Monday, November 26, 2012

USUL-Akidah ahli sunnah wal jamaah

http://pustaka-kitablama.blogspot.com/p/akidah.html


Akidah

PENGENALAN

  1. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
  2. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
  3. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

    PENGERTIAN AKIDAH

    1. Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
    2. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt
    3. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

    ILMU AKIDAH

    Ilmu Tauhid
    Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai
    Ilmu Usuluddin
    Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan pesuruhNya
    Ilmu Makrifat
    Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt
    Ilmu Kalam
    Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan
    Ilmu Akidah
    Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt

    HURAIAN RUKUN IMAN

    Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah saw yang bermaksud:-
    “Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah swt, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.”

    Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu:
    1. Percaya kepada Allah
    2. Percaya kepada Malaikat
    3. Percaya kepada Kitab
    4. Percaya kepada Rasul
    5. Percaya kepada Hari Kiamat
    6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar

    PERCAYA KEPADA ALLAH SWT

    Erti beriman dengan Allah Ta’ala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Ta’ala.


    Beriman dengan Allah juga bermaksud:
    1. Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
    2. Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk
    3. Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu

    “Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang ) bertaqwa –
    (Surah Al-Baqarah:21)
    Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi langit dan planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah swt
    Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.

    1. Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah swt
    2. Tauhid Rububiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb.
    3. Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan sembahannya. Maklud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah.
    4. Mempelajari dan memahami ajaran Allah
    5. Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah swt
    Yakin dan Melaksanakan Petunjuk Allah swt
    Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang daripada Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang shamil dan kamil serta terbaik

    PERCAYA KEPADA MALAIKAT

    Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya. Sabda Rasulullah saw (terjemahanya):
    ”Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap & dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah”–(Hadith riwayat Muslim)

    Nama dan Tugas Malaikat
    1. Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia
    2. Mikail – Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah
    3. Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah
    4. Israfil – Meniup sengkekala apabila tiba masanya
    5. Raqib – Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
    6. Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
    7. Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur
    8. Nakir – Menyoal manusia di dalam kubur
    9. Ridhwan – Mengawal syurga
    10. Malik – Mengawal neraka

    Antara tugas-tugas Malaikat seperti:
    1. Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul
    2. Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah
    3. Memikut Arsy
    4. Berdoa untuk orang-orang beriman
    Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan seumpamanya
    Hikmat Beriman Kepada Malaikat
    1. Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia berada
    2. Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid
    3. Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur

    PERCAYA KEPADA KITAB

    Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia
    Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:
    1. Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti)
    2. Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani)
    3. Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani)
    4. Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam bahasa Arab)

    Firman Allah swt yang bermaksud:
    ”Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan”
    (Surah Al-Baqarah: 213)
    Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala kitab-kitab yang terdahulu

    PERCAYA KEPADA RASUL

    Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat
    Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:
    1. Siddiq – Benar pada segala percakapan, perkhabaran & perbuatan
    2. Amanah – Jujur dan tidak membuat kesalahan
    3. Tabligh – Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia
    4. Fathonah- Bijaksana

    1. Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada orang lain
    2. Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya yang wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah
    3. Dari segi keaslian : al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli
    4. Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja
    5. Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup pemakainnya sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia

    Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab
    Menunjukkan bahawa agama yang dating daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab yang datAng daripada Allah mendahului. Para Nabi semasa ke semasa sehinggalah kitab al-Quran
    Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datAng daripada Allah

    Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama
    Semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain.

    PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT

    Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari Akhirat.

    Lima fasa pola beriman kepada hari Akhirat:
    1. Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Terjadi gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal
    2. Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang Mahsyar
    3. Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah
    4. Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan
    5. Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka

    Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat
    1. Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia
    2. Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan segala isi kandungannya
    3. Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat
    4. Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan

    BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR'

    Maksud Takdir

    1. Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan kepada dua:
    2. Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
    3. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia

    Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah
    1. Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adir dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui
    2. Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita

    PERINGKAT-PERINGKAT IMAN

    1. Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat orang lain
    2. Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati
    3. Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh
    4. Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin, iaitu orang yang hampir dengan Allah
    5. Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi

    IMAN BERTAMBAH DAN IMAN BERKURANG

    Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:

