh kehidupan ini sejak dilahirkan hingga membawa kepada mati - berakhirnya hayat seseorang naka-cucu Adam a.s. itu berkonsepkan 'Qalbun-salem', iaitu HANYA penentuan hal di akhirat saja yg dikira.

Dengan iman yang kukuh, kita jangan sekali-kali rasa terhina dengan kejayaan orang kafir (biarlah hebat setara mana sekalipun - dr segi kekayaan atau pencapaian dalam hidu), di mana kita sebagai orang yang beriman ini tetap yang terbaik.

Dengan amal yang soleh kita akan mendapat kehidupan yang baik di akhirat nanti.

Dan asas sokongan kepada kedua-duanya itu ialah 'ikhlas'. Ikhlas ini akan muncul dengan solat yang kusyuk dan yang paling penting jaga kemaluan.

Bagi mendapatkan solat yang kusyuk pula, pertama sekali kita kena memahami bacaan di dalam solat. Kedua, rezeki mestilah dari sumber yang halal (jika tidak hati akan menjadi gelap!).

Seterusnya, sebagai pencukup ialah sentiasa bersyukur pada Allah swt.

'Cukuplah Allah bagi penolong kami.' (Hasbiallahu wani'mal wakil... )


Segala yg bersifat khianat atau yg membinasakan itu datangnya dr iblis laknatullah. Bencana pun berpunca drp iblis. Itu adalah janji iblis (seperti yg termaktub dlm surah Al-Hijr: 39, dalam surah Al-A'raaf: 16 & 17 serta yg lain2nya).

Iblis pun minta drp Allah swt untuk membinasakan anak-cucu Adam a.s. dengan pelbagai cara dan kita juga meminta perlindungan drp Allah swt untuk keselamatan di dunia dan di akhirat nanti. Iblis minta sbb sakit hatinya itu belum berpada terhadap 'kekhalifahan' Adam a.s.

Sbg Zat Yang Maha Adil, Allah swt tetap bersifat dengan kesempurnaan dan penuh keadilan terhadap hamba2Nya walaupun si hamba itu adalah iblis yg dilaknatkanNya.

Iblis hanya akan menang jika kita lupa kepadaNya (seperti yg dimaksudkan dlm surah Al-Hijr: 42 itu) - ataupun yang sesat. Sebaliknya, Allah swt dah berjanji yang iblis tkkn dapat berbuat apa2?

Ada yang persoalkan kenapa Nabi saw pun luka dibaling org dengan batu? Sama juga jika kita tanya kenapa Nabi saw tak pakai BMW, tp kita berebut cari duit nak pakai kereta berkenaan! Pi la beli unta, naik unta saja!

Saidina Uthman a.s. mati dibunuh kerana Allah swt mmg nak jadikan beliau syahid. Adakah kita setaraf Saidina Uthman, bila bawa motor dengan riak dan lalai lalu terlanggar pokok - putus leher, terburai perut jatuh syahid! Gitu ke? Atau mmg iblis punya permintaan utk kutip geng biar sesama masuk neraka!

Ini adalah dendam yg tak sudah. Dendam sang iblis.

Bila kita bercerita ttg iblis mmg ada org yg tidak suka; terasa panas mcm duduk dlm periuk yg kena diang.

Kenapa?

Selepas pertemuan Nabi saw dgn raja iblis atas perintah Allah swt, tiada lagi perbahasan ttg makhluk iblis. Itupun pertemuan dibuat secara paksa dan biadab - raja iblis menyerupai seorang tua bermata satu siap dgn janggut 10 helai panjang mcm ekor lembu!

Kerja iblis selepas itu hanya menyesatkan anak-cucu Adam a.s. sebagaimana janji n permohonannya sebaik dilaknatkan Allah swt dan dihalau keluar dari syurga. Modus operandinya yg utama adalah dgn cara menghiaskan segala bentuk maksiat biar nampak indah can cantik.

Bila sudah kaya, dihasutnya agar asyik merebut dunianya, bercakap besar sesama orang Islam serta benci kepada orang miskin dan menghina mereka.

Hartanya dikeluarkan ke segenap jalan maksiat sambil menaburkannya kepada perempuan-perempuan jahat, di tempat judi dan suka menari. Dan kita tahu apa kesudahannya selepas itu.

Apabila kita cuba membahaskan tentang iblis, diocoknya hati manusia lain supaya tengok dlu siapa gerangan orang yg membicarakan itu? Ustaz? Tuk Lebai atau mamat tarbus mcm ikanlepu! Ini susupannya yg pertama bila kelihatan thread seumpamanya.

Bkn setakat ikanlepu, TGNA atau Dr Haron Din pun iblis acum manusia agar mempertikaikannya. Nabi Muhammad saw, kekasih Allah swt itupun dibaling dengan batu.

Jadi apabila timbul tohmahan - ungkapan maki-hamun tu adalah biasa. Tak rasa sejuk la bila baca tulisan ini tak mcm kitab2 agama yg lain, komen setengah orang. Kerjanya itu la... menghasut org lain yang sedia mengikuti.

Ini kerja iblis yg paling aula. Paling disukainya - merapu!

Dalam usaha mencegah kebatilan kita kena ingat ada iblis di sebaliknya. Iblis inilah yg menghasut pelbagai cara agar kebatilan itu disenyapkan; atau cuba mengelak agar tidak dituduh apa-apa.


Dengan mengenali iblis dan cara2nya menghasut, sekurang2nya kita bersedia atau sedar secara tuntas bahawa sesuatu bisikan itu adalah drp iblis. Jika kita berdendam, dan masih panas hati bila terdengar atau melihat nama org yg kita anggap musuh; bermakna itulah kerja iblis sebenarnya. 

Iblis bkn seketul mcm anjing (ada yg pandai buat perumpamaan!). Ia meresap mcm haba yg menjalar di sebatang besi yg sedang dibakar. Dan... memang panas sbb iblis dijadikan drp api. 

Iblis bisa jadikan manusia itu kuda tunggangannya; dia duduk di atas bahu setiap mukmin, kemudian ekornya ditusukkan ke jantung hati manusia. Sebaik manusia itu leka drp mengingati akan Tuhannya, si iblis akan mencucuk ekornya itu ke hati manusia agar menuju kemungkaran a.k.a melawan Tuhan. 

Jika langsung tidak ingat... ketawa besar sang iblis; sahih itulah tawanannya.

Seterusnya Nabi saw bertanya raja iblis akan soalan yg ke-19; "Hai iblis! Apakah pula hal yang boleh memecahkan mata engkau?"

Jawab raja iblis, "Itulah mereka yang duduk di mesjid kerana Allah swt serta aberi'tikaf di dalamnya."

Niat i'tikaf di mesjid: Sengaja aku beri'tikaf di dalam mesjid ini kerana Allah Taala."

Nota: Malang sekali pada hari ini orang yang masuk ke mesjid siap kelui rakan-rakannya macam di pasar atau kat padang bola. Sedangkan, hukumnya haram walaupun sekadar bercakap ttg hal dunia di dalamnya.

Dan cukup payah untuk melihat orang yang sedia bertekun membaca Al-Quran di waktu senggang.

Raja iblis yg dtg menemui Nabi saw dengan menyamar sbg org tua buta sebelah mata dengan janggut 10 helai sepanjang ekor lembu.

Nabi saw bertanya lagi - soalan ke-19; "Hai iblis! Apakah pula yang memecahkan mata engkau?"

Jawab orang tua berlagak itu, "Itulah orang yang duduk di mesjid kerana Allah swt serta beri'tikaf di dalamnya."


Sabda Rasulullah saw;

“Sesungguhnya jika seorang mukmin mengerjakan dosa, maka ada noda hitam di hatinya. Jika ia bertaubat, berhenti (dari dosa tersebut), dan beristighfar, maka hatinya bersih. Jika dosanya bertambah, bertambah pula noda hitamnya, hingga menutupi hatinya.” - HR An-Nasai dan At-Tirmidzi. At-Tirmidzi berkata bahwa hadits ini hasan shahih.

Ramai di antara org Melayu (khususnya), bila hatinya jadi hitam seluruhnya bru nak cuci. Maknanya, selepas pencen bru nak gi mesjid - bru nak rajin solat (dgn tujuan nak bersihkan 'kekotoran' berkenaan).

Namun agak malang, gumpalan kapas (hatinya itu) telah hitam seluruhnya. Jadi dia mengalami kesukaran untuk membersihkannya jadi seperti yg asal - putih bersih.

Maka kita ble lihat ramai yg rajin ke mesjid, tapi tidak bertegur-sapa dgn jirannya. Klu pergi ke Mekah, dia la yg paling kuat merampus - semua tak kena belaka.

Sebab... gumpal kapas yg cuba dibersihkan itu sekadar mampu jd kelabu saja (dah tak boleh jd suci bersih).

Hati kita ini umpama segumpal kapas yg putih bersih. 

Setiap kali berdosa, ada titik hitam yg mencemarinya. Tugas kita adalah membersihkan titik hitam itu sblm ia bertambah dan merebak. 

Org Melayu kita tidak amalkan ini. Mereka biarkan hatinya dikotori (tanpa istighfar buat membersihkan - sbb tatau n tak belajar) sehingga gumpalan kapas itu hitam seluruhnya bru nak dicuci (bila di umur pencen bru nak pergi surau atau mesjid). 

Sedangkan Nabi saw yg maksum itupun beristighfar 70x sehari. Ini bukan cerita dogeng sekadar pengetahuan am. Ia adalah contoh untuk diikuti. Ia disebabkan setiap kali istighfar berguguran dosa-dosa tersebut (maka gumpalan kapas, iaitu hati itu jadi bersih kembali seluruhnya). 

Itulah kerja kita di sepanjang hayat ini - jaga ia agar terus-menerus bersih. Kemudian sekiranya mati dlm keadaan bersih, maka terpulanglah kepada Allah swt. Tugas kita dah selesai (buat menjaganya agar sentiasa bersih).

[i]"Berkata iblis: Demi kekuasaanMu sungguh akan kusesatkan mereka [/i](Adam a.s. dan anak-anaknya) kesemuanya." - Shaad: 82

"Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara mereka." - Shaad: 83

"Berfirman Allah: Demi kebenaran, hanya kebenaran Kukatakan." 

"Sesungguhnya, akan Kupenuhkan neraka jahannam dengan engkau dan orang-orang yang mengikut engkau sekelian." 

Ini kisah yang sama tentang janji iblis laknatullah sebaik bersumpah di depan Tuhannya, iaitu Tuhan kita sekelian. Dia berjanji akan sesatkan anak-cucu Adam a.s. dan peringatan daripada Allah swt pun cukup jelas; sesiapa yg ikut iblis - bakal dipenuhkan dalam neraka jahannam. 

PostPosted: Sat May 19, 2012 10:31 pm    Post subject:Reply with quote

Iblis mmg tidak suka org mengenali sifat n perangainya. Apabila mengenali, orang akan lebih rapat dengan Tuhan, Pencipta diri bermakna iblis kehilangan peluang untuk menggoda, melalai n menyesatkan anak-cucu Adam a.s.

Sebab dia dah berjanji akan sesatkan kesemuanya sekali KECUALI hamba-hamba Allah yang ikhlas. Sakit hati n berdendam dengan ikanlepu disebabkan mamat tarbus tu mengejutkan iblis yg sedang tidur dlm diri masing-masing; sbg set makhluk yg tidak boleh dibawa berunding (dah kena cap!).

Itu sebab sedari awal teman dah sebutkan ttg kegunaan kalimah 'istighfar' dan taubat; iaitu menyucikan danur kekotoran yg bersarang. Ia kalimah suci untuk kita kembali ke asal fitrah kejadian - bersih seumpama kapas.

Namun hingga kini, ada yg masih tebal n keras ubun-ubun mereka. Alasan yang diberikan cuma helah untuk mewajarkan sikap tidak ingin berpisah dengan iblis laknatullah. Lebih rela meletakkan diri ke lembah kebinasaan. Itu saja, sebenarnya.
Seterusnya Nabi saw bertanya lagi, "Hai iblis! Apakah lagi punca yang boleh menyebabkan pecah mata engkau?"

Maka sembah raja iblis, "Itulah orang yang taat akan ibu-bapa mereka serta mendengar kata dan membantu makan-pakai mereka. Tuan hamba pun pernah bersabda, "Bermula syurga itu adalah di bawah tapak kaki ibu."

Kenapa banyak sekali anak derhaka sekarang? 

Jelas ia adalah bukti drp nas-nas yang tercatat dalam Al-Quran di mana iblis mmg berjanji akan sesatkan anak-cucu Adam a.s. itu seluruhnya. Puncanya sbb ramai di antara anak-anak sekarang tidak solat. 

Dari pengalaman teman berkait dengan mesjid - anak2 remaja boleh dikatakan langsung tak datang ke mesjid. Ibu-bapa pun tidak ambil hirau sbb si ayahnya pun liat dengan mesjid. 

Lantaran Allah swt dah berjanji, solat itu mencegah kemungkaran! Namun itulah yang rata-rata org Melayu tidak berminat nak buat. 

Mai si ilbis hasut plak... terus jalan ler jarum. Bunuh emak pun ada (mana yg terlibat dgn dadah). Sedangkan kerosakan angkara dadah itu datangnya dari iblis - dgn tujuan untuk merosakkan. 

Dengan cara tidak solat bererti orang-orang kita telah meletakkan diri di lembah kehinaan/kehancuran/kecelakaan.Untuk menguasai iblis laknatullah, seperti yg teman telah gariskan di awal thread ialah dengan membanyakkan istighfar - penyucian hati/jiwa drp kekotoran hasutan iblis. 

Melalui istighfar hati di dalam akan berasa hening yg amat sangat... halus n fana buat seketika. Kendian akan datang rasa lega n kita berasa ceria n segar. 

Itu tandanya istighfar itu diterima Allah swt. Batin tersuci n kembali dekat di sisiNya; rahmatNya kembali menyebar ke seluruh tubuh n timbul satu bentuk 'komunikasi' unggul antara sang hamba dengan Pencipta dirinya. 

Akan terbentuklah satu rasa kudus yg tidak terperi. 

Masa ni la iblis laknatullah lari tak cukup tanah.Untuk mengetahui bagaimana iblis itu datang kembali ialah dengan merasa semak dlm hati (semak perut, kata org), ghaflah tidak menentu... kendian dicari punca untuk marah atau tidak puas hati. Bebal yg bukan2. 

Dari situ bermula la segala2nya; klu bawa kereta mula mengamuk tak tentu hala - pecut mcm org gila, celah sana-sini; nak pula klu kereta tu power skit atau yg harganya ble tahan la (untuk std Melayu - pakai Toyota Wish di umur muda mcm camelbliss) cam tkde sape lagi dah kat jalan tu. 

Tu la perangai iblis menggila.Satu lg perangai iblis ni... tatau dok diam; mcm budak nakal dlm kelas. sambil lalu dia cuit kepala bebudak lain yg tak kacau org. Abih semuanya dikacau biar bercempera - riuh satu kelas supaya cikgu dtg rotan sorang demi sorang. 

Then iblis akan puas hati. Sekejap je.

Ini adalah sifat-sifat mazmumah yang memang secara langsung akan menjemput iblis laknatullah untuk menjadi rakan-taulan dalam diri kita. Dengan adanya sifat-sifat ini, lama-kelamaan ia akan menjauhkan diri dari sisiNya jika tidak bersegera untuk bertaubat.

1. Syarrut ta‘am (banyak makan);

* Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.

* Makan dan minum yang berlebih-lebihan boleh menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan dia lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.

* Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lalai daripada menunaikan ibadah lantaran ia termasuk di dalam amalan membazir.

2. Syarrul kalam (banyak bercakap);

* Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap (termasuk menulis di laman maya.

* Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak melakukan kesilapan, dan banyak kesilapan itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu meluat dan berasa jemu.

3. Ghadhab (pemarah);

* Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.

* Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.

* Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.

4. Hasad (dengki);

* Iaitu menginginkan nikmat atau habuan yang diperolehi oleh orang lain itu hilang atau berpindah kepadanya.

* Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang iradat Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

* Orang yang berperangai seperti ini akan sentiasa berada dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain. Akhirnya, ia boleh menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

5. Bakhil (kedekut);

* Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan ke jalan yang dituntut oleh agama.

* Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah swt menjadi sia-sia sekiranya tidak diguna dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.

* Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan tuntutan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada ahli tanggungan. Perbuatan menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan);

* Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.

* Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran sehingga menjadikan perbuatan seseorang itu sudah tidak ikhlas kerana Allah.

* Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

7. Hubbud dunya (kasihkan dunia);

* Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai segala perkara yang berbentuk keduniaan dan tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.

* Banyak perkara yang diingini oleh manusia daripada aspek kesenangan dan kemewahan. Di antaranya ada yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.

* Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah dengan mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan kepada Allah.

* Namun begitu, tindakan menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah pula suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong);

* Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.

* Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi darjat serta tarafnya daripada orang lain. Dia memandang orang lain itu sebagai hina dan rendah darjat mereka.

* Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah ia membawa kepada kebencian Allah swt dan juga manusia. Kadangkala ia membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

9. ‘Ujub (bangga diri);

* Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya terlebih sempurna.

* Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya. Dia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

* Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain serta lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya’ (menunjuk-nunjuk);

* Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalannya kepada orang lain.

* Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk bakal menghilangkan keikhlasan dan seterusnya menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.

* Orang yang riya’ adalah sia-sia pada segala amalan kerana niatnya telah menyimpang disebabkan oleh keinginan mendapatkan pujian daripada manusia.

Nota: Kita hanya pandai berbicara lancar tentang sifat-sifat yang tidak elok ini, namun kita sering terlupa bahawa ia adalah angkara iblis laknatullah. Dengan memiliki sifat-sifat berkenaan sedarlah bahawa iblis sudah berada di dalam diri.

Untuk itu cara yang paling baik bagi menghindarkan diri daripada dikuasai iblis laknatullah ialah dengan mengekali kalimah istighfar - kalau tidak di bibir semestinya di dalam hati; bak membersihkan gumpalan kapas diri itu setiap kali ia tercemar. Titik-titik hitam di hati yg terbentuk hendaklah segera dinyahkan.

Perlu diingat, dengan memiliki sifat-sifat ini ketika mahu mati boleh menjadikan insan itu mengakhiri hayatnya dalam keadaan celaka (su'ul-khotimah) sebagaimana janji iblis laknatullah di hadapan Pencipta dirinya dan kita sekelian - untuk menyesatkan. Biar sama-sama masuk ke dalam neraka. Waliya'uzubillah.

Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong...
Apabila banyak berbohong nescaya kurang malunya...
Setelah kurang malunya, nescaya kurang pula wara’nya...
Apabila kurang wara'nya nescaya hatinya akan mati.

Apabila hati telah mati, seseorang manusia itu akan sukar untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah swt lagi. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa berkata-kata dan membuat segala jenis dosa menurut hasutan iblis;
... lalu terjadilah penderhakaan terhadap ALLAH swt.

Sebahagian drp angkara iblis laknatullah... apabila ia membuakkan nafsu yg tidak terkawal. Asalnya, daripada nafsu yang ingin banyak bercakap saja... lalu berbohong.


Untuk meredakannya ialah dengan membanyakkan istighfar... (Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku - ni yg ditasydikkan dlm ati).
Nak kenal mana satu iblis? 

Jika kita tersepak tunggul atau ketul batu di tepi jalan, rasanya mcm dah terkopak kulit, atau seakan sudah putus jari punya la sakit. 

Perit bkn main. Jadi apa tindakan kita waktu itu? 

Maki... atau disepak lg tunggul atau ketul batu itu! Dan jika diperhatikan selalunya mmg benar kaki sdh benar-benar terkopak n berdarah. 

Itu tandanya iblis sedang n sudah menguasai diri n keadaan.da satu makhluk tu tulis... iblis ni bkn seketul mcm anjing.

Benar.

Iblis meresap ke dlm hati manusia mcm batang besi yg didiangkan pd api - haba panasnya meresap tanpa dapat dilihat; tetiba panas sehingga bole melepuh kulit jika tersentuh.

Tanpa sedar kita ble jadi kroni iblis laknatullah!
Masa terus berjalan tiada henti.... 
Kita semua akan berhenti apabila tiba saatnya nanti... 
Bertaubatlah sebelum tiba saatnya dan semua yang ada disisi dan yang dimiliki sudah tiada berguna lagi..... 
Bertaubatlah banyak2 dan jangan sekali2 putus asa dan kecewa walaupun telah banyak kali bertaubat tetapi banyak kali pula jatuh pada maksiat.... 
InsyaALLAH..! 

Kroni Iblis adalah mereka yg berada diluar dr Jemaah Islam dan mereka yg sentiasa memperjuangkan keadilan berdasarkan sifat sejagat yang dipersetujui pihakbarat seperti hak asasi manusia. Mereak lupa akan hak ALLAh TAALA..mereka hanya tahu hak asasi manusia...
Asas kelahiran kita ke dunia ini adalah untuk ini;

"Tidak Kujadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembahKu semata-mata." Az-Zariyaat: 56

Jika terlalai n terlupa lalu melakukan dosa; ia merupakan satu keaiban paling tinggi dlm skop ubudiah seorang insan; jadi jgn bertangguh untuk segera bertaubat.

Segala dosa itu dapat dikepung sekiranya banyak beristighfar. Sbb dengan mengekali istighfar, hati kita akan mudah terusik/terjaga pd setiap bakal2 dosa yg iblis cuba bisikkan.


Barangsiapa yg ingin merasai kemanisan iman, kelazatan zikrullah dan mabuk cinta ALLAH hendaklah ia tetap kukuh, teguh istiqamah mentaati ALLAH, beribadah kpd ALLAH dengan tulus ikhlas, sabar dan redha atas segala ketentuan dan taqdir ALLAH, banyak ingat ALLAH dan bermujahadah membuang seluruh ingatan didalam hatinya selain ALLAH serta memadamkan dan menlenyapkan seluruh cinta nya kepada selain ALLAH.. insya ALLAH.

Pada peringkat awal ini teman lebih suka membicarakan tentang hakikat setiap kalimah berkenaan - dari segi kegunaannya. 

Apa itu istighfar? 
Apa pula dgn subhanaLlah? 
Apa guna kalimah AlhamduliLlah? 
Apa itu masyaAllah? 
Bagaimana dengan Allahu-akbar? 
Apa pula 'la haula wala quwwatailla billah-il 'aliyyil 'aziim' dlm konsep ubudiah? 

Ni dlm aspek menghadapi kebejatan iblis laknatullah. 

Nanti apabila dizikirkan, kalbu kan dapat merasainya lekat n dekat sekali.


Secara fitrahnya, manusia itu dijadikan putih bersih umpama segumpal kapas. Sewaktu di alam kanak2, ia terpelihara (Allah swt yg memelihara) sehingga waktu akil baligh apabila amanah untuk menjaga 'bersih' itu diserahkan - sesuai dgn perjanjian sewaktu ruh ditiupkan ketika dlm kandungan ibu waktu janin berusia 120 hari).

Tugas menjaga amanah itu terbeban dgn ganjaran dosa-pahala.

Dendam iblis masih membekas (sesuai dgn ayat 16-17 surah Al-A'raaf; ayat 39-42 surah Al-Hijr; ayat 82-85 surah Shaad; dsb).

Dan... Allah swt sbg sifatNya Yang Maha Adil tetap berlaku adil jg kepada iblis (yg juga hambaNya itu), tapi dengan syarat... jika manusia itu lupa akan Tuhannya; maka iblis secara wewenang bisa menghasut apa saja.

Dan... Allah swt mengizinkan, terjadi dlm bentuk takdir itu.

Nota: Kesemua ketentuan ini telah ditetapkan berlaku sejak di azali lagi; dah ada dlm pengetahuan Allah swt belaka.


Kemudian Nabi saw bertanya lagi kepada raja iblis yang menyamar lelaki tua nan buta sebelah mata itu; "Hai iblis! Apakah pula punca yang merantai engkau?"

Maka dijawab oleh raja iblis yang berjanggut 10 helai sepanjang ekor lembu itu, "Iaitulah orang yang berjual dengan betul timbangannya, sukatannya, ukurannya dan tukarannya."


jelasnya... itulah amanah dalam berjual-beli.

Salah satu macam penipuan ialah mengurangi sukatan dan timbangan. Al-Quran menganggap penting persoalan ini;

"Penuhilah sukatan dan timbangan dengan jujur, kerana Kami tidak memberi beban kepada seseorang melainkan menurut kemampuannya." - Al-An'am: 152

"Kamu sempurnakanlah sukatan bila kamu menyukat, dan timbanglah (sesuatu) dengan timbangan yang betul. Demikian itulah lebih baik dan paling baik akibatnya." - Al-Israak: 35

"Celakalah (siksalah) untuk orang-orang yang menipu, apabila mereka menyukat dari manusia(untuk dirinya) mereka sempurnakan (penuhkan), dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan. Tiadalah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan, pada hari yang besar (hari kiamat)? (Iaitu) pada hari manusia berdiri(mengadap) kepada Tuhan semesta alam." - Al-Muthaffifin: 1-6

Oleh sebab itu setiap orang mukmin perlu berusaha dengan sekuat hati untuk berlaku adil (jujur) lantaran bab-bab keadilan ini terlalu amat sukar untuk direalisasikan. Maka dengan sebab itu sesudah perintah memenuhi timbangan, al-Quran kemudiannya memutuskan;

"Kami tidak memberi beban kepada seseorang, melainkan menurut kemampuannya."


Al-Quran juga telah mengisahkan kepada kita tentang cerita satu kaum yang curang dalam bidang mu'amalah dan menyimpang kejujurannya dalam hal sukatan dan timbangan. Jika hak kepunyaan orang lain selalunya dikurangkan. Kemudian oleh Allah dikirimNya seorang Rasul untuk mengembalikan mereka itu kepada kejujuran dan kebaikan di samping dikembalikan mereka itu kepada jalan tauhid. 

Itulah kaum Nabi Syu'aib. Baginda menyeru dan sekaligus menyaksikan kepada mereka sebagai berikut; 

"Sempurnakanlah sukatan dan janganlah kamu kurangkan. Timbanglah (suatu barang) dengan timbangan (neraca) yang betul." - As-Syu'araak: 181-182 

"Janganlah kamu kurangkan hak manusia dan jangan pula berbuat bencana di muka bumi." - As-Syu'araak: 183 

Urusan seperti ini adalah satu contoh yang harus dilaksanakan oleh setiap muslim dalam kehidupannya, pergaulannya dan mu'amalahnya. Mereka tidak dibenarkan menyukat dengan dua sukatan atau menimbang dengan dua cara timbangan; timbangan untuk diri sendiri dan timbangan untuk orang lain; mana yang menguntungkan diri dan orang yang disenanginya, dan timbangan untuk orang lain - yang tkde hubungan kepentingan. 

Jahatnya, kalau untuk dirinya sendiri dan pengikutnya dia penuhi timbangan, tetapi untuk orang lain dikurangkannya.


Ini adalah janji Allah swt, khusus buat mereka yang masih berasa sangsi.

"Adakah Allah swt akan berbuat untuk menyiksa kamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Allah menerima kasih, lagi Maha Mengetahui." - An-Nissak: 147

Ayat ini ditujukan kepada golongan munafik dan si pendosa yang sedia bertaubat; iaitu dengan menyesal di atas segala dosa yang telah dilakukan lalu bercita-cita tidak akan melakukannya lagi pada masa yang akan datang serta meminta ampun. Nescaya Allah swt akan mengampunkan.

Seterusnya, mereka ini hendaklah;

i) memperbaiki amalan dan tingkah-laku seperti berkata benar, lurus, menepati janji, mengerjakan solat dengan penuh kusyuk;
ii) berpegang kepada Allah swt, iaitu dengan mengikut segala perintahNya - di samping meninggalkan segala laranganNya;
iii) ikhlas, iaitu beribadat semata-mata kerana Allah swt dan mengharapkan keredhaanNya. Jadi dengan cara itu dia tidak akan mempersekutukan Allah swt dengan yang lain, atau beramal kerana hendak dipuji orang, atau untuk dipuji dan mendapatkan sedekah habuan orang yang termasuk dalam istilah ria'.



"Adakah Allah akan berbuat untuk menyiksa kamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Allah menerima kasih lagi Maha Mengetahui." - AN-Nissak: 147

Pentingnya jgn cuba mencari kelainan dlm beragama. Mempercayai adanya 'wakil tuhan' itupun termasuk dlm kelainan yang dimaksudkan. Mengada-adakan sesuatu yg tidak ada a.k.a bid'ah.

Tanpa sedar matinya kelak jatuh celaka.


Seterusnya, Baginda Rasulullah saw bertanya lagi kepada orang tua yang menyamar itu; "Hai iblis! Apabila umatku memberi salam satu dengan yang lain, betapa dengan hal engkau?

Maka sembah raja iblis, "Apabila bertemu antara dua orang di tengah perjalanan lalu memberi salam dan dijawab oleh sahabatanya itu maka pecahlah dada hamba, rasanya. Hamba akan meratap tangis kerana kedua-duanya mendapat keampunan apabila mereka berpisah."


Menyebarkan salam sesama mukmin 

Salam adalah salah satu dari asma Allah swt. Apabila mengucapkan salam, baik kepada orang yang kita kenal ataupun tidak mampu membangkitkan rasa aman, mempererat ikatan, dan menumbuhkan rasa cinta. Rasulullah saw sendiri telah berwasiat tentang itu. Dari Abu Hurairah ra., dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda; 

“Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai (kerana Allah). Apakah kamu mau jika aku tunjukkan satu perkara yang jika kamu kerjakan maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!” - HR. Muslim


Pada dasarnya, Rasulullah saw telah meletakkan tangan kita pada satu kunci yang amat penting. Mengucap atau menjawab salam akan dapat memberikan gambaran seberapa jauh orang itu iltizam dengan ajaran Islam. Ada perbezaan yang amat besar antara orang yang mengucapkan 'salam” lalu dijawab dengan “salam” dengan orang yang mengucapkan “Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh” lalu dijawab dengan “Wa’alaikumus-salam wa rahmatullahi wa barakatuh”.

Ada sesetengahnya pula apabila kita mengucapkan 'Assalamu ‘alaikum' lalu dijawab dengan 'selamat pagi' atau 'selamat datang' atau dengan apa jua jawapan yang lain. Daripada sini kita dapat mengenal orang lain dan mengetahui tahap konsistensi mereka terhadap ajaran agama. Ada orang yang mengucapkan salam seperti seorang komandan tentera memerintah anak buahnya.

Padahal mengucapkan salam merupakan ucapan selamat yang tersusun dari untaian kata-kata yang sangat indah; yakni 'as-salam' (kesejahteraan), 'arrahmah' (rahmat), dan 'al-barakah'(berkah). Di mana ucapan salam hendaknya keluar dari lubuk hati yang paling dalam, tulus dan dikeluarkan dengan disertai oleh perasaan kasih sayang.

Perlu diingat, tujuan dari sesebuah perkenalan itu adalah pernyataan hati.

Dari Abu Dzar ra., dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, 'Janganlah sekali-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu.' -HR. Muslim

Jadi macam mana iblis tak terasa macam nak pecah dadanya apabila sesama mukmin itu terlahir ucapan salam - ketika bersua dan waktu hendak berpisah?


Para sahabat ra. adalah generasi yang paling faham tentang nilai dan maksud ajaran ini. Dengan cara itulah generasi masakini dapat merangkul banyak pengikutnya. Dari Thufail bin Abu Ka’ab ra. bahawa dia pergi menemui Abdullah bin Umar ra. lalu keduanya pergi ke pasar.

Thufail menceritakan, 'Tidaklah Ibnu Umar melewati orang di tengah jalan atau menjual barang dagangan atau orang-orang yang lain, kecuali dia mengucapkan salam kepada mereka. Pada hari yang lain saya datang ke tempat Abdullah bin Umar, kemudian dia mengajak ke pasar. Saya menjawab, ‘Apa yang akan kamu perbuat di pasar? Kamu tidak membeli, tidak bertanya tentang harga barang, tidak menawar, dan tidak duduk di tempat-tempat duduk (yang ada di pasar)? Lebih baik kita duduk-duduk di sini dan berbual-bual.’

