Tuesday, November 6, 2012

kitab,Tok Guru, Bilo, Mano


MAULID
Setiap malam jumaat ,pondok bukit awang

Fekah
USTAZ Mohammad setiap ahad masjid kubang lebor k.krai 12.30 tengahari
Ustaz Aziz setiap selasa masjid As salam peng. chepa magrib-isya'

 Ustaz Lie setiap jumaat pondok bukit awang 10 pagi -dah khatam
baru start di masjid bandar tanah merah setiap isnin selepas magrib 2 minggu sekali
USTAZ MOHAMMAD MASJID TAMAN SRI GUCHIL SETIAP RABU 12.30TGHARI



Kitab Muhimmah

Terkandung didalamnya:

1. Kitab Muhimmah adalah merupakan sebuah kitab lama yang telah dikarang oleh Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani. Dan ianya banyak membicarakan tentang kelebihan dan kepujian terhadap perbuatan seorang isteri yang telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya dan juga memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka.
Antara kandungannya:

- Maka Inilah Suatu (Muhimmah): Yang Ditakutkan Atas Tiap-Tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya
- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kelebihan Segala Perempuan Yang Mengikut Bagi Suaminya
- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kebinasaan Atas Lelaki Yang Mempunyai Isterinya Sebab Berkahwin
- (Ini Suatu Tanbih Pula) Maka Hendaklah Ada Bagi Lelaki Yang Ada Baginya Isterinya Itu Di Dalam Cemburuan Yang Pertengahan
- (Ini Suatu Tanbih Pula) Tatkala Kita Ketahuilah Daripada Segala Jalan Yang Jadi Kebinasaan Atas Segala Orang Yang Berkahwin
- (Ini Suatu Tanbih) Pula Pada Menyatakan Qismun, Ertinya Giliran
- (Ini Suatu Tanbih Pula) Pada Menyatakan Tahajar Dan Tasyaman
- (Ini Suatu Muhimmah) Yang Ditakut Atas Segala Orang Yang Memutuskan Akan Segala Keluarganya
- (Tanbih) Sesungguhnya Telah Menaqal Oleh Qurthubi Di Dalam Tafsirnya: "Akan Ittifaqlah Segala Ulama' Atas Menyatakan Haram Memutuskan Keluarganya Dan Wajib Menghubungkan Dia"
- (Faedah)
- Adapun Riwayat Beranak Pada Malam Pula
- (Faedah)
2. Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa'izd Al-Badi'ahmembicarakan tentang peringatan-peringatan (Mengandungi 50 Pengajaran) yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As- Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.

Ustaz Azhan Akan start 28 nov.12 di masjid Tmn Sri Guchil setiap rabu sepanjang cuti sekolah


Kitab Pedoman Sembahyang Berjemaah




Karangan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman pondok bunut payung Pasir Mas Kelantan.

Mukadimah Kitab: Adapun kemudian daripada itu maka takala melihat hamba akan setengah saudara-saudara hamba yang menunaikan sembahyang berjemaah pada setengah-setengah tempat hal keadaan meninggal mereka itu akan adab-adab baginya maka bergerak fikiran hamba akan menuliskan satu risalah yang menyata ia akan setengah adab-adab yang tertentu baginya supaya dapat kelebihannya bagi mereka itu dan terpelihara daripada batal sembahyang mereka itu sekira-kira mengamati-mengamati mereka itu dan hamba susunkan didalamnya tiga fasal dan satu khatamah dan akan Allah Taala jua hamba pohonkan bahawa memberi manafaat ia dengan ini risalah bagi hamba sendiri dan bagi sekelian pembacanya dan bahawa menjadi ia akan dia ikhlas semata-mata menuntut keredhaanNya kerana bahawasanya ia sangat kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ustaz Mohammad ,malam jumaat masjid Kok keli tumpat, magrib isya'

 Ustaz aziz masijid caltex k.krai malam jumaat ,magrib isya'  setiap 2 minggu
 Pak Su Hamid , selepas asar setiap jumaat,balasah kubur beris lalang
 Ustaz Lie pondok bukit awang setiap jumaat pagi
 Ustaz Lie
1.masjid poksu kuala besut  malam sabtu

Kitab Wishah Afrah

Kitab karangan Sheikh Muhammad bin Ismail Daud Al Patani. Kitab yang membicarakan rukun Iman dan rukun Islam dan beberapa hadis yang menakuti akan orang yang meninggalkan sembahyang dan segala hukum bersuci dan istijak dan mengambil wuduk dan mandi wajib dan mandi haid dan nifas dan segala mandi yang sunat dan hukum tayamum dan menyatakan haid dan nifas dan istihadah dan menghilangkan najis dan menyatakan segala syarat sah sembahyang dan segala rukunnya dan segala perkara yang membatalkan sembahyang dan sujud sahwi dan menyatakan segala sembahyang sunat dan sembahyang berjemaah dan sembahyang qasar dan jamak dan sembahyang Jumaat dan segala sahnya (sinopsisnya) dan sembahyang hari raya dan sembahyang gerhana dan sembahyang minta hujan dan sembahyang mayit dan menyatakan segala doa kemudian daripada sembahyang dan lainnya yang warid daripada Nabi SAW dan sahabatnya dan orang yang soleh-soleh yang dahulu-dahulu dan berberapa faedah yang amat besar kelebihannya.