    1. Melawan hawa nafsu
    2. Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela
    3. Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji
    4. Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-mata kerana Allah
    5. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
    6. Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah

    KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU AKIDAH

    Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah termasuklah:

    1. Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt
    2. Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya
    3. Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah
    4. Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan
    5. Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam neraka
    6. Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang

    Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia
    1. Akidah Sebagai Asas
    2. Akidah Sebagai Penentu atau Pendorong

    PENYELEWENGAN DAN KEROSAKAN AKIDAH

    1. Melalui Percakapan atau ucapan
    2. Melalui Perbuatan
    3. Melalui Iktikad dalam hati

    PEMBINAAN AKIDAH

    1. Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus
    2. Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah
    3. Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam
    4. Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik
    5. Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah
    6. Bertawakal kepada Allah

    KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.



    http://pustaka-kitablama.blogspot.com/p/faridatul-faraid-fi-ilmil-aqaid.html

    Faridatul Faraid Fi ‘Ilmil ‘Aqaid


    Ini risalah yang amat kecil yang dinamakan dia dengan

    Faridatul Faraid Fi ‘Ilmil ‘Aqaid 
    (Yang Terunggul Dari Segala Yang Terunggul Pada Menyatakan Ilmu ‘Aqidah) 
    Pada bicara ilmu Tauhid iaitu Ilmu Usuluddin atas Mazahb Imam Asy’ari terhimpun padanya beberapa banyak ‘Aqidah dan beberapa banyak masalah himpunan hamba yang sangat harap daripada Allah akan Taufiq dan Hidayah dan bahawa dimudahkan baginya segala yang payah Ahmad Ibn Muhammad Zain bin Mushtofa bin Muhammad Al-Fatoni ( ) Semoga Allah ta'ala menghijaukan (menyuburkan) taman-taman harapannya dengan tercapainya segala impian dan memberi manfaat dengan risalah ini kepada orang-orang Islam sekalian.
    Amin.

    Bismillahi Rahmani Rahim
    ( ) Puji itu bagi Allah yang menaikkan pada beberapa langit segala hati orang yang Mukminin akan beberapa matahari pengenalan padahal cemerlang ia dengan cahaya tauhid dan yakin ( ) Dan rahmat dan sejahtera atas jurubahasa ketuhananNya dan yang menunjuk kepada keesaanNya, penghulu kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dengan segala mukjizat yang mengalahi kerana menguatkan risalahNya dan membenarkan penunjukNya. ( ) Dan atas keluarganya yang sampai mereka itu kepada beberapa pangkat yang tinggi dengan ketinggian qadarnya, dan segala taulannya (sahabatnya) yang gilang-gemilang hal keadaan mereka itu segala bintang penunjuk dengan nas sabdanya. ( )Kemudian dari itu maka ini risalah pada ilmu tauhid aku himpunkan dia daripada beberapa kitab yang diiktibarkan (muktabar), aku ambil segala kebunnya akan buah-buahan yang diinginkan dan daripada beberapa lautnya akan beberapa permata megah. ( ) Maka datang ia dengan kepujian Allah ta'aIa ‘aqidah yang sebenar yang elok cahayanya lagi yang mengandungkan i’tiqad ahli sunnah, dan ketetapan penunjuk yang diam pada hati orang yang mukmin. Aku lindungkan dia dengan Allah ta'aIa daripada i’tiradh yang diserupakan dengan syaitan. ( ) Yang dibangsakan kepada Imam Abi Hasan Al-Asy’ari Mazhabnya, lagi kepada melayu bahasanya, lagi kepada Fathoni tuturannya, lagi kepada kenyataan isyaratnya. ( ) Ditempatkan dia antara segala umpamanya daripada beberapa risalah yang kecil pada tempat rupa yang ditengah mata, dan dilebihkan dia atas sekaliannya seperti dilebihkan emas di atas perak. ( ) Sebenar dengan bahawa dilubakan atas mendapatnya dan diingatkan segala bicaranya pada mata hati, dan patut bahawa diingatkan risalah ini ke atas (1) pengajangan kelebihan diperpegang dengan dia. ( ) Dan hamba namakan dia Faridatul Faraid pada bicara ‘ilmu ‘aqaid. ( ) Dan atas Allah ta'ala aku berpegang dan daripada limpah kurniaNya aku menuntuti pertambahan. 