Abdullah bin Umar menjawab, "Wahai Abu Bathan (panggilan bagi Thufail ra.), kita berjalan demi mengucapkan salam pada setiap orang yang kita jumpai." - HR. Malik dan Al-Muwatha’ dengan sanad yang shahih

Mengucapkan salam di satu tempat yang asing buat kita, pada saat kita sangat memerlukan seorang teman, akan memberikan perasaan aman pada kita dan membuatkan orang yang berhadapan dengan kita merasa simpati. Ada pepatah kuno mengatakan, “Seandainya bukan kerana salam yang kau ucapkan sebelum kau berbicara, niscaya aku telah memakan dagingmu sebelum memakan tulangmu.”

Dari Abu Hurairah ra., sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda; “Yang mengendarai kenderaan hendaklah mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki, yang berjalan kaki hendaklah mengucapkan salam kepada yang duduk, yang sedikit mengucapkan salam kepada yang banyak, dan yang muda mengucapkan salam kepada yang tua. Keutamaan pada orang yang lebih dahulu mengucapkan salam adalah sangat besar.”

Dari Umamah ra. dia berkata bahawa ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Ya Rasul, di antara dua orang yang bertemu, manakah yang lebih dahulu mengucapkan salam?” Rasulullah saw menjawab, “Yang lebih mencintai Allah swt.” 

Dari Abdullah bin Mas’ud ra, dia berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda; "As-salam’ adalah salah satu dari asma Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam di antara kamu.” - HR. Bukhari

Di antara taujih Khalifah Umar Ibnu Khathab ra. adalah, “Tiga hal yang dapat membuat kecintaan saudaramu terhadapmu menjadi tulus (hanya karena Allah) ialah, lebih dahulu mengucapkan salam, memanggilnya dengan panggilan yang dia sukai, dan memberikan tempat duduk dalam satu majlis.” 'Menjadi tulus' adalah sebuah ucapan indah yang dapat membersihkan rasa cinta dari tujuan duniawi.


"(Ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: Tunduklah kamu kepada Adam, lalu mereka itu tunduk kecuali iblis, dia enggan dan takbur dan dia termasuk orang-orang kafir." - Al-Baqarah: 34 

Sifat takbur ini milik eksklusif iblis laknatullah. Namun banyak manusia yang turut mewarisinya - kesan ocokkan iblis agar bersekongkol dengannya bagi mendapatkan kemurkaan Allah swt. 

Di antara contoh sifat takbur ini dapat dilihat pada Jamal Pak Tongkol yang ada Lamborghini serta Ferari sebaik mendapat geran RM20juta dari Kementerian Pertanian. Dan secara tiba-tiba dibukanya 20 cawangan restoran ikan bakar di Lembah Klang. 

Mula ditimbulkan skrg adalah kes bunuh n dadah di mana dia dikatakan terlibat. Ini adalah cara yang iblis usyarkan demi untuk merosakkan anak-cucu Adam a.s. Biar timbul masalah yang bertimpa2. Itupun, setelah dia sndri lupa akan Tuhan Pencipta dirinya kesan sifat berkenaan. 

Iblis tidak berkuasa ke atas darah, daging, tulang, kulit, bulu/rambut, bulu roma dan lendir. Ketujuh-tujuh zat ini cuma hidup di mana ruh tumpang bergantung. 

Sasaran iblis adalah pada ruh yang memiliki qudrat, iradat, ilmu, hayyat, sama', basyar, dan qalam yang dipinjamkan oleh Allah swt. Itu semua adalah pintu kepada segala dosa dan maksiat. Tersentuh atau cacat salah satu drpnya atau kesemua sekali; bererti iblis sudah berjaya dalam misinya mencipta 'lubang buaya'nya. 

Jadi, dalam menghadapi iblis kita kena kenal ttg diri kita ini dahulu; zahir dan batinnya. Jgn sekadar pandai sebut 'iblis', tapi kita tidak tau di mana sasaran makhluk itu terhadap diri kita. 

Jadi bodo mcm makhluk penyu - plastik pun ia makan; lalu membunuh diri sndri tanpa sedar. 

Ini adalah asas dalam mengenal diri sebelum mengenal akan Pencipta diri kita. Apabila kenal akan kedua-duanya, iblis pun sebagai musuh yang nyata akan surrender apabila kita mendapat jaminan daripada Allah swt; 

"Sesungguhnya, hamba-hambaKu tidak ada bagi engkau keuasaan atas mereka kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang-orang yang sesat." 
- Al-Hijr: 42 

... dan ini pula ancaman Allah swt. 

"Pergilah engkau, barang siapa mengikut engkau di antara mereka, sesungguhnya neraka jahannamlah untuk balasanmu, sebagai balasan yang sempurna." - Al-Israak: 63 

Jadi secara tuntas kita akan tahu di mana sasaran sebenar iblis laknatullah pada diri kita; yang bakal menentukan celaka atau beruntungnya hidup selepas mati. Jadi dalam keadaan yang pasti kita kena melihat bkn setakat dengan mata, tetapi dengan mata hati. 

Bukan sekadar di luar kotak, tetapi jauh ke dalam diri.



Arak ataupun 'khamar' dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya haram.

Dalil Al-Quran tentang pengharaman minum arak melalui firman Allah swt yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." - Al-Maa’idah : ayat 90

Dalil Hadis tentang haramnya minum arak adalah menurut hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;

'Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di akhirat kelak (di syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [2] ”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit."
 (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392) ”

Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau setitik di mana ia tetap najis.

Ini adalah dalil hadis tentang kutukan Allah pada arak. Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

"Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak ialah;
- pembuatnya;
- pengedarnya;
- peminumnya;
- pembawanya;
- pengirimnya;
- penuangnya;
- penjualnya;
- pemakan wang daripada hasilnya;
- pembayarnya; dan
- pemesannya.”
 - hadis riwayat Imam At-tirmidzi

Arak adalah ibu kepada segala maksiat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

"Arak adalah ibu segala maksiat dan ia adalah maksiat paling mengaibkan." - Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya;

- merosakkan akal fikiran dan kesihatan;
- merosakkan akhlak dan akidah seseorang;
- memalingkan manusia daripada ingatkan Allah swt dan daripada mengerjakan solat;
- membawa manusia ke arah kemurkaan Allah swt;
- boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara sesama manusia;
- memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara;

Fitnah nama-nama arak.
Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merobah mereka menjadi kera atau babi." - Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.

Hukuman bagi peminum arak 

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: 

“Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.” 

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. 

Hukuman 80 kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung

Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah; 

- Orang yang sudah mukallaf; 
- Dengan kemahuannya sendiri; 
- Mengetahui hukum haram meminumnya; 
- Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi lelaki yang adil.
PostPosted: Sat May 26, 2012 9:05 pm    Post subject:Reply with quote

Jika berada di mana-mana majlis eksklusif, selalunya jamuan arak diadakan. Majlis yang dianjurkan oleh bukan-Islam tu kita sedia maklum, tetapi ada majlis orang Melayu sndri yang menghidangkan arak.

(Ada individu tertentu yang siap ada mini bar di rumahnya. Setiap hari dia tonggak air setan - menyebabkan air mukanya sentiasa kelihatan merah padma - ni bkn salah eja, mmg ada pokok padma yg bunganya berwarna merah terang!).

Ada yang jadi kebiasaan untuk tonggak air setan pada setiap hari hujung minggu pada majlis-majlis eksklusif sesama teman rapat. Kalangan Melayu elit n lupa diri!

Ada sesetengah yang ada sikit ilmu (kutip tepi jalan n di kedai kopi) beranggapan dosa minum arak itu dapat ditebus dengan taubat, lantaran Allah swt itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Maka mereka akan minum dan terus minum walaupun sudah mencapai umur tua bangka!


Tread ini secara khusus cuba merongkai janji-janji iblis dan setan dlm usaha untuk menyesatkan anak-cucu Adam a.s seperti yg terkandung dlm beberapa nas Al-Quran, hadis dan peristiwa pertemuan baginda Rasulullah dengan raja iblis (atas arahan Allah swt).

Paling utama kita kenali secara dekat 10 sifat mazmumah yang memang tidak akan terlepas dari setiap diri yang tidak berhati-hati. Sifat wakilan iblis laknatullah itu yang diwarisi selaras dengan sumpah dan janji iblis ketika dia dilaknatkan. Ia merupakan sifat2 yang keji bagi seseorang yang bertaraf hamba. Walaupun ia tidak dapat dipisahkan, tetapi ada cara-cara tertentu yang Allah swt bekalkan buat menyucikannya.

Namun agak mendukacitakan kerana terdapat segelintir makhluk yang tidak terkawal nafsunya sambil celupar dan berani mempersendakan seolah-olah peringatan Allah swt dalam Al-Quran itu tidak wujud! Atau... ia hanya persendaan belaka! Waliya'uzubillah.

Kita memang faham sejak lama bahawa inilah angkara sebenar iblis laknatullah; yang menggunakan proksinya dari kalangan manusia utk mempertikai, mempersenda malah meremehkan peringatan Allah swt. Sifat jahat ini bukan berlaku sekarang, tetapi sejak awal - sebaik Adam a.s. dijadikan.
Namun kita sekadar mampu membawa kuda itu ke air. Kita tidak dapat memaksanya untuk minum. 

"Umpama syaitan apabila ia berkata kepada manusia: Kufurlah! Maka apabila manusia itu kufur lalu syaitan berkata pula: Aku berlepas diri daripadamu, sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam. Kesudahannya, kedua-dua mereka sama-sama berada di dalam neraka, kekal di dalamnya buat selama-lamanya, dan itulah tempat balasan bagi orang-orang yang bersalah." - Al-Hasyr: 16-17Awas, jangan kamu mengikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Sesungguhnya, syaitan itu menyuruh kamu berbuat buruk dan keji (zina), dan supaya kamu mengatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu sendiri tiada mengetahui." - Al-Baqarah: 168-169 

Inilah kesannya apabila banyak bercakap/menulis juga maka banyaklah kesilapan. Apabila banyak silap maka banyaklah bohongnya. Apabila banyak bohongnya, maka rendahlah akhlaknya a.k.a munafik."Syaitan itu sentiasa menjanjikan kamu kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kekejian." - Al-Baqarah: 268

Kemiskinan di sini bukan sekadar miskin tak cukup makan-pakai. Ia berkait juga dgn kesempitan dalam memenuhi segala keperluan; ansuran kereta/motor, bil-bil tetap bulanan, bayar PTPTN, beli perabot secara hutang dsb di mana di antaranya ada yang melibatkan riba.

Iblis suka dengan riba kerana sang hamba itu akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah swt.
Dan natijahnya, inilah apa yang sebenar dimahukan oleh syaitan dan ketuanya, iblis laknatullah. 

"Syaitan itu mahu menyesatkan mereka sejauh-jauh kesesatan." - An-Nisa': 60 

Kita perlu menerima hakikat bahawa itulah kerja dan tugas utama sang iblis serta tenteranya dari kalangan syaitan dan jin. Allah swt sendiri benarkan, tetapi dengan bersyarat; jika sang hamba itu lupa akan Tuhannya. "Sesungguhnya, syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi terang." Al-Qashash: 15 

Jika tau ia musuh maka jangan diperlekehkan jika ada orang yang mengajak kita untuk bersama-sama menghadapi musuh yang satu, nyata dan terang itu.Jadi kita dapat memengertikan bagaimana peritnya Nabi saw dalam mengenalkan Islam kepada kaum puaknya - kafir Quraisy tentang Islam yang tidak pernah pun mereka dengar sebelumnya. 

Namun di kalangan kita, mungkin ini natijahnya pula; 

"Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tak adalah petunjuk baginya dan dibiarkanNya mereka dalam kedurhakaan serta dalam keraguan." - Al-A'raaf: 186Berkata Syeikh Abul Faraj r.a; Ketahuilah bahawa apabila anak Adam a.s. diciptakan maka dilengkapkan padanya hawa nafsu dan syahwat untuk dia menikmati apa yang boleh mendatnagkan munafaat buat dirinya. Dan diletakkan padanya sifat marah untuk menolak apa yang bakal mengganggunya. 

Kemudian dia diberikan akal sebagai pendidik dirinya, menyuruhnya berlaku adil dalam urusan apa yang mesti diambil dan apa pula yang mesti ditinggalkan. Kemudian diciptakan syaitan baginya untuk menghasutnya membuat leluasa dalam urusan apa yang diambilnya dan apa yang ditinggalkannya. 

Maka yang wajib atas orang yang ebrakal waras ialah menjaga diri daripada musuh yang telah menyatakan permusuhannya dari sejak zaman Nabi Adam a.s. Musuh ini telah menghabiskan semua umurnya dan daya-upayanya dalam hal merosakkan semua urusan anak-cucu Adam a.s. 

Allah Taala jujuga telah memerintahkan Bani Adam supaya berhati-hati daripada hasutan syaitan, sebagaimana firmanNya; 

"Awas, jangan kamu mengikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Sesungguhnya, syaitan itu menyuruh kamu berbuat buruk dan keji (zina), dan supaya kamu mengatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu sendiri tiada mengetahui." - Al-Baqarah: 168-169 

"Dan jangan sampai dia (syaitan) dapat menipu kamu terhadap Allah dengan suatu penipuan." - Luqman: 33

Tipuan syaitan-iblis ni dapat dilihat jika ada yang mengajak kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran lalu ada tukang bangkangnya. Dia yang menggelejat macam duduk dlm periuk yang didiangkan. Panas. Kemudian dia pamerkan ilmu agamanya yangkononnya lebih bercahaya. Sedangkan pada hakikatnya, tipuan belaka.

Ini tanda-tanda kehadiran iblis laknatullah.

"Bukankah Aku sudah mengingatkan kamu wahai anak Adam, supaya kamu jangan memuja syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu." - Yaasiin: 60 

Memuja ini samalah dengan memiliki tabiat/perangai syaitan; banyak berleber, bohong, hasad-dengki, fitnah-memfitnah, dendam, menganiaya orang, khianat dsb.

Ancaman daripada fitnah iblis dan tipu-dayanya

Sesungguhnya iblis mempunyai keupayaan untuk membelit manusia di mana dosanya yang pertama berlaku dek kerana kekeliruannya sendiri terhadap perintah Allah swt. Dia membelakangkan perintah Allah swt yang secara jelas menyuruhnya tunduk kepada Adam a.s.

Dia mula membandingkan tentang hal asal kejadiannya dengan manusia;

"Engkau menjadikan aku daripada api dan Engkau menjadikan dia (Adam a.s) daripada tanah." - Shad: 76

Maksud daripada ayat tersebut, seolah-olah iblis berkata, wahai Tuhan kenapa Engkau melebihkan dia daripadaku? Bangkangannya itu bagaikan satu tanda protes, seolah-olah apa yang dibuat oleh Allah swt itu tidak cukup bijaksana. 

Kemudian dia berkata lagi, 

"Aku (kata syaitan) adalah lebih utama daripadanya (Adam a.s.)" - Shad: 76 

Kesannya syaitan enggan menurut perintah Allah swt untuk tunduk kepada Adam a.s. Sedangkan tindakannya itu jelas menghina dirinya sendiri yang kononnya mahu dimuliakan; apabila mendapat laknat Allah swt dan bakal disiksa secara abadi dalam neraka.

Jadi apabila syaitan membisikkan sesuatu pada diri kita tentang sesuatu perkara, maka kita hendaklah berhati-hati kerana biasanya si laknat ini akan cuma membisikkan sesuatu yang jahat saja. Maka hendaklah kita berkata kepadanya, "Apa yang engkau suruh aku lakukan itu serupa nasihat untuk mencapai hawa nafsu aku. Namun mana bisa aku pastikan nasihat kamu itu benar, pada hal engkau sendiri pun tidak dapat menasihatkan diri kamu dulu? Bagaimana agaknya aku akan percaya akan nasihat musuh? Jadi lebih baik engkau pergi saja dari sini! Kata-kata kamu itu tidak laku, sebenarnya.