Ustaz Mohammad setiap rabu  rumah abg din gughil 4, 10malam...syukur orang kaya jemput tok guru gi ngajar di rumoh ....ambo pon tak mampu

Ustaz Lie pagi jumaat pondok bukit awang 

Kitab Pelita Penuntut-Tok Iman Sabri, ahad malam isnin masjid Tmn Sri Guchil

Kitab Pelita Penuntut Terjemah Daripada Kitab Arab karangan Al-‘Allamah Asy-Syeikh Az-Zarnuji oleh Perhamba Yang Faqir IlallahMuhammad Syafi’i ibn ‘Abdullah ibn Muhammad ibn Ahmad Rangkul Langgih Fatoni. Kitab yang membicarakan hakikat ilmu dan kelebihan ilmu fekak dan pada menyatakan kelebihan niat takkala menuntut ilmu dan pada kenyataan memilih ilmu dan pada bicara membesarkan ilmu dan pada bicara bersungguh dalam menuntut ilmu dan pada bicara memulai mengaji dan tawakal dalam menuntut ilmu dan waktu mencari ilmu dan bicara kasih sayang dan memberi nasihat kepada orang dan pada bicara jalan menuntuti paham ilmu serta pada bicara menjauhkan maksiat-maksiat anggota yang tujuh dan beberapa perkataan pada membicarakan maksiat hati

USULUDDIN

Kitab Akidatun Najin

Kitab Aqidatun Najin karangan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. Kitab yang membicarakan berkenaan Ilmu Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Antaranya yang membicarakan tentang enam martabat iman Iman yang terbit daripada taklid dan Iman yang tebit daripada Ilmu dan Iman yang terbit daripada Ayan (ainun-mata) dan Iman yang terbit daripada Hak dan Iman yang terbit daripada Hakikat dan Iman yang terbit daripada Hakikatul hakikat
 Ustaz Mohammad-
sabtu lepas asar masjid Al Muqtaqim lundang
sabtu magrib-isya' balasah kg. rahmat pdg 9 k.krai

 Ustaz aziz ,masjid caltex k.krai malam jumaat magrib-isya'setiap 2 minggu sekali

Kitab Faridatul Faraid



Ini Risalah Yang Amat Kecil Yang Dinamakan Dia Dengan
Kitab Faridatul Faraid Fi Ilmi Akaid (Yang terunggul dari segala yang terungul pada menyatakan ilmu akidah) karangan Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustapha bin Muhammad Al Patani merupakan kitab pada bicara Ilmu Tauhid iaitu Ilmu Usuluddin atas mazhab Imam Asyaari terhimpun padanya beberapa banyak akidah dan beberapa banyak masaalah himpunan hamba yang sangat harap daripada Allah taala akan taufik dan hidayah dan bahawa dimudahkan baginya segala yang payah. Semoga Allahmenghijaukan (menyuburkan) taman-taman harapannya dengan tercapainya segala impian dan memberi manfaat dengan risalah ini kepada orang-orang Islam sekalian. Amin.


Ustaz Lie ,masjid tanah merah setiap isnin 2 minggu sekali ..magrib isya' dah khatam 29 okt 12
Ustaz aziz 9-11 pagi masjid bandar bachok setiap sabtu
PAKSU Hamid sebelum jumaat di masjid bator
 Ustaz Mohammad setiap rabu selepas zohor masjid taman sri guchil k.krai
Jumaat malam sabtu masjid 1 juta kg sungai pinang tumpat
 Ustaz lie pondok bukit awang setiap pagi jumaat
Ustaz min setiap isnin masjid caltex k.krai magrib-isya'
Ustaz Min uzur , kuliah ditangguh
 Pak su Hamid setiap jumaat 12.30 tghari masjid mukim bator khatam sept. 12

Kitab Sirajul Huda

Kitab Sirajul Huda merupakan sebuah kitab lama dalam bidang tauhid yang masih lagi berlegar dipasaran kitab dan disyarah di masjid atau surau. Kitab ini telah dikarang oleh seorang ulama asal dari Sumbawa yang bernama Syeikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi as-Sumbawi.


 Ustaz Mohammad setiap ahad ,2minggu sekali masjid pdg 9 k.krai magrib-iso
 masjid tok ayah gaal setiap jumaat magrib isya'
  Ustaz Lie 
1.masjid poksu kuala besut  malam sabtu


ustaz lie setaip pagi jumaat pondok bukit awang


TASAWUF


 pakcik Hasan balasoh tok ayoh kob dalam rhu tumpat, 10mlm setiap selasa
 Ustaz Mohammad
1.Setiap ahad lepas asar masjid manek urai baru
2.Setiap rabu magrib-isya' 2 minggu sekali masjid kree
Pak su Hamid setiap sabtu 930 pagi sepanjang  tahun- pondok bukit awang
 Ustad Mohammad setiap rabu masjid kuala krai magrib isya' 2 miggu sekali
 ustaz Mohammad masjid taqwa pdg tembesu tumpat malam sabtu-KULIAH DIBATALKAN

 Ustaz mohammad masjid pdg 9 setiap ahad magrib-isya'
Ustaz lie 
1. masjid machang setiap isnin magrib 2 minggu sekali
2.masjid sungai PAS setiap selasa magrib-isya' 2 minggu sekali



No comments:

Post a Comment