    (Bermula ilmu tauhid itu) ibarat daripada perhimpunan barang yang dii’tiqadkan yang dibangsakan kepada agama yang diambilkan daripada dalilnya yang diyakinkan. (Dan bicara) ilmu ini pada Zat Allah ta'aIa daripada sekira-kira barang yang wajib bagiNya dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus bagiNya dan pada segala Rasul demikian jua dan pada segala barang yang didatangkan dia oleh Rasul seperti hari Kiamat dan lain-lain. (Dan faedah) ilmu ini dapat kemenangan dan beruntung, oleh yang mengetahuinya selama-lama.

    (Dan agama itu) ibarat daripada perhimpunan segala hukum yang dihantarkan dia oleh Allah ta'aIa bagi segala hambanya yang mukallaf atas lidah RasulNya yang membawa akan mereka itu kepada kebajikan yang kekal. (Dan) segala tanda agama empat (pertama) Sah i’tiqad iaitujazam (pasti) dengan barang yang dii’tiqadkan dia oleh Ahli Sunnah.(kedua) Benar qosad (niat) iaitu menunaikan ibadat dengan ikhlas. (ketiga) Menyempurnakan janji iaitu mengerjakan segala yang disuruh. (keempat) Ketiadaan melampaui sengkat (sekatan) iaitu meninggalkan segala yang dilarangkan. (Dan) melengkapi agama itu atas tiga perkara iaitu Islam danIman dan Ihsan. (Bermula Islam itu) mengikut dan menerima oleh zahir seseorang akan barang yang mendatangkan dengan dia oleh Nabi saw daripada segala barang yang diketahuikan daripada agama dengandharurah ertinya dengan ketiadaan fikir dan bicara seperti dua kalimahsyahadah dan sembahyang dan dikehendaki dengan mengikut dan menerima itu mengaku lidah dengan barang yang tersebut itu dan tiada menolakkan dia dan jika tiada diamalkan dia sekalipun seperti meninggal ia akan sembahyang dan umpamanya selama-lamanya. [Dan segala rukun Islam itu] lima perkara: [Pertama]: Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad pesuruh Allah dan ini rukun tertentu dengan orang kafir yang menghendaki masuk agama Islam, [Kedua]: Mendirikan sembahyang yang lima (waktu), [Ketiga]: Memberikan zakat, [Keempat]: Puasa Bulan Ramadhan, [Kelima]: Haji akan Baitullah bagi mereka yang kuasa kepadanya akan jalan. [Bermula Iman itu] membenar hati akan Nabi j pada tiap-tiap suatu yang mendatang ia dengan dia daripada barang yang maklum daripada agama dengan dharurah3, dan dikehendaki dengan membenar itu mengikut hati dan menerimanya akan barang yang tersebut itu, tiada semata-mata mengetahui benar Nabi j serta ketiadaan mengikut dan menerima. Maka tiada dihukumkan dengan iman pada kebanyakan daripada segala kafir yang mengetahui mereka itu bahawasanya Sayyidina Muhammad j itu Nabi dan Rasul yang sebenar, kerana ketiadaan mengikut hati mereka itu dan ketiadaan menerimanya akan demikian itu. [Dan segala rukun Iman itu] enam perkara: [Pertama]: Beriman, ertinya percaya dengan Allah , [Kedua]: Beriman dengan MalaikatNya, [Ketiga]: Beriman dengan segala KitabNya, [Keempat]: Beriman dengan segala RasulNya, [Kelima]: Beriman dengan hari yang kesudahan, [Keenam]: Beriman dengan QadarNya baiknya dan jahatnya. Ertinya bahawasanya sekalian perkara sama ada elok seperti taat atau keji seperti maksiat, hasil ia dengan perbuatan Allah  atas muwafaqat kehendakNya pada sediakala. [Bermula Ihsan itu] berbuat baik dengan bahawa ikhlas oleh seseorang pada segala taatnya dan iaitu beribadat kita akan Allah  padahal seolah-olah kita