Kemudian kita hendaklah meminta bantuan daripada jiwa kita pula kerana syaitan itu selalunya menghasut hawa nafsu. Di waktu itu akal pula yang kena berfungsi sambil memikirkan akibat dosa semoga datang bantuan Allah swt dengan menurunkan taufikNya; di mana keazaman yang gigih bisa menghancurkan hawa nafsu dan syahwat kesan hasutan syaitan-iblis itu tadi.

Nabi saw telah bersabda, "Sesungguhnya iblis telah meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia memanggil para pengiringnya dan yang paling dekat kepadanya ialah yang paling berat fitnah yang dicubainya. Maka datanglah setiap satu dari mereka sambil berkata: Aku telah melakukan begitu-begini...

Maka berkata iblis, "Engkau masih belum melakukan apa-apa. Kemudian datang yang lain pula sambil berkata, "Aku tidak berpisah dengan orang itu melainkan setelah aku berjaya menceraikan antaranya dengan isterinya. Lalu iblis pun mendekatkan pengiringnya yang ini, dan didudukkannya di sisi seraya mengatakan, "Benar! Engkau sudah berbuat sesuatu!"
 - HR Muslim

"Sesungguhnya, syaitan itu meletakkan belalainya di hati anak Adam, dan apabila anak Adam itu menyebut Allah dia terus menyingkirkan dirinya. Dan apabila anak Adam melupakan Allah, dikuasainya hati anak Adam itu semula," sabda Nabi Saw.

Belalainya berbentuk tajam menusuk hingga ke jantung; di situ punca dia menguasai diri seseorang dengan mengikut aliran darahnya - hingga menguasai ke seluruh anggota.

Soal Nabi saw kali yang ke-24, "Hai iblis! Siapa pula sekutu dan sekedudukan dengan engkau?" 

Maka sembah raja iblis yang menyamar orang tua buta sebelah mata itu, "Iaitu apabila bertemu antara lelaki dengan perempuan muda maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu. Hamba hiaskan mukanya dengan jeling-jelingan dan senyuman yang menawan di hatinya. 

Apabila dipandang dari belakang maka terpandanglah lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak lalu membangkitkan nafsunya. Manakala apabila dipandang hadapannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekap pada dadanya itu lalu hamba panahkan berbetulan pada jantung hati kedua-duanya atau salah satunya sehingga bergerak keinginan nafsu syahwatnya. 

Bermula akan orang yang tiada memelihara hatinya nescaya tiadalah terpelihara dia akan farajnya dan apabila tiada memelihara akan farajnya nescaya tiadalah ia terpelihara imannya."

Berhubung dengan fitnah iblis serta dengan tipu dayanya, Saiyaar berkata bahawa Tsabit Al-Bunani ada memberitahu, "Ada satu berita yang sampai ke telingaku bahawa iblis telah menampakkan dirinya kepada Nabi Allah Zakaria a.s. di mana dilihatnya iblis itu membawa banyak cangkuk yang terbuat daripada bermacam-macam benda.

Berkata Yahya kepadanya, "Hai iblis! Buat apa semua cangkuk ini yang kulihat tergantung pada tubuhmu?"

Jawab iblis, "Inilah rupanya syahwat yang dengannya aku memancing anak Adam."

Kata Yahya lagi, "Adakah di antaranya yang negkau sediakan untuk aku?"

Jawab iblis lagi, "Nantilah apabila engkau rasa kenyang aku akan pesongkan kamu dari solat dan aku lalaikanmu daripada zikir."

Kata Yahya seterusnya, "Ada lagi yang lain?"

Kata iblis, "Tak ada, demi Allah."

Berkata Yahya, "Aku bersumpah tidak akan memenuhkan perutku dengan makanan sama sekali.

Jawab iblis pula, "Aku bersumpah tidak akan memecahkan rahsiaku kepada manusia muslim lain kali."

erkata Abdullah bin Ahmad, daripada cerita yang diperolehnya daripada Al-Haris bin Qais r.a yang katanya, "Jika syaitan datang kepadamu, sedang engkau dalam solat lalu berkata kepadamu, "Sebenarnya engkau riya' dalam solatmu," maka hendaklah engkau terus memanjangkannya (solat kamu itu) lagi."

Maknanya, jangan mengaku kalah atau mengiyakan bisikan-bisikan jahat syaitan itu.

Ubaid bin Rifa'ah ada mendengarnya daripada Nabi saw; 

"Ada seorang rahib pada zaman Bani Israel yang iblis datang untuk menggodanya. Maka syaitan itu pergi kepada seorang perawan lalu merasuknya. Kemudian syaitan membisikkan ke dalam hati keluarga perawan itu bahawa orang yang dapat menyembuhkan anak perawan itu adalah seorang rahib. Mereka pun membawa perawan itu kepada rahib berkenaan untuk dirawat. Namun sang rahib itu menolaknya kerana khuatir akan fitnah yang bakal melanda. 

Keluarga perawan itu tetap menggesa dan meminta bantuan. Akhirnya terpujuk juga hati sang rahib dan tinggallah si perawan itu bersamanya. Di sini maka datang syaitan itu lagi seraya menghasut si rahib untuk melakukan perbuatan sumbang sehinggalah sang perawan itu mengandung kesan perbuatan serongnya itu. 

Ketika itu datanglah syaitan itu kepada sang rahib lalu membisikkan ke telinganya: Sekarang engkau sudah membuat suatu perkara yang memalukan. Apa yang dapat engkau katakan kepada keluarga perawan ini apabila mereka mengetahui akan perbuatan keji kamu itu? Lebih baik engkau bunuh saja perawan itu dan jika mereka tanya, beritau saja dia sudah mati. 

Maka termakan juga nasihat syaitan itu pada sang rahib lalu dia pun membunuh perawan itu lalu ditanamnya. 

Namun syaitan tidak berhenti setakat itu saja. Dia pergi kepada keluarga perawan itu pula sambil mengwas-waskan mereka dengan menimbulkan syak bahawa sang rahib itu mungkin telah membuntingkan anak perawan mereka lalu dibunuh dan ditanamnya. 

Maka segeralah ahli keluarga perawan berkenaan pergi menemui sang rahib bertanyakan tentang perawan berkenaan. Jawab sang rahib itu: Dia telah mati. Mereka percaya. 

Seketika itu juga datang syaitan itu kepada sang rahib seraya berkata: Ingatlah, yang aku telah menyebabkan ini semua berlaku, aku merasuk perawan itu, dan aku yang menghasut keluarga perawan itu untuk engkau terjebak dalam kekejian berkenaan, maka sekarang hendaklah engkau taat kepadaku, nescaya engkau akan kuselamatkan. Jika tidak aku akan pecahkan tembelangmu. Sekarang sujudlah kepadaku dua kali saja pun cukup! 

Maka akhirnya sang rahib itupun sujud kepada syaitan itu dua kali. Hal ini sesuai dengan firman Allah swt; 

"(Dan) seperti syaitan, ketika ia berkata kepada manusia: Kafirlah (menyangkallah) engkau. Maka tatkala manusia itu kafir ia berkata: Aku berlepas diri daripadamu, sungguh aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam." 

** Perlu diingat, di kalangan kita sendiri pun bisikan2 seperti ini sering terlintas dalam hati; dengan pelbagai andaian.

Ancaman drp tipu-daya iblis ini diteruskan dengan kisah dari Ismail bin Ahmad yang berpunca daripada ayah Salim bin Abdullah r.a; 

"Apabila (Nabi) Nuh a.s. naik ke atas kapalnya, dilihat di atas kapal itu akan seorang tua yang tidak dikenali. Nuh pun bertanya, "Apa yang menyebabkan engkau naik ke atas kapal ini?" 

Jawab permpuan tua itu, "Aku naik kapal ini untuk memerangkap hati para sahabatmu supaya hati mereka dengan aku dan tubuh mereka denganmu. 

Berkata lagi Nuh a.s, "Turunlah dari atas kapal ini, wahai musuh Allah." 

Maka berkata perempuan tua itu, "Ada 5 perkara yang akan kubinasakan manusia dengannya. Aku akan memberitahumu 3 daripadanya dan aku akan simpan yang 2 lagi itu." 

Maka ketika Allah swt mewahyukan kepada Nuh a.s. supaya memberitahu iblis yang dia tidak perlu lagi kepada yang 3 itu. Suruhlah dia memberitahu yang 2 itu saja. 

Maka berkata iblis, "Dengan 2 perkara itu aku dapat membinasakan manusia dan kedua-dua itu tidak akan pernah lari dari matlamatnya, iaitu - dengki dan pergantungan harapan. Dengan dengki aku telah dilaknati dan dijadikan syaitan terkutuk. Dengan pergantungan harapan, Adam a.s. telah dibenarkan duduk dalam syurga dan menikmati segala kebahagiaannya. Manakala aku setelah mencapai hajatku daripada Adam a.s. dan aku terkeluar dari syurga."

Diberitakan juga bahawa iblis pernah menemui (Nabi) Musa a.s. lalu berkata kepadanya, "Hai Musa! Engkaulah orang yang dipilih Allah untuk menyebarkan perutusanNya dan Dia telah berkata-kata pula kepadamu. Dan aku juga dari ciptaan Allah Taala, aku telah berdoa kepada Allah dan sekarang aku hendak bertaubat kepadaNya, maka syafaatkanlah aku kepada Tuhanmu supaya Dia mengampuni aku."

Maka Nabi Musa a.s pun berdoa memohon kepada Tuhannya lalu dikatakan, "Hai Musa! Aku telah perkenankan permintaanmu itu."

Apabila Musa a.s. menemui iblis lalu disampaikan kepadanya syarat-syaratnya itu, iaitu hendaklah dia sujud kepada kubur Adam a.s. nescaya taubatnya akan diterima Tuhan. Namun iblis tetap takabbur.

Dengan marahnya dia berkata, "Hai Musa! Aku tidak mahu sujud kepada Adam sewaktu dia masih hidup, inikan pula sesudah dia mati. Apakah engkau ingat aku akan sujud kepadanya sesudah dia mati?"

Kemudian iblis berkata lagi, "Hai Musa! Aku berhutang budi kepadamu kerana engkau telah mensyafaatkanku kepada Tuhanmu, maka ingatlah aku pada 3 perkara yang berikut ini nescaya aku tidak akan membinasakan kamu ketika itu.

a) Ingatlah aku ketika engkau marah kerana aku penuh kuasa dalam hatimu; mataku tepat pada matamu, dan aku mengalir di dalam tubuhmu seperti mengalirnya darah dalam tubuh badan.

b) Ingatlah aku ketika sedang berlaku pertempuran sengit peperangan, sebab aku datang kepada anak-anak Adam ketika pertempuran yang sangat sengit lalu mengingatkan anak-isterinya dan kaum keluarganya sehingga akhirnya mereka lari dari medan perang.

c) Awas kamu daripada berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahram, kerana waktu itu aku yang menjadi perangsangnya kepada engkau dan sekaligus akan pasanganmu itu kepadanya juga.


Seterusnya Nabi saw bertanya lagi (soalan ke-25), "Hai iblis! Di manakah tempat engkau diam?

Maka jawab raja iblis yang menyerupai orang tua deng janggut 10 helai sepanjang ekor lembu itu, "Itulah di rumah-rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dsb. Apabila orang menyembah mereka itu maka hamba cenderungkan hatinya supaya bertambah-tambah yakin pada pekerjaan yang syirik itu.

Sudah berapa banyak umat tuan hamba yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan rumah berhala Hindu di mana ia menunjukkan betapa nipisnya iman mereka."


Awal pertama dalam hal penyembahan berhala ini dilakukan oleh anak-anak Syits bin Adam a.s. apabila Adam a.s. mati lalu diletakkan dalam sebuah gua di sebuah gunung dalam negara India sekarang. 

Itulah tempat yang bernama Budz di mana Adam a.s. diturunkan dari syurga. Ia merupakan sebuah gunung yang subur di atas muka bumi ini. 

Anak-anak Syits menziarahi jasad Adam a.s. untuk menghormati dan merahmatinya. Maka berkata seorang daripada anak Qabil, "Hai anak Qabil! Sesungguhnya anak-anak Syits itu selalu mendatangi jasad Adam itu dan menghormatinya. Dan kamu duduk tidak berbuat apa satu pun."

Maka mereka pun mengukir sebuah patung berhala; dan mereka inilah orang pertama yang membuat berhala untuk sembahan.

Berhala Wud, Suwaa', Yaghuts, Ya'uuq dan Nasr itu adalah nama bagi orang-orang yang soleh. Mereka mati dalam satu bulan lalu kaum keluarga mereka berasa teramat sedih. Maka datang salah seorang daripada anak-cucu Qabil lalu berkata, "Hai kaum! Apa kata kamu kalau aku membuat untuk kamu lima berhala dengan rupa wajah mereka. Tetapi aku tidak berkuasa untuk menjadikan bagi mereka itu ruh.

Mereka semua bersetuju lalu dipahatkan lima patung berhala yang menyerupai muka-muka tersebut dan didirikan di situ. Maka datanglah sekelian kaum kerabat mereka mendapatkan kaum keluarga masing-masing buat menghormatinya dengan cara berkeliling patung-patung berkenaan.

Maka berlalulah satu abad pertama.


Kemudian dibuat pula patung berhala yang lain pada zaman Yadzaz bin Mahlabil bin Qainan bin Anusy bin Syits bin Adam a.s. Sesudah itu datang abad berikutnya dan manusia semakin menghormati berhala lebih daripada zaman sebelumnya. 

Kemudian datang pula abad ketiga dan mereka mengatakan, "Orang-orang yang terdahulu dari kita tidak menghormati berhala melainkan mereka mengharapkan syafa'atnya pada sisi Allah swt. Maka mereka pun mula menyembah serta menghormatinya lalu menjadi kufur kesemuanya. 

Pada zaman itulah Allah swt utuskan Nabi idris a.s. untuk menyeru mereka ke jalan yang benar. Namun mereka mendustakannya, lalu Allah swt mengangkat Nabi Idris a.s ke 'tempat yang tertinggi'.

Kekufuran yang melanda kepada anak-cucu Adam a.s. semakin berat seperti yang diceritakan oleh Al-Kalbi daripada Abu Saleh dan daripada Ibnu Abbas r.a. sehingga tiba ke zaman Nuh a.s apabila baginda diutuskan Allah swt sebagai nabi kepada kaum ini pada usia 480 tahun.

Baginda menyeru selama 120 tahun namun kaum ini terus mengingkarinya serta mendustakan. Maka Allah swt perintahkan baginda agar membina sebuah kapal. Apabila siap baginda naik bersama dengan pengikutnya di waktu berusia 600 tahun.

Maka berlakulah banjir besar lalu menenggelamkan kaum yang engkar itu. Dan baginda terus hidup untuk 350 tahun lagi.

Jarak masa antara Adam a.s dengan Nuh a.s. ini kira-kira 2,200 tahun. Dan kesan daripada banjir itu Allah swt hanyutkan berhala berkenaan dari satu benua ke satu benua lain hingga terdampar di pantai Jeddah. Apabila air surut tinggallah berhala itu di pantai dan lama-kelamaan selepas beberapa dipukul ombak ia pun terbenam di bawah pasir pantai itu.

Amru bin Luhai adalah seorang tukang telek hang handal. Dia juga dikenali sebagai Abu Tsumamah yang mempunyai satu kaum jin yang dapat dikuasainya. Dia telah memerintahkan jin; 

"Segeralah berangkat dari Tihamah wahai kumpulan dengan selamat dan kebahagiaan ke pantai Jeddah jadikan tujuan, cari di sana berhala-berhala yang bertimbusan, bawa balik ke Tihamaah tanpa ketakutan, kemudian serulah kaum Arab untuk menjadikannya sembahan." 

Maka kaum jin itupun berangkat menuju ke pantai Jeddah. Dikorek mereka akan pantai itu lalu dikeluarkan berhala tersebut. Dipikulnya berhala berkenaan bawa balik ke Tihamah menurut perintah Amru bin Luhai. 

Apabila tiba waktu haji, disuruhlah mereka menyembahnya dan ia disambut oleh Auf bin Azirah bin Zaid Al-Laat lalu diserahkan berhala Wud itu kepadanya. Dia pun membawa berhala itu ke Wadil-Qura di Daumatil Jandal. Maka anaknya lalu dinamakan Abdu Wud (iaitu hamba tuhan Wud). Dialah orang yang pertama menamakan anak dengan nisbah nama berhala berkenaan. 

Kemudian Auf jadikan anaknya itu ketua dan sejak itulah anak-cucunya terus bertuhankan berhala Wud sehinggalah Allah swt mendatangkan agama Islam kepada kaum jahilliah Arab itu.


Al-Kalbi pernah menceritakan: Telah berbicara kepadaku Malik bin Haritsah bahawa dia pernah melihat berhala Wud apabila dia menceritakan; "Ayahku biasa menyuruhku membawakan susu kepadanya dengan katanya: Bawakan susu ini kepada tuhanmu dan berilah ia minum!"

"Aku juga pernah melihat Khalid bin Al-Walid memecahkannya."

Khalid bin Al-Walid diutuskan Rasulullah saw ke peperangan Tabuk bagi memusnahkan berhala Wud, tetapi dia dihalang oleh kaum Abdu Wud dan suku Bani Amir. Mereka lalu diperangi oleh Khalid dan di antara yang terbunuh adalah Qaththan bin Suraih dari kaum Abdu Wud itu.

Ibunya telah datang meratapi mayatnya sambil meratap;
'Rupanya kemesraan yang ada ini tidak kekal abadi;
Memanglah kenikmatan itu tidak selamanya dikecapi;
Turut tidak kekallah di dunia ini seekor babi;
Yang mempunyai ibu yang kasih-sayangnya sepenuh hati.

Wahai sang pengumpul seisi perut dan hati;
Kankah baik jika ibu tak dilahirkan dan tak melahiri'
.

Sebaik selesai mengucapkan ungkapan berkenaan si ibu itu terus tersungkur lalu mati.

Malik bin Haritsah pernah diminta untuk melakarkan rupa wajah berhala Wud. Rupanya sebuah patung lelaki yang besar dengan berpakaian serta selendangnya. Dia miliki sebilah pedang dan di bahunya ada sebusur panah. Di tangannya terpegang bendera dans atu bekas berisi rempung anak panah.

Amru bin Luhai, si tukang telek yang bersahabat dengan jin itu telah menyerahkan berhala Suwaa' kepada seorang lelaki bernama Al-Haris bin Tamin bin Saad. Berhala itu lalu diletakkan di sebuah tempat, Rihath di perkampungan Nakhlah untuk disembah oleh suku kaum Mudhar.

'Mereka semua mengelilingi kiblat sembahannya;
Itulah Hudzail yang menyembah Suwaa' berhalanya;
Menumpukan semua hidupnya tunduk kepadanya;
Mengharapkan kurnia yang dicita-citakan penggembalanya.'

Alhamdulillah..pujian hanya untuk Tuhan Penguasa Alam..

Firman ALLAH dalam surah al-imran ayat 14:

“ dijadikan indah pada (pandangan ) manusia kecintaan kepada apa-apayang diingini, iaitu wnita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenagan hidup didunia dan disisi ALLAH lah tempat kembali yang baik”.

Syeikh Sa’id Hawwa telah menyatakan dalam bukunya jundullah tsaqoofan wa ahlaqon di bahagian orang- orang dibenci ALLAH ada beberapa golongan yang dibenci ALLAH dan berpotensi menjadi musuh dalaman(munafik):

1.orang yang menyeleweng.
2.orang yang mengkehendaki tuntutan hidup jahiliyyah dalam islam.
3.orang yang menumpahkan darah(membunuh) tanpa alasan yang benar.
4.orang yang cerewet dan banyak alas an.
5.orang mutafaihiquun(orang yang takabur).
6.orang yang zalim
7.orang yang selalu membuat kekafiran dan dosa(fasik)
8.orang yang melampaui batas
9.orang yang berlebih-lebihan
10.orang yang bangga diri dan sombong
11.orang yang khianat
12.orang yang membuat kerosakan
13.orang yang suka bertengkar dan berbantah



Dalam pertemuan Nabi saw itu, raja iblis ceritakan bagaiman dia menghasut si penyembah berhala agar benar-benar yakin dengan perbuatan syirik mereka itu. Ini termasuk kira-kira 150k kebanyakan anak gadis Melayu yang masuk Hindu (sumber Hj Harussani - yg pernah memberikan pecahan 250k Melayu murtad!).

Kini kita menyelak kembali sejarah kewujudan berhala serta peranannya dalam memesongkan anak-cucu Adam a.s. hingga sekarang.

Kemudian suku puak Madzhij juga telah menerima seruan Amru bin Luhai - si tukang tenung nasib itu yang menyerahkan berhala Yaghuts kepada An'um bin Amru Al-Muradi lalu diletakkan di sebuah bukit, Yaman.

Suku Hamdan pula diwakili Malik bin Martsad bin Jutsum menerima berhala Ya'uuq yang diletakkan di sebuah perkampungan bernama Juaan - pun di Yaman juga.

Berhala Nasr diserahkan kepada seorang lelaki bernama Ma'dikariba dari perkampungan Dzi Ru'ain lalu dibawa ke Balkhak untuk disembah oleh Himyar dan kaumnya. Mereka terus menyembah berhala ini sehingga kedatangan Dzu Nuwas yang telah bertindak menghancurkannya lalu memaksa mereka menganut agama Yahudi.

Sementara itu berhala yang lain terus disembah oleh bangsa Arab sehinggalah dibangkitkan Allah swt Nabi Muhammad saw - yang bertindak menghancurkan segala jenis sembahan berhala berkenaan.

Ibnu Hisyam pernah memberitahu kisah yang diperolehnya daripada Al-Kalbi, daripada Abu Saleh yang mendengarnya daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi saw telah memberitahu bahawa baginda telah melihat Amru bin Luhai nampak pendek sedang ditarik kakinya oleh merah bara api neraka.

Nabi saw bertanya, "Siapakah itu?"

Lalu baginda diberitahu bahawa itulah Amru bin Luhai, iaitu orang yang pertama menyuruh dilakukan Bahirah, Washilah, Sa'ibah dan Haam serta mengubah agama Nabi Allah Ismail, kemudian menyeru kaum Arab agar menyembah berhala.
Menurut Hisyam, apabila Ismail a.s. menetap di Mekah lalu berkahwin dan punya beberapa orang anak, keturunan baginda itu membiak sehingga menguasai seluruh kota Mekah. Mereka menghalau kaum Amalik yang sering mengganggu ketenteraman maka berlaku permusuhan dan peperangan di antara mereka. 

Maka ramai penduduk Mekah yang lari ke tempat lain. Apabila keluar dari situ mereka turut membawa bersama batu-batu dari tanah haram untuk dimuliakan dan menjaga nama Mekah. Apabila tida di mana-mana tempat mereka letakkan batu itu lalu bertawaf mengelilinginya seperti mana mereka bertawaf mengelilingi Ka'abah juga untuk mengambil berkat daripadanya, menghormati serta dengan tujuan untuk mengingati negeri asal mereka. 

Pada masa yang sama mereka tetap juga membesarkan Ka'abah dan Mekah dengan pergi mengerjakan haji dan umrah sesuai dengan amalan yang diwarisi sejak zaman Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. 

Pada masa yang sama mereka tetap juga menyembah apa saja yang dipandang bagus di samping mengubah upacara-upacara agama Ibrahim a.s. dan Ismail a.s itu berpaksikan sembahan berhala. 

Mereka turut mengembalikan methode sembahan manusia zaman Nuh a.s. yang mana masih ada sisa-sisa tinggalan kaum Nuh a.s. 

Dalam menghormati Ka'abah dengan bertawaf mengelilinginya, mengerjakan haji dan umrah, turut berwuquf di Arafah sambil bermalam di Muzdalifah, mengorbankan unta. 

Sebelumnya, ketika berihram diucapkan doa ini; 
'Aku menyahut seruan-Mu, wahai Tuhan; aku menyahut-Mu. Aku menyahut-Mu, tiada sekutu bagi-Mu; kecuali sekutu yang dia miliki oleh-Mu, sedangkan dia tidak miliki apa-apa!'Orang yang pertama mengubah agama Ismail a.s. lalu mengenalkan berhala dengan menyeru kepada Sa'ibah, Washilah dsb adalah Amru bin Rabi'ah (dikenali juga sebagai Luhai bin Harisah), iaitu ayah kepada Khuza'ah. Ibu Amru bin Luhai itu ialah Fuhairah binti Amir bin Al-Haris; di mana Al-Haris ini adalah orang yang bertanggungjawab atas urusan Ka'abah.

Apabila berita tentang penguasaan Ka'abah itu sampai ke telinga Amru bin Luhai, maka dia cuba merampas urusan tersebut untuk dirinya. Kemudian dia keluar memerangi Jurhum bin Ismail lalu berjaya menguasainya. Dia menghalau kesemua kaum tersebut dari Ka'abah dan dari kota Mekah juga. Maka urusan Ka'abah pun jatuh ke tangannya.

bukankah ahli-ahli neraka sudah dijelaskan sejelas-jelasnya dalam al quran, hadith? Antaranya yg Allah firman dalam surah al baqarah yang jelas menjelaskan sifat-sifat tersebut.

Syurga dan neraka adalah pilihan. Andai memilih syurga bermakna umat Islam wajib melakukan apa sahaja perbuatan dan seumpamanya dengan yang termaktuh kepada perintah iaitu kita wajib ikut apa jua perintah Allah Penguasa Alam Semester.

Sebagai contoh, Allah memerintahkan kita supaya menjaga solat. Menjaga solat bukan bermakna lakukan solat 5 waktu sahaja tetapi kenalah mengikut masa yang ditetapkan. Iaitu maksudnya andai solat Zhohor telah tiba, maka kita tidak boleh melakukan hampir dengan waktu solat Asar. Kerana Allah telah jelaskan mereka yang lalai solat (abaikan waktu), nereka jua balasannya. Itu belum di ambil kira tatacara solat, khusyuk atau tidak, dr segi hukum perbuatan solat dan sebagainya.

(solat mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar).

Jika kita memilih neraka (mulut memilih syurga-tetapi apa jua perbuatan, keyakinan tidak berlandaskan kp aqidah Islam), maka segala perbuatan kita tidak semestinya tidak solat, tidak puasa dll. kita solat, puasa, sedekah dll namun tidak ikut kehendak Islam tp mengikut nafsu, sedangkan nafsu itu membawa kita ke arah kemungkaran.


Apa yang paling dibimbangi nasib kita jika begini;

"Barang siapa yang disesatkan Allah, maka tak adalah petunjuk baginya dan dibiarkanNya mereka dalam kedurhakaan serta dalam keraguan." - Al-A'raaf: 186

Namun Allah swt tetap memberikan jaminan untuk kita semua.

"Adakah Allah akan berbuat untuk menyiksa kamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Allah menerima kasih lagi Maha Mengetahui." - An-Nissak: 147

Lagipun,

"Barang siapa yang taubat sesudah aniaya dan memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang." - Al-Maaidah: 39

Namun perkara asas yang paling utama diperhatikan adalah tentang maksud ayat ini;

"Tidak Kujadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembahKu semata-mata. Aku tiada menghendaki rezeki dari mereka dan tidak pula Kukehendaki supaya mereka memberi makanKu." - Az-Zariyaat: 56-57

Then baru kita akan tunduk dan menjaga segala kehendak dan tuntutanNya. Sebab kita sedar yang diri kita ini 'nothing' - tkde apa2; selain drp makhluk 'busuk' yg diciptakan. Cuma 'busuk' itu akan jadi sebaik2 kejadian kalau kita tau meletakkan diri itu kena pada tempatnya.

Amru bin Luhai kemudiannya diserang penyakit kronik, lalu ada orang memberitahunya di bumi Syam ada sebuah kolam air - jika mandi di situ penyakitnya itu boleh sembuh.

Dia pun pergi lalu mandi di dalam kolam tersebut dan sembuh kemudiannya. Di sana, dia perhatikan penduduknya menyembah berhala. Apabila ditanya, jawab mereka, "Kami menyembah berhala ini untuk mendapatkan hujan dan meminta kemenangan atas musuh".

Maka Amru bin Luhai meminta mereka siapkan sebuah berhala untuknya lalu dibawa balik ke Mekah dan diletakkan di Ka'abah. Dan sejak itu kaum Arab pun mula ikut menyembah berhala tersebut.

Berhala yang paling lama ialah berhala Manaah yang ditempatkan di barat-laut Al-Maslah di Qudaid, sebuah tempat antara Mekah dan Madinah. Semua kaum Arab menghormatinya termasuk suku Aus dan Khasraj. Mereka pergi ke situ sebagai rutin sambil menyembelih korban dan menyembahkan daging korban itu kepada berhala berkenaan.

Suku-suku kaum Aus dan Khazraj serta penduduk Yatsrib (Madinah Lama) dan persekitarannya apabila mereka pergi mengerjakan haji, melakukan wukuf sama dengan semua orang dan melakukan semua kerja haji di semua tempat. Cuma mereka tidak bercukur.

Apabila selesai segala kerja haji barulah mereka berbondong-bondong menuju ke berhala Manaah dan di situlah mereka bercukur dan menetap untuk beberapa ketika. Mereka beranggapan tidak akan cukup syarat haji jika tidak bercukur di situ.

Berhala Manaah ini terletak di bawah kekuasaan suku Hudzail dan Khuza'ah. Kemudian apabila Islam menjadi kuat berikutan penaklukan Mekah oleh Baginda Rasulullah saw, maka baginda telah mengutuskan Saidina Ali r.a. untuk memusnahkan berhala tersebut.
Selain itu kaum Arab ini turut menjadikan sembahan di berhala Al-Laat di Tha'if. Berhala ini diperbuat daripada batu dari kemuncak bukit yang tinggi. Di mana para pengawalnya didatangkan dari suku Tsaqif dan ada bangunan pelindungnya. 

Kesemua kaum Arab dari kalangan Quraisy menghormatinya. Bagi kaum Aram ia dipanggil Zaid Al-Laat dan Taiyim Al-Laat. Bekas tempat letaknya adalah di sebelah kiri Mesjid Tha'if sekarang. Ia terus kekal di situ sehingga puak Tsaqif memeluk Islam dan Rasulullah saw mengutuskan Al-Mughirah bin Syu'bah pergi merobohkan dan membakarnya.Kaum Arab jahilliah ini selain daripada berhala Al-Laat, Al-Uzza juga dijadikan berhala sembahan oleh Zalim bin As'ad yang terletak di Wai Nakhlah Asy-Syamiyah. Ia terletak di suatu tempat tidak jauh dari Dzatu Iriq lengkap ada bangunan buat pelindungnya. Peliknya, sering kedengaran ada suara dari berhala Al-Uzza ini.

Ia berasal daripada jin-syaitan betina yang tinggal di tiga batang pohon kayu pada satu tempat bernama Bathn Nakhlah. Apabila Baginda Rasulullah saw menguasai Mekah - Khalid bin Al-Walid diperintahkan pergi menebang pohon berkenaan.

Sebaik kembali, Rasulullah saw bertanya, "Engkau lihat ada sesuatu di situ?"

Jawab Khalid, "Tidak ada apa!" sampai ke pohon yang kedua ditebangnya.

Maka Rasulullah saw menyuruhnya pergi tebang pohon yang ketiga, lalu Khalid pun pergi untuk menebangnya. Ketika itulah baru dilihatnya suatu lembaga jin betina yang mengerbang rambutnya sambil tangannya dipautkan pada lehernya dan menyorongkan taringnya yang besar itu ke arah Khalid bin Al-Walid. Di belakangnya adalah penjaga di tempat itu, Daibah As-Sulami.

Khalid bin Al-Walid lalu berseru;
'Sangat berat kekufuranmu, tiada kesucian bagimu;
Aku lihat Tuhan telah sungguh menghinamu!'


Langsung dihayunkan pedangnya lalu terbelah kepala jin itu dan sebentar kemudian kelihatan anggotanya menjadi asap lalu hilang ghaib. Daibah As-Sulami juga turut dibunuh oleh Khalid. Maka pohon itupun lalu ditebang dan ditebasnya. Kemudian dia pun kembali menemui Rasulullah saw lalu menceritakan apa yang berlaku.

Rasulullah saw pun memberitahu, "Itulah Al-Uzza dan sekarang sudah tidak ada Uzza lagi bagi kaum Arab sesudahnya."Berkata Hisyam, "Kaum Quraisy itu ada menyimpan beberapa buah berhala dalam Ka'abah serta di sekelilingnya. Berhala yang paling besar adalah Hubal, dan sebagaimana yang diceritakan kepadaku ia terbuat daripada batu akik merah, bermuka manusia dan terputus tangannya yang kanan. 

Apabila dilihat keadaannya begitu orang-orang Quraisy membuatkan tangannya yang hilang itu daripada emas. Orang yang pertama meletakkan Hubal itu di tengah-tengah Ka'abah ialah Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar. Letaknya di tengah Ka'abah di mana di depannya ada tujuh bekas. 

Ada tertulis padanya, satu - sharih, yang bermaksud 'jelas'. dan satu lagi mulshaq, yang bermaksud 'lekat'. Jika mereka berasa ragu pada bayi itu sebagai anak sendiri mereka korbankan satu sembelihan lalu dipukulkan pada bekas-bekas berkenaan. Jika yang keluar itu sharih - mereka terima anak itu sebagai anaknya. Jika sebaliknya, keluar mulshaq - mereka tinggalkan bayi itu sebagai bukan anak mereka yang sebenar. 

** Tanda-tanda yang keluar itu adalah penangan syaitan-iblis yang ada di sebalik berhala berkenaan; dengan tujuan untuk meyakinkan manusia aagar terus sesat. Terkadang-kadang ada keluar darah malah ada berhala yang dipuja sehingga boleh bercakap, dsb.Teman sengaja panjangkan kisah berkaitan dengan berhala ini memandangkan kemudharatannya yang cukup serius dalam kesesatan manusia sepanjang zaman dan di seluruh dunia. Di mana-mana penjuru alam, satu entiti khas biasa direkacipta untuk sembahan buat menggantikan Tuhan sebenar. 

Macam orang India, mereka mati2an katakan bahawa mereka tetap menyembah Tuan Ala... cuma yang berceretet kat kuil itu adalah sebagai wakil tuhan saja (bila sebut wakil tuhan ni teman segera teringat 'Wakil Tuhan Zaman 1400' di satu daerah yang kat Terengganu tu). 

Orang asli dalam hutan itu pun sama - dia tetap menyembah tuhan, tapi diukir-bentukkan rupa makhluk yang menggerunkan seperti Mah Meri untuk dijadikan sembahan. 

Kaum Cina juga menyembah to' pekong. Malah orang moden dan bijak pandai seperti puak Kristian juga turut menyembah patung - yang dikatakan Mary n Jesus itu pada setiap gereja mereka. 

Di kalangan orang Islam, mereka tidak menyembah berhala atau to'pekong, tetapi mereka melakukan syirik terhadap Allah swt. Apabila bersolat n pergi mesjid, harap-harap para jemaah akan kata dia alim dan wara'; jadi solatnya itu dikembarkan kepentingannya dengan yang lain selain daripada Allah swt - itu dinamakan syirik. Bukan syirik ni sekadar takutkan pada penunggu atau hantu di balik pintu saja.Apabila berasa kagum pada rumah cantik yang harganya berjuta; atau rasa terpegun pada kereta sport mahal yg dibeli RM1.2juta itupun termasuk dalam sembahan berhala bagi orang-orang yang mengaku beriman, asalnya. 
Sedangkan kita hanya wajib berasa kagum atau terpegun pada Dia Yang Maha Pencipta itu, Allah swt Tuhan semesta alam. Dia, Zat Wajib-al Wujud; tiada yang lain melainkan Dia belaka.Harta-benda dan segala kekayaan itu biar sekadar di tangan; jangan sampai ia masuk menguasai hati kerana hati itu cuma diperuntukkan buat mengingati Allah swt. - Al-Futuhat Al-Makkiah.

Jadi, selain drp kagum n terpegun pada harta-benda, hati dan perasaan itu elok dikhaskan buat mengingati Allah swt pada setiap ketika. Ia hendaklah dipenuhi dengan kalimah istighfar dan zikir; buat membersihkannya daripada syaitan-iblis terlaknat.

contoh kajian kes;
Teman tertarik dgn yang ini bila SPRM memutuskan kes Sharizat tutup fail. Dia bersih apabila didapati tidak bersalah.
Sedangkan Azmin yang kesnya 1995 itu boleh dibongkar kembali... sebab dia berada di pihak pembangkang

Kerja apa ni klu bkn syaitan-iblis laknatullah punya onar?

Peranan syaitan-iblis adalah untuk merosakkan; Sharizat n the gangs akan jadi 'lemak banyak' bila rasa tak bersalah untuk membayar balik duit RM250juta itu. Dia n the gangs akan terus makan duit haram lagi selagi berkesempatan.

Daging yang tumbuh drp sumber yang haram (duit haram!) ke mana habuannya kalau bukan untuk sambaran api neraka. Maka iblis berjaya dengan misinya.

Tidak terkecuali pegawai2 SPRM berkenaan apabila mereka mengkhianati amanah yang rakyat berikan. Mereka kena berlaku adil demi keselamatan duit rakyat; di mana orang yang mengkhianati amanah termasuk dalam golongan munafik, jawabnya ke neraka juga.

PM atau TPM yang tidak bersuara untuk menegahnya pun akan termasuk dalam kalangan mereka yang cenderung kepada si penzalim (Hud: 113)... pun akan dilemparkan ke dalam api neraka Allah swt.

Jadi, kepada puak2 setengah tiang yang berasakan bahawa kedudukan lahanat berkenaan belum pasti sebab mungkin Allah swt akan letakkan mereka ke dalam syurga - konon atas hak dan budi bicaraNya! Atas dasar apa? Ada berapa banyak kebaikan yang mereka ada? Ada berapa keuturunan orang soleh-soleh yang mereka miliki?

Sedangkan persoalan inilah yang membuatkan banyak orang tidak boleh jawab, tetapi memandai2 dalam memutuskan hukum mereka sendiri tanpa sandaran apa-apa pun.

Bila disanggah, ada yang menuduh konon kita punya kasyaf yang tinggi... kita boleh ganti tempat Tuhan dan bagai-bagai lagi dengan mulut celupar macam tempayan retak yang dah sumbing.

Sebenarnya, inilah kerja asas syaitan-iblis laknatullah. Dan... Allah swt itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

"Barang siapa menghendaki hidup di dunia dan perhiasannya, Kami sempurnakan pekerjaannya di dunia sedang mereka tiada dirugikan.
Tetapi tidak ada bagi mereka di akhirat, melainkan neraka. Dan hapuslah apa-apa yang mereka perbuat di dunia dan binasalah apa-apa yang mereka amalkan." 
- Hud: 15-16

Sekadar untuk makluman ttg surah Hud: 15 dan seterusnya 16 yang membawa maksud segala yang telah dikerjakan itu terpadam - jadi sia2 sekiranya setiap yang dilakukan itu sekadar untuk mendapatkan 'pengiktirafan' manusia; biar dipandang orang - supaya dipuji atau dipandang tinggi.

Ini adalah penilaian orang yang bebal dalam beragama.
Pelik dengan Melayu Islam arini... bila disebut ttg janji2 Allah swt pada sekelian org beriman dan beramal soleh serta ancaman siksaan pada mereka yang celaka; konon siapalah kita ni? 

Konon kita ni nak ganti tempat Tuhan dalam menentukan... 

Sedangkan di banyak tempat, jelas dan terang sekali Allah sebutkan; di antaranya... 

"Ya, barang siapa yang telah Islam (menundukkan) mukanya kepada Allah, sedang dia berbuat baik maka untuknya pahala di sisi Tuhannya; dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita." - Al-Baqarah: 112 

Ini adalah sanggahan kepada tanggapan orang-orang Yahudi dan Nasrani, kononnya mereka saja yang masuk syurga, sedangkan Allah swt mencabar mereka agar ditunjukkan dalilnya, jika mereka orang-orang yang benar. 

Maknanya, jgn memandai2 gunakan andaian sndri tentang segala yang berkait dengan hak Allah swt.
"Maka ingatlah kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepadaKu dan janganlah kamu menyangkal (nikmatKu)." - Al-Baqarah: 152

Maknanya jangan disangkal jika berbuat baik, maka dibalas dengan pahala kebaikan. Demikian juga jika berbuat engkar, tak mungkin baik balasannya.
"Apabila hambaKu bertanya kepada engkau tentang halKu, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta, bila dia meminta kepadaKu, tetapi hendaklah dia mengikut perintahKu, serta beriman kepadaKu; mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk." - Al-Baqarah: 186 

Ini pun janji Allah swt juga. Tanda kasih-sayangnya yang tidak bertepi; sayang hambaNya saja yang sering 'memfitnah' n putus-asa akan rahmatNya kesan gejolak n godaan syaitan-iblis terlaknat.

Berhala Hubal di tengah Ka'abah itu tetap mempunyai pengaruh besar di kalangan kaum jahilliah Arab. 

Jika puak-puak Quraisy itu bertelagah dalam sesuatu hal; jika mereka hendak pergi belayar atau melakukan sesuatu - mereka lakukan undi di depan berhala Hubal itu dalam bekas yang disediakan. 

Pada hari Uhud, Abu Sufyan telah menyeru, "U'lu Hubal! Yakni tinggi agamamu , hai Hubal! 

Rasulullah saw berkata kepada para sahabat, "Apakah yang mesti kami jawab?" 

"Allahu a'laa wa ajallu!", iaitu Allahlah yang Maha Tinggi dan Maha Besar.

Selain daripada itu kaum Quraisy ini turut mempunyai berhala Usaf dan Na'ilah. Berkata Hisyam, "Maka berbicara Al-Kalbi daripada Abu Saleh, daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa Usaf itu asalnya seorang lelaki dari suku Jurhum, iaitu Usaf bin Ya'la. Na'ilah pula adalah seorang wanita dari suku Jurhum juga, iaitu Na'ilah binti Zaid yang mempunyai hubungan cinta sejak dari Yaman lagi.

Mereka datang untuk mengerjakan haji. Ketika berada dalam Ka'abah sewaktu ketiadaan orang - mereka melakukan maksiat lalu disumpah Ka'abah menjadi batu.

Kemudian apabila orang ramai datang ke Ka'abah dilihat mereka kedua-duanya telah menjadi batu. Ia dikeluarkan lalu diletakkan di satu tempat langsung menjadi sembahan oleh suku Khuza'ah dan kaum Quraisy serta puak-puak Arab lain yang datang mengerjakan haji.

Tujuan meletakkan berhala Usaf dan Na'ilah ini adalah untuk memberikan pengajaran kepada orang yang memasuki Ka'abah agar tidak mengikut jejak langkah kedua-dua manusia tersebut. Namun lama-kelamaan apabila sudah agak lama berada di situ, orang ramai selain menyembah berhala-berhala yang ada sudah mula menyembahnya pula.

Batu yang pertama ditempelkan pada Ka'abah sementara yang satu lagi diletakkan di perigi Zamzam. Kemudian kaum Quraisy memindahkannya duduk sebelah-menyebelah di perigi tersebut.

Dan mereka turut menyembelih korban di situ.

Terbaru... dah keluar pun thread pasal orang gunakan bomoh untuk tujuan pilihanraya; kerja-kerja syirik yang sesetengahnya menggunakan khidmat jin, syaitan dan iblis laknatullah - sihir. 

Menjelang pru, kisah ini adalah lumrah dan tuk-tuk bomoh berkenaan sudah boleh ketawa besar. Betapa tidak, setiap orang yang datang main angka ribu-ribu punya upah! 

Percaya atau tidak ada satu tuk batin di Empangan Semenyih boleh siapkan 2-3 buah sampan enjin sangkutnya jenis keupayaan besar untuk mengangkut puak-puak syirik, tidak bertuhan ini; orang Melayu! 

** Melayu spesis ini; 

"Satu golongan mendapat petunjuk dans atu golongan jadi sesat kerana mereka itu mengangkat syaitan menjadi wali bukan Allah, sedang mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk."- Al-A'raaf: 30Apa nak buat, selalunya orang Melayu terperangkap...

"Sesungguhnya, Allah tiada mengampuni jika Dia dipersekutukan dengan yang lain dan Dia mengampuni (dosa) yang kurang daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barang siapa mempersekutukan Allah, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jauh." - An-Nissak: 116
"Apabila hambaKu bertanya kepada engkau tentang halKu, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta, bila dia meminta kepadaKu, tetapi hendaklah dia mengikut perintahKu, serta beriman kepadaKu; mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk." - Al-Baqarah: 186 

Peringatan ini jelas Allah swt tujukan kepada hamba-hambaNya, tetapi masih ramai (majoriti) yang tidak yakin pada janji Allah swt itu. Jika ada pun yang berpegang dengan janji ini, dituduh sbg cuba menjadi pengganti tuhan! 

Ia tuduhan yang dibuat sama ada kerana biadab atau memang jahil yang tak boleh diajar. Namun pada mereka dari jenis yang mungkar... sila muhasabah diri sekiranya permohonan tidak diterima Allah swt. 

Berlaku syirik, fasik dan munafik. Ada yang tergelincir aqidah lalu jadi murtad tanpa sedar. Menjadi murtad apabila mempertikaikan janji-janji n sumpah iblis dalam usaha menyesatkan anak-cucu Adam a.s seperti yang diungkapkan dalam nas oleh Allah swt. 

Paling mudah klgn yang masih dok hisap rokok dan terus mengekalkan kerja riba dalam hidupnya dengan terus-terusan berhutang.Berbalik kita kepada kisah berhala yang berlambak di Mekah. Ia merupakan berhala yang nyata wujud, tetapi ada di kalangan orang-orang Melayu yang meletakkan 'berhala' itu di dalam hatinya.

Ia adalah berhala yang bertunjangkan nafsu; serakah terhadap segala yang diinginkan - tujuannya bergaya dan menunjuk-nunjuk, berumah besar dan berkereta mahal semata-mata bukan kerana keperluan. Ia ditunggang oleh nafsu yang tidak pernah cukup; berhala bagi orang-orang yang mengaku beriman.

Di antara berhala yang lain ialah Dzul Khalashah yang terbuat daripada batu api putih terukir pada kepalanya seumpama mahkota. Ia terletak di Tabalah, di satu tempat laluan antara Mekah dan Madinah.

Berhala ini dimuliakan oleh suku kaum Khats'am dan Jabalah. Mereka biasa menyembelih korban di berhala tersebut sebagai persembahan.

Rasulullah saw pernah berkata kepada Jarir r.a; "Bolehkah engkau hapuskan untukku (berhala)Dzul Khalashah?"

Maka Jarir pun bernagkat bersama dengan suku kaumnya, Ahmas tetapi ditentang hebat oleh suku kaum Khats'am dan Bahilah. Jaris r.a berjaya lalu dimusnahkan berhala berkenaan kemudian dibakarnya. Apa yang tinggal kini hanya tiang besar sebuah mesjid di Tabalah.
Kaum Daus juga turut mempunyai berhala mereka sendiri yang dipanggil Dzuts-Tsaraa. Demikian juga dengan suku Qudha'ah, Lakham, Judzam, Amilah dan Ghathafan yang terletak di perbatasan negeri Syam dengan nama berhalanya Al-Uqaishar. 

Suku Muzainah mempunyai berhala yang dinamakan Fahm dan melalui nama ini maka dikenali kabilahnya, Abdu Fahm. Suku Anazah pula mempunyai berhala bernama Sa'iir serta suku Tha'i yang mempunyai berhala bernama Al-Fals. 

Semakin lama ia menjadi semakin banyak berhala di setiap kampung, atau lembah untuk disembah mereka. Mereka akan emngusap-ngusap tangan berhala itu setiap kali hendka pergi belayar, sebaik kembali ataupun ketika mahu masuk ke rumah. 

Pada yang tidak mempunyai berhala akan mencari batu-batu yang dianggap suci untuk dijadikan sembahan dengan cara mula-mula sekali mereka akan bertawaf mengelilinginya. Dalam Al-Quran ia disebut Al-Anshaab.Apabila puak-puak ini hendak bepergian, iaitu melakukan perjalanan mereka akan ambil 4 ketul batu yang cantik yang dijadikan tuhan. Ia adalah lambang bagi menolak segala kejahatan - sebaik kembali dia akan mengusap-ngusap tangan berhala itu. 

Apabila baginda Rasulullah saw memasuki kota Mekah - sebaik masuk ke Mesjid-il Haram yang penuh dengan berhala itu di sekitar Ka'abah maka baginda menusuk dengan busur panah pada mata dan muka berhala-berhala berkenaan. 

Kata baginda, "Telah datang kebenaran dan hapuslah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu mesti dihapuskan." Kemudian baginda menyuruh berhala-berhala itu ditelungkupkan, kemudian dikeluarkan dari Mesjid-il Haram lalu dibakar.


Daripada satu riwayat Ibnu Abbas r.a; "Pada zaman Yazadbarad berhala kembali disembah semula dan ramai orang yang meninggalkan Islam untuk jadi murtad."Menurut Abdul Wahhab bin Al-Mubarak, apabila ditanya Sufyan bin Uyainah bagaimana orang-orang Arab boleh menyembah batu dan berhala? 

Jawabnya, "Asal sembahan mereka itu batu. Pada mereka kononnya, Rumah Allah (Baitullah) itu batu maka di mana saja mereka berada diletakkan batu buat pengganti rumah Allah tersebut."Menurut Abu Ma'syar pula, kebanyakan daripada penduduk di India mempercayai adanya Tuhan; dan mereka juga mengakui bahawa bagi Allah swt itu ada malaikat-malaikatnya. Cuma mereka mengi'tikadkan Tuhan itu suatu gambaran yang tercantik sementara malaikatnya itu berupa jisim-jisim yang bagus. 

Bagi mereka Allah swt itu bersembunyi bersama para malikatNya di langit. Jadi mereka memperbuatkan berhala yang menyerupai Tuhan yang Maha Suci. Demikian juga dengan malaikat yang disimpan untuk disembah dan diberikan korban kepadanya. Dengan cara itu mereka akan sentiasa dapat memandangnya, pada sangkaannya. 

Ada pula yang berpendapat bahawa para malaikat, kesemua planet dan bintang-bintang di langit itu merupakan jisim-jisim yang terdekat dengan Tuhan Sang Pencipta. Mereka memuliakannya sambil membuatkan korban. Jadi adalah baik sekiranya ia dirupakan dalam bentuk berhala!Orang-orang di zaman purbakala turut mendirikan bangunan berupa rumah untuk berhala mereka. Di antaranya ialah yang didirikan di puncak gunung Isfaham; di mana di dalamnya terdapat beberapa buah berhala yang dikeluarkan oleh Kusytasab apabila dia memeluk agama Majusi. Dan rumah itu dijadikannya rumah api.

Rumah ke-2 dan ke-3 terdapat di India, sementara yang keempat terletak di kota Balkh yang didirikan oleh Bani Syahr. Apabila Islam tiba di Balkh rumah itu dimusnahkan oleh penduduknya sendiri. Rumah yang ke-5 terdapat di kota San'aa, Yemen yang dibangunkan oleh Adh-Dhahhak lalu dinamakan Az-Zahrah. Ia juga turut dirobohkan oleh Uthman bin Affan.

Rumah yang ke-6 telah dibina oleh Raja Qabus yang diberi nama Syams (matahari) di kota Firghanah yang kemudiannya dirobohkan oleh Al-Mu'tashim (dari Khalifah Bani Abbassiah).
Yahya bin Basyir bin Umair An-Nahawundi ada menyebutkan bahawa, agama di India dibawa oleh seorang India Brahmin yang dibangunkan untuknya beberapa buah berhala di Multan dalam wailayah Sind. Di situ diletakkan berhalanya yang terbesar seperti bentuk bulan. 

Apabila Islam masuk ke India, berhala tersebut hendak dirobohkan tetapi dilarang oleh sekelian penganut Hindu di situ. "Jika kamu tinggalkan berhala ini tidak dimusnahkan kami akan beri kamu sepertiga daripada tabung kewangan yang dapat dikumpulkan di rumah berhala ini." 

Abdul Malik bin Marwan pun membiarkannya - tidak jadi dirobohkan. 

Untuk makluman kita semua, kebanyakan penganut Hindu yang datang ke situ akan membawa wang sekadar yang termampu oleh mereka - dari 100 rupiah hingga ke ratusan ribu jumlahnya. Jika kurang, ziarah mereka itu tidak diterima. Wang itu ditabungkan ke dalam peti besar, kemudian mereka tawaf keliling berhala tersebut. 

Apabila terkumpul wang yang banyak, mereka pun mebahagikan wang tersebut satu pertiga untuk kaum muslimin, satu pertiga untuk memperbaiki kota dan segala benteng di berhala berkenaan dan satu pertiga lagi untuk pengawal-pengawal dan penjaga berhala.Fadilat Kalimah Tauhid (dari Kitab Pati Rahsia)

Sabda Rasulullah saw, "Siapa yang membaca dua kalimah syahadah iaitu 'Lailaha-illaLlah, Muhammad-ar Rasulullah' dengan yakin bahawa sesungguhnya, 'tiada yang disembah yang lain daripada Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruhNya' serta menunaikan segala hak kalimah syahadah itu, iaitu dengan menjunjung segala perintah Allah swt dan menjauhi apa jua laranganNya, nescaya menjauhkan oleh Allah swt daripada api neraka."

Sabda Rasullullah saw, "Iman yang terlebih afdal ialah ketahui dan ingat bahawasanya Allah swt itu sentiasa ada beserta engkau walau ke mana pun engkau pergi."

Sabda Rasulullah saw, "Sesiapa yang mebaca kalimah 'Lailaha-illaLlah Muhammad-ar Rasulullah 100 kali nescaya dibangkitkan dia pada hari kiamat dengan rupa yang molek umpama bulan purnama."

Sabda Rasulullah saw, "Seafdal-afdal perkataanku dan perkataan sekelian nabi-nabi yang terdahulu daripada aku ialah kalimah 'Lailaha-illaLlah."


Sabda Rasulullah saw, "Sesiapa yang mati dalam masa i'tiqad yang putus pada kalimah 'Lailaha-illaLlah' dengan yakin t'tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, nescaya masuk syurga."

Wallahu-a'laam.Kata Syeikh Abul Faraj rahimahullahu-taala, "Cuba lihat bagaimana syaitan dan iblis mempermainkan akal fikiran orang-orang ini sampai menyembah apa yang diukir dan dibuat oleh tangan mereka sendiri? 

Alangkah tepat sekali sindiran Allah swt terhadap berhala-berhala mereka itu; 

"Apakah mereka (berhala) itu ada kaki yang boleh berjalan dengannya; adakah mereka mempunyai tangan yang boleh bertindak dengannya, ataukah ada mata yang boleh melihat dengannya, ataupun ada telinga yang boleh mendengar dengannya?" - Al-A'raaf: 195 

Sindiran itu sebenarnya ditujukan kepada manusia; seolah-olah dikatakan kepada mereka - kamu berjalan, bertindak, melihat dan mendengar sedangkan ebrhala itu lemah langsung tidak dapat melakukan apa2 kerana mereka itu adalah benda yang beku, sedangkan kamu boleh berjalan dan bergerak. 

Jadi mana mungkin pihak yang lebih sempurna menyembah akan yang terkurang? 

Jika mereka terfikir sedikit nescaya mereka akan tahu bahawa Tuhan itu mencipta kesemua benda dan Dia sendiri TIDAK diciptakan. Dia yang mengumpulkan, tetapi Dia tidak dikumpulkan. Kesemua benda itu wujud dengan wujudNya Dia, sementara Dia wujud tanpa bergantung kepada benda-benda tersebut. 

Sewajarnya, manusia itu hendaklah menyembah siapa yang menciptakan dirinya, bukan apa yang diciptakan untuknya? Dan apa yang dikhayalkan atau dipercayai oleh mereka bahawa berhala-berhala itu akan memberi syafaat dan jaminan - kesemua itu adalah khayalan belaka. Tidak ada keraguan baginya dan bukan tempat yang dapat dipergantungkan harapan kepadanya sama sekali.Tamat sudah tipuan syaitan-iblis laknatullah akan manusia melalui ketul-ketul batu yang diukir sebagai peringatan kemudian menjadi bahan sembahan - iaitu berhala.

Banyak peringkat manusia di serata pelosok dunia menyembah berhala, termasuk yang digambarkan seperti yang terdapat dalam gereja-gereja Kristian, contohnya. Ia dilukis dan dilakarkan semata-mata untuk tanda ingatan, lama-kelamaan terus menjadi barang sembahan.

Klu di kalangan masyarakat Melayu pun ada berhalanya, iaitu rumah besar yang cantik serta kereta mahal yang menawan. Ada yang sanggup habiskan wang yang banyak demi untuk menghiasinya. Membuang masa yang amat berharga dok kelebek kereta mahal bila dicuci dan dikilatkan.

Sedangkan terasa amat berat masa yang diambil 7 minit untuk solat; mengadap Tuhan Pencipta dirinya. Semuanya angkara iblis; yang meresap bukan setongkol macam seekor anjing atau sebiji macam buah kelapa. Syaitan-iblis meresap melalui urat darah bagaikan haba yg meresap dalam batang besi yang dipanaskan hujungnya.

Habanya tidak kelihatan, tetapi ia panas membahang. Syaitan-iblis pun sama - tidak kelihatan, tetapi ia mencorakkan diri kita mengikut sekehendak hatinya; melalui nafsu. Nafsu yang tidak betah melihat ada orang lain yang mengajak kepada kebaikan. Sebaik menurutkan nafsu - manusia itu akan parah - menjadi tawanannya.


Seterusnya Nabi saw bertanya lagi(26) kepada raja iblis
,
"Hai iblis! Di manakah tempat perhimpunan engkau?" 


Maka dijawab oleh raja iblis yang menyamar orang tua mata buta sebelah itu, "Iaitu di setiap rumah wayang, tempat berjoget atau seumpama dengannya seperti tempat percampuran muda dan mudi."
Seterusnya Nabi saw bertanya lagi kepada raja iblis, "Hai iblis! Di manakah tempat perhimpunan engkau?" 

Maka dijawab oleh raja iblis yang menyamar orang tua mata buta sebelah itu, "Iaitu di setiap rumah wayang, tempat berjoget atau seumpama dengannya seperti tempat percampuran muda dan mudi."
Kisah dari negeri Balkh, di mana Zorodast yang ebragama majusi telah mendakwa bahawa wahyu telah turun kepadanya ketika dia ebrada di bukit Sailaan. Kemudian dia menyeru kepada sekelian penduduk di kawasan berhawa dingin itu bahawa udara akan ebrtambah sejuk jika mereka enggan menerima seruannya. 

Dia mendakwa bahawa dia diutus hanya untuk orang-orang di bukit itu sahaja. Di antara seruannya ialah dengan menghendaki pengikutnya bersuci dengana menggunakan air kencing, boleh bersatu dengan ibu sendiri sambil memuliakan dan menyembah api. 

Di antara kata-kata mengarut Zorodast ini ialah, "Asal mulanya tuhan itu bersendirian. Kemudian dia lalu terfikirkan seorang anak, iaitu iblis! 

Apabila iblis berada di hadapannya, lalu hendak dibunuhnya, tetapi iblis itu enggan menurut kemahuannya. Jadi, dia menangguhkannya hingga ke satu masa.Paling jahat syaitan bernama 'Masuud' yang biasanya menghiasi bibir manusia dengan mencipta fitnah, gosip, mengumpat dan apa saja penyakit hati yang terhasil bermula daripada mulut celupar. 

Klu jenis wanita yang mulut banyak takpe lagi, tapi kebelakangan ini didapati lelaki pula yang mulut banyak. Yeah... mungkin hati yang ada penyakit, siannya... kelak Allah swt tambahi penyakitnya itu.Iblis juga turut memperindahkan sesetengah kaum kepada penyembahan bulan dan yang lelainnya, menyembah bintang. Sama seperti kaum musyrikin Mekah yang menuduh Nabi saw mengamalkan sihir itu turut menyembah bintang. 

Malah iblis turut memperindahkan manusia untuk menyembah malaikat; sebab mereka percaya bahawa malaikat itu adalah anak perempuan Allah swt! Ada yang menyembah kuda dan lembu seperti kaum As-Samiri yang langsung membuat anak lembu daripada emas. 

Firaun pula pernah menyembah anak kambing. 

Ini semua berlaku kerana mereka itu langsung tidak mahu menggunakan akal fikiran sedikit pun. Mereka hanya ikut iblis yang memperindahkan sesuatu sesuai dengan sumpahnya di depan Allah swt; untuk menyesatkan anak-cucu Adam a.s. kesemuanya kecuali hamba-hamba Allah swt yang ikhlas.
"Tatkala malam telah gelap, dia (Ibrahim a.s.) melihat bintang lali dia berkata: Inikah Tuhanku? Tatkala bintang itu terbenam dia berkata: Aku tiada mengasihi barang yang lenyap itu." - Al-An'aam: 76
"Tatkala dia melihat bulan telah terbit, dia berkata: Inikah Tuhanku? Tatkala bulan itu terbenam, dia berkata: Jika aku tiada ditunjukki oleh TUhanku nescaya aku termasuk kaum yang sesat." - Al-An'aam: 77
"Tatkala dia melihat matahari telah terbit, dia berkata: Inikah Tuhanku? Ini lebih besar. Tatkala matahari itu terbenam dia berkata: Hai kaumku, sesungguhnya akau berlepas diri dari apa-apa yang kamu persekutukan itu." - Al-An'aam: 78
"Sesungguhnya kuhadapkan mukaku (hatiku) kepada yang menciptakan langit dan bumi serta condong (kepada yang benar) dan bukanlah aku termasuk orang-orang musyrik." - Al-An'aam: 79
Disebabkan Nabi Ibrahim itu mendapat perlindungan istimewa daripada Allah swt, maka syaitan-iblis tidak berdaya untuk menyesatkannya seperti apa yang berlaku pada Zorodast dsb.

Demikian juga kita dalam keadaan skrg (zaman mutakhir dan moden ini) sepatutnya momentum 'amar makruf nahi munkar' tu dah menjadi darah-daging, sbg amalan mati-hidup kita sepanjang masa; bkn umur dah setengah abad bru nak kenal mesjid - then bru nak terasa diri terlebih Islam drp org lain! Org lain bg kita tu jahil belaka...

Ungkapan ini boleh dikira sbg biadab dlm agama. Ia suatu sikap yg hina bg seseorang yang benar2 kenal agama. Klu org jahil yg bersikap demikian, ble la dimaafkan kejahilannya itu.

Apa pun, awas dgn sikap pura-pura syaitan-iblis laknatullah yang bersembunyi dlm diri; di mana kesannya ada panas n sakit ati bila diusulkan jln2 menuju redha Allah swt.

Nabi saw ada bertanya kepada raja iblis; 

"Hai iblis! Dengan apakah jalan yang boleh menolak segala tipu-daya engkau?" 

Maka sembah raja iblis, "Jika seseorang itu berbuat dosa, maka segera dia kembali bertaubat kepada Allah swt dengan menangis sesal akan perbuatannya. Apabila dia marah maka segera dia mengambil air sembahyang, nescaya padamlah marahnya itu."
Nabi saw beristighfar 70 kali/hari walaupun baginda ma'sum; ia proses penyucian hati bg kita hamba yg tidak lekang dek dosa ini. 

Kelakuan baginda saw itu adalah sebagai motivasi buat umat di kemudian hari. Ungkapan istighfar dapat menghapuskan segala dosa kecil yang menyeliputi hati sanubari; umpama segumpal kapas putih bersih yg tertitikkan setitik dakwat hitam. 

Ia akan merebak dan membesar pada setiap penambahan dosa-dosa kecil yang dilakukan - sehinggalah gumpalan kapas itu hitam sepenuhnya. 

Setiap kali istighfar, dosa-dosa kecil itu akan gugur bagaikan buah cermai yg digoncang pohonnya. 

Kalimah istighfar itu juga diumpamakan sebagai 'sabun pencuci' jiwa batin pada setiap orang mukmin. Setiap terlakukan kesilapan berupa dosa - ia dapat dihapuskan dgn istighfar. 

Contoh mudahnya, ketika berjalan ternampak betis amoi yg putih melepak. Atau ternampak orang yang cacat, tetiba hati kita berkata-kata seolah mencaci-nista dan mencebik akan kecacatannya itu. Maka dosa itu segera dapat dipadamkan (dibersihkan) dengan mengucapkan istighfar.Itu sebab hati wajib dipelihara - sejak daripada umur baligh, setiap kali terlakukan dosa kecil - ucapkan segera kalimah istighfar; iaitu dicuci dengan kadar segera agar titik-titik hitam dosa itu tidak bertepek di hati, yang akan semakin merebak, melekat dan membesar sehingga keseluruhan hati jadi hitam pekat! 

Jadi, tanggungjawab kita (sebagaimana janji ketika ruh ditiupkan sewaktu janin berusia 120 hari di dalam perut ibu) adalah untuk menjaga 'bersih' itu di sepanjang tempoh hidup ini sehingga tiba saat ruh itu dipanggil kembali ke pangkuanNya, iaitu ketika tiba ajalnya - biar tetap dalam keadaan bersih. Suci."Biar dosa hambaKu sepenuh langit dan bumi, tetapi apabila dia datang kepadaKu dengan tunduk dan menyerah diri lalu memohon ampun nescaya Aku ampunkan, sesungguhnya pada saat hambaKu itu memohon keampunan sesungguhnya dia dekat denganKu." - hadis Qudsi. 

Hadis tentang firman Allah swt ini pada dasarnya adalah untuk menunjukkan betapa keampunan Allah swt mendahului kemurkaanNya. Selain daripada tidak mahukan hamba-hambaNya daripada berputus-asa akan rahmat Allah. 

Biar si pendosa sebesar mana sekalipun, nescaya dia akan diampunkan jika memohon keampunan, iaitu bertaubat dengan seikhlas hati. 

Inilah janji Tuhan yang kasih akan hamba-hambaNya. 


Bagaimanakah tanda-tanda istighfar itu diterima Allah swt?Ini adalah janji n sumpah iblis sewaktu dia dilaknatkan; 

"Ia berkata: Disebabkan Engkau menyesatkanku, maka aku akan duduk (mengintip) mereka atas jalan Engkau yang lurus."

"Kemudian aku datang kepada mereka 
(memperdayakan) dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. (Sehingga) kebanyakan mereka, tiada berterima kasih kepada Engkau." - Al-A'raaf: 16-17 

Dari segenap sudut n pelbagai cara untuk dia lupakan anak-cucu Adam a.s. itu daripada mengingati Allah swt, jauh daripada mensyukuri apa yang ada - dengan kesihatan, badan kuat... tetapi tidak ebrbakti kepada Allah swt (tamau solat la tu...). 

Soalnya, adakah orang yang langsung tidak ingat akan Tuhannya, tetiba bila kena aksiden terus berzikir spj masa; dan-dan ingat Tuhan sbb dah nak mati supaya klu mati nanti mati yang'husnul-khotimah'! 

p/s Klu dalam hidup ni tak ingat pada Allah swt, sorry la nak dapat mati dlm husnul-khotimah. Sedangkan doa itu kita panjatkan setiap kali lps solat; minta mati dalam 'husnul-khotimah'. 

Tak ingat akan Allah swt ni termasuk tidak solat sblm berlaku kemalangan. Sbb Allah swt dah janji keselamatan bagi hamba2 yang ingat kepadaNya.Itu sebab kita selalu panjatkan rayuan ini kepadaNya; 

"Keduanya berkata: Ya Tuhan kami, kami telah emnganiaya diri kami sendiri dan jika tidak Engkau ampuni kesalahan kami dan tidak Engkau mengasihi kami tentulah kami termasuk dalam kalangan orang yang merugi." - Al-A'raaf: 23 

Rayuan itu adalah bagi manusia bertaraf Adam a.s. yang sedar betapa dirinya telah disesatkan oleh iblis kerana tergoda untuk makan buah larangan (buah khuldi) di syurga itu. 

Baginda merayu sebaik Allah swt menghukumnya apabila memakan buah tersebut sehingga ternampak kemaluannya. (Sedangkan kita... angkuh n berlagak sombong lagi; malah sanggup permainkan ayat-ayat keteranganNya). 

Dan sebaik turun ke dunia, 40thn baginda merayu dan menangis akan ayat yang sama sewaktu dalam perjalanannya dari Delhi, India menuju ke Jeddah buat mencari Siti Hawa, isterinya yang dihantar dek Allah swt ke dunia (yang penuh sengsara itu).
Setiap manusia itu ada syaitannya 

Berkata Abul Hushain As-Syaibani daripada cerita yang disampaikan oleh Abu Ali Al-Mudzahhab, dari Abu Bakar bin Hamdan yang disampaikan oleh Abdullah bin Ahmad bin Hanbal dari Ubai, Harun, Abdullah bin Wahab serta Abu Sakhr dari Ibnu Qusaith yang diperolehi daripada Urwah Az-Zubair bahawa Aiti Aisyah r.a. memberitahu, "Bahawasanya, Baginda Rasulullah saw keluar dari rumahku (Aisyah r.a) pada suatu malam, lalu aku berasa cemburu. Apabila Baginda kembali dan melihat apa yang aku lakukan, Baginda saw lalu berkata kepadaku; "Hai Aisyah! Apakah engkau cemburukan aku?" 

Jawabku, "Bagaimanakah orang macam aku ini tidak merasa cemburu terhadap orang macam engkau?" 

Kemudian Baginda berkata, "Kenapa sampai begitu? Apakah syaitanmu telah merasukmu?" 

Aku lalu bertanya, "Hai Rasulullah! Apakah aku punyai syaitan?" 

Jawab Baginda, "Benar." 

Aku tanyai lagi, "Apakah syaitan itu ada dengan semua manusia?" 

Jawab Baginda, "Benar, akan tetapi Tuhanku membantuku terhadap syaitan itu hingga akhirnya dia menyerah kalah (riwayat Muslim). 

Al-Khattabi berkata bahawa kebanyakan perawi hadis mengatakan bahawa syaitan Nabi ini telah 'masuk Islam', kecuali Sufyan bin Uyainah. Maksudnya, syaitan itu telah menyerah kalah daripada kejahatannya, sebab adalah jelas bahawa syaitan tidak akan masuk IslamBerkata Ibnu Qayyim, "Pendapat Sufyan bin Uyainah itu bagus kerana dia telah menonjolkan kesan mujahadah (penentangan) untuk menolak syaitan itu. Namun hadia yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud ini menolak pendapat Sufyan tersebut, iaitu apa yang telah memberitahuku Ibnul Hushain bahawa Nabi saw bersabda; 

"Tiada seorang pun dari kamu, melainkan dia telah diiringi temannya daripada jin (syaitan) dan temannya daripada malaikat. Para sahabat berkata; "Dan padamu juga, hai Rasulullah? Jawab baginda, "Akan tetapi Allah Azzawajalla telah membantuku terhadapnya, sehingga ia tiada menyuruhku kecuali yang benar-benar belaka." 

Dalam satu riwayat lain, "Dan tiada dia menyuruhku kecuali yang baik-baik belaka."
Mengalir dalam tubuh macam mengalirnya darah... 

Daripada Shafiyah binti Huyai, isteri Baginda Rasulullah saw memberitahu; 

"Adalah Rasulullah saw sedang beri'tiqaf (di mesjid), maka aku datang kepadanya suatu malam untuk memberitahunya sesuatu hal, kemudian aku bangun hendak kembali, maka Baginda ikut bangun untuk menghantarku, dan rumahku ketika itu di rumah Usamah bin Zaid (cucu Rasulullah saw daripada anak angkat Baginda). Bila di luar mesjid, tiba-tiba berlalu di situ dua orang daripada kaum Ansar, dan sebaik-baik mereka terlihat akan Rasulullah saw mengiringi Shafiyah (yang berkelubung), mereka berjalan cepat-cepat berpaling dari arah itu. 

Maka segera Rasulullah saw menegur, "Jalan pelan-pelan, dan jangan kelam-kabut! Dia ini adalah Shafiyah binti Huyai." 

Kedua-dua orang itu kemudian berpaling seraya menjawab, "SubhanaLlah, hai Rasulullah!(Maksudnya, kami tidak menyangka apa yang tidak baik). 

Tingkah Rasulullah saw seterusnya, "Sesungguhnya, syaitan itu mengalir di tubuh anak Adam laksana mengalirnya darah, dan bahasanya aku bimbang dia akan emnimbulkan di dalam hati kamu sesuatu yang jahat." - riwayat Bukhari dan Muslim.Berkata Al-Khaitabi; Dalam hadis ini terselit satu pengajaran, iaitu baik mengingatkan manusia terhadap sesuatu perkara yang tidak baik, yang boleh menimbulkan syak dan sangka buruk yang kerap terlekat pada hati, dan harus pula menyatakan kebersihan diri daripada syak dan ragu itu kepada orang supaya terselamat dari sangkaan buruk mereka.

Dalam hal ini Imam Syafie menyebut; "Nabi saw berasa bimbang kalau-kalau tersembul dalam hati mereka (yakni dua orang Ansar itu) sesuatu yang tidak baik terhadap Nabi saw lalu dengan sebab itu saja mereka menjadi kafir. Jadi jelas bahawa Nabi saw memberitahu mereka begitu kerana belas kasihan Baginda saw terhadap mereka, bukan faedahnya untuk diri Baginda."
enapa MESTI menghindarkan diri daripada syaitan terkutuk? 

Syeikh Abul Faraj rahimahullahu-taala berkata; Allah swt telah memerintahkan kita supaya berta'awwudz (membaca A'udzu billahi minasy-syaitonir-rojiim) daripada syaitan yang terkutuk ketika hendak membaca Al-Quran, sesuai dengan firman Allah swt; 

"Apabila engkau membaca Al-Quran maka berlindung dirilah kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk." - An-Nahl: 98 

Malah ketika datang waktu malam sesuai dibaca Qul a'udzu birabbil-falaq, iaitu surah Al-Falaq dibaca hingga ke akhir. Kalau Allah swt menyuruh kita supaya berlindung diri kepadaNya daripada kejahatan syaitan itu pada dua perkara ini, tentu berlebih lagi pada yang lain-lainnya.Abu At-Taiyah berkata kepada Abdul Rahman bin Hunaisy; "Apakah engkau pernah menemui Nabi saw?" 

Jawabnya; 'Iya'. 

"Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah saw pada malam syaitan hendak mencelakakan Baginda?" 

Jawabnya; "Ada beberapa syaitan yang turun dari atas bukit dan tempat yang tinggi pada malam itu mengepung Rasulullah saw dan di antara mereka ada syaitan yang di tangannya memegang api hendak dibakarnya Rasulullah saw. 

Maka segera datang malaikat Jibril a.s. seraya berkata kepada Nabi saw, "Hai Muhammad! Bacalah!" 

Jawab Nabi saw: "Apa yang mesti aku baca?" 

Lalu berkata Jibril, 'Bacalah begini; 

"Aku berlindung diri (kepada Allah) dengan beberapa kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan yang diciptakan, yang dijadikan dan dibolehkan; dan daripada kejahatan yang turun dari langit; dan kejahatan yang naik kepadanya; dan daripada kejahatan bencana malam dan siang; dan daripada kejahatan setiap yang datang menjelma, kecuali yang datang membawa kebaikan, wahai Tuhan Maha Pengasih." 

Sebaik-baik dibaca ayat tadi maka terpadamlah api syaitan itu dan larilah mereka dibelasah oleh Allah swt.Daripada Siti Aisyah r.a bahawasanya Nabi saw telah bersabda; 

"Sesungguhnya syaitan akan mendatangi salah seorang kamu, lalu berkata kepadanya: Siapa yang menjadikanmu? Jawabnya: Allah Maha Berkat Maha Tinggi. Dia bertanya lagi: Siapa pula yang menjadikan Allah? Maka apabila terbisik di hati seorang di antara kamu serupa itu, hendaklah dia mengatakan: 'Aku beriman kepada Allah dan kepada RasulNya,' nanti hal itu akan hilang daripadanya." 

Ada kecenderungan di kalangan kita yang menggunakan logik akal bersandarkan bisikan serupa ini. Bagi orang yang 'mengaji' sudah tersedia sanggahannya terhadap bisikan tersebut. Biasanya, kalau ada pun bisikan seumpama itu - tidak sempat habis soalannya, dia sudah tahu itu adalah dari syaitan.Dari Ibnu Mas'ud r.s. Nabi saw telah bersabda; 

"Sesungguhnya anak Adam itu mendapat suatu bisikan daripada bisikan syaitan, dan suatu bisikan daripada malaikat. Ada pun bisikan daripada syaitan itu ialah menjanjikan segala kejahatan dan mendustakan segala kebenaran.

"Manakala bisikan malaikat pula ialah menjanjikan segala kebaikan dan mengakhiri segala kebenaran. Jadi sesiapa yang mendapati sesuatu dari yang ini, hendaklah dia tahu bahawa semua itu daripada Allah, maka wajarlah dia memuji Allah. Dan sesiapa yang mendapati yang lain daripada ini, hendaklah dia berta'awwudz (berlindung diri) dariapda syaitan.
 

Kemudian Baginda saw membaca (ayat); "Syaitan itu menjanjikan kamu kemiskinan dan menyuruh kamu mengerjakan pekerjaan keji (zina), dan Allah menjanjikan keampunan dan kurnia daripadaNya." - Al-Baqarah: 268Cara syaitan-iblis bekerja 

Cara syaitan-iblis membelit manusia agar menuju kesesatan ialah dengan cara melahirkan kebatilan atau memberikan gambaran yang salah terhadap yang hak ataupun yang benar. Corak ia memperdaya itu seakan 'bodoh' sehingga orang boleh mempercayai sesuatu yang buruk atau salah itu sebagai benar. Mana yang jelik kelihatan seperti bagus! 

Perlu diingat, bahawa hati itu seumpama benteng. Benteng itu mempunyai pagar di mana pagar itu mempunyai pintu-pintunya. Sementelah di keliling pagar itu pula kedapatan rekahan dan retak. Sedangkan entiti yang menetap dalam benteng itu adalah akal - di mana para malaikat terus berulang-alik ke dalam benteng tersebut. Di mana, di satu sudut benteng itu pula terdapat sebuah pondok kecil yang dihuni oleh hawa nafsu. Dan pondok kecil ini juga turut dikongsikan oleh syaitan dan iblis yang turut berulang-alik ke situ tanpa halangan. 

Masalahnya sekarang, apa yang berlaku ialah penghuni benteng itu asyik berperang dengan penghuni di pondok kecil tersebut. Sedangkan syaitan yang menetap di pondok kecil tersebut terus-menerus berkeliling benteng dengan tujuan untuk menerobos ke dalam melalui rekahan dan retak di pagar berkenaan untuk sampai ke benteng berkenaan. 

Untuk itu maka setiap penjaga benteng itu perlu mengetahui kesemua pintu benteng yang telah ditugaskan untuk menjaganya. Demikian juga dengan retak-retak pada pagar berkenaan, tidak seharusnya mereka berasa letih dan lelah dalam menjaganya; lantaran musuh itu sendiri tidak pernah kenal erti letih dan lelah sama sekali.
Ada seseorang yang pernah tanyakan kepada Al-Hasan Al-Bishri; "Apakah iblis itu pernah tidur? 

Jawabnya; "Kalau iblis itu tahu tidur tentulah kita akan dapat berihat." 

Kemudian benteng itu pula bercahaya terang dengan zikir dan bersinar cantik dengan ruh keimanan. Kemudian pada benteng itu juga terdapat sebuah cermin besar yang mana di dalamnya dapat dilihat sesiapa sahaja yang berlalu di situ. 

Jadi, tugas syaitan dengan strategi liciknya iaitu dengan membakar sesuatu bagi mengeluarkan asap yang banyak untuk dihalakan ke arah benteng tersebut. Maka sebaik benteng itu dikelabui dek asap nan hitam yang gelap itu, nescaya cermin yang jadi pengintip itu akan berpalut dan berkarat. 

Namun melalui pemikiran yang sempurna tentu asap hitam na gelap itu dapat dinyahkan melalui kesucian zikir yang akan mengilapkan kembali cermin berkenaan.

No comments:

Post a Comment