melihatkan Dia. Maka tiada patut bahawa berpaling kita kepada yang lainnya dengan batin () atau zahir () pada hal mengetahui kita bahawa Allah  itu. Maka malu kita pada ketika itu bahawa lalai kita di dalam ibadatNya. Dan Ihsan ini syarat bagi kesempurnaan Islam dan Iman, maka tiada sempurna keduanya melainkan dengan dia. [Bermula permulaan barang yang wajib] pada syarak atas tiap-tiap mukallaf, iaitu orang yang aqil lagi baligh sama ada laki-laki atau perempuan itu bahawa mengenal ia akan Allah 4. Ertinya mengetahuikan segala hukum sifatNya dan segala hukum ketuhananNya. Dan mengetahuikan segala yang membawa kepada mengetahuikan demikian itu daripada segala barang yang bergantung dengan Rasul. Maka tiada dikehendaki dengan mengenal Allah  itu mengetahuikan haqiqat zatNya  kerana tiada dapat mengetahui oleh yang baharu akan haqiqat yang qadim. [Maka mengenal] dan mengetahui itu jazam () yang membetuli bagi waqi’ ( - yang sebenar) yang hasil jazam itu daripada dalil. Ertinya i’tiqad yang putus, yang mengenai akan yang benar, yang jadi i’tiqad itu daripada tanda yang menunjuk atas betul i’tiqad itu. [Maka wajib] pada syarak atas tiap-tiap mukallaf, mengetahuikan segala yang wajib pada aqal pada hak Tuhan kita , dan barang yang mustahil atasNya , dan barang yang harus bagiNya . [Dan demikian] wajib atasnya mengetahuikan barang yang wajib pada hak segala Rasul , dan barang yang mustahil atas mereka itu, dan barang yang harus bagi mereka itu. [Dan erti] wajib pada syarak itu barang yang diberi pahala atas mengerjakan dia dan diseksakan atas meninggalkan dia, seperti mengetahui dengan ada Allah . Maka diberi pahala atas mengetahui itu dan diseksakan atas ketiadaannya. [Dan erti] wajib pada ‘aqal itu barang yang tiada tasowwur () pada ‘aqal ketiadaannya, seperti mengambil lapang bagi jirim (). [Dan mustahil] itu barang yang tiada tasowwur pada ‘aqal adanya, seperti sunyi jirim daripada gerak dan diam. [Dan] jaiz ( - harus) itu barang yang sah pada ‘aqal adanya dan tiadanya, seperti gerak jirim dan diamnya. [Dan wajib] pula atas mukallaf sebagai Wujud ‘Aini () mengetahuikan dalil atas tiap-tiap suatu daripada yang wajib dan yang mustahil dan yang jaiz itu, supaya tiada jadi ia muqallid () iaitu orang yang jazam (pasti) ia dengan perkataan orang yang lain dengan ketiadaan mengetahui dalilnya. [Dan] telah bersalah-salahan ulama’ pada kufur () muqallid itu dan ketiadaan kufurnya. Dan qaul () yang sohih bahawasanya Mukmin serta berdosa dengan sebab meninggalnya akan belajar dan fikir bicara jika ada ia daripada ahli demikian itu. Maksud Dalil Ijmali [Dan] dikehendaki dengandalil () itu, dalil ijmali ( - umum) iaitu dalil yang lemah oleh empunyanya daripada menetapkan dia5 dan menghuraikan segala syuhbat6 yang didatangkan atasnya, seperti dikatakan baginya: “Apa dalil engkau atas ada Allah ?” Maka berkata ia: “Alam ini”. Dan lemah ia daripada menyatakan jalan menunjuk alam ini atas ada Allah  itu, atau kuasa ia atas menyatakan dia tetapi jika didatangkan i’tiradh ( - penentangan) atasnya, tiada kuasa ia atas menghuraikan dia atas wajah yang dituntuti. Maka keluarlah ia daripada taqlid ( – turut semata) dengan mengetahui ini dalil yang ijmali. Maksud Dalil Tafsili Adapun dalil tafshili7, maka iaitu dalil yang dikuasakan atas menetapkan dia dan menghuraikan segala syubhat (kesamaran) yang didatangkan atasnya. [Maka hendaklah] kami nyatakan segala ‘aqaid yang wajib pada syarak mengetahuikan dia daripada segala yang wajib dan yang mustahil dan yang harus pada hak Allah  dan hak segala RasulNya. Serta kami iringkan tiap-tiap satu ‘aqidah itu dengan dalilnya dan tiap-tiap dalil itu menyabitkan yang wajib dan menafikan yang mustahil. Maka kami berkata:  [Wajib] bagi Allah  tiap-tiap sifat kesempurnaan yang patut dengan zatNya yang Maha Tinggi. Dan sifat kesempurnaan itu amat banyak tiada meliputi dengan dia melainkan Allah. Maka wajib ditsabitkan bagiNya  atas jalan ijmal.  [Dan mustahil] atasNya  tiap-tiap sifat kekurangan. Dan iaitu amat banyak tiada menghinggakan dia melainkan Ia . Maka wajib disucikan Dia daripadanya atas jalan ijmal pula. Dan dalil atas demikian itu bahawasanya jikalau tiada bersifat Ia dengan segala sifat kesempurnaan, nescaya bersifat Ia dengan segala lawannya, iaitu segala kekurangan. Dan kekurangan atas Allah  itu mustahil kerana jikalau bersifat Ia dengan kekurangan nescaya tiada menjadi Ia akan suatu daripada alam ini. Dan demikian itu batal, kerana alam ini telah ada dengan musyahadah ( - dapat disaksikan). [Dan setengah] daripada sifat kesempurnaan itu barang yang wajib diketahuikan dia atas jalan tafshil iaitu tiga belas (13) sifat atau dua puluh (20) sifat atas khilaf yang lagi akan datang. Dan qaul yang rajih ( - kuat) itu, qaul yang pertama dan tujuh yang tinggal lagi itu wajib diketahuikan atas jalan ijmal, tiada harus dinafikan dia dengan ijma’( – sepakat ulama’) kerana ia setengah daripada segala perkara kamalat ( - kesempurnaan). Maka barang siapa menafikan dia jadi ia kafir8wal’iyazu billah  ( – mohon berlindung dengan Allah) dan hanya sungguhnya tiada wajib diketahuikan atas jalan tafshil jua. Sifat-Sifat Allah Yang Wajib Diketahui Dengan Tafshil [Maka yang pertama] daripada tiga belas (13) sifat itu [Wujud] ertinya ada. Dan dikekehendaki dengan wujud itu:  Wujud yang zati dengan makna bahawa ada Allah  itu tiada dengan memberi bekas oleh yang lainnya lagi yang tiada menerima „adam () tiada pada sediakala dan tiada pada sentiasa.  Dan wujud itu sifat yang tsubutiyah () yang menunjuk oleh bersifat dengan dia atas diri zat, tiada ia makna yang lebih atas zat. Dan memadalah akan mukallaf bahawa mengetahui bahawa Allah  itu maujud sebagai wujud yang tiada tasowwur pada „aqal ternafinya, dan wajib atas mukallaf mengetahuikan bahawa wujudnya itu „ain zatNya atau lain daripada zatNya kerana demikian itu setengah daripada Ghawamidhu „Ilmil Kalam ()9. [Danmustahil] lawannya iaitu „adam ertinya tiada ada. Dalil Wujud Allah [Dan dalil] atas wujud Allah  itu segala makhluk ini Kerana ia mumkin, ertinya patut ada dan patut tiada dan tiap-tiap mumkin () itu tak dapat tiada bahawa ada baginya yang mengadakan dia  Atau kerana ia baharu, ertinya ada kemudian daripada ketiadaan dan tiap-tiap yang baharu itu tak dapat tiada baharu ada baginya yang membaharukan dia, ertinya yang mengadakan dia.

    Kemudian jika datang soal atau i‟tiradh maka hendaklah engkau jawab daripadanya atas jalan yang dituntuti. Adapun keadaan yang mengadakan itu namanya Allah dan lainNya. Maka iaitu diketahuikan daripada khabar Rasul dan apabila tsabitlah ada Allah , mustahillah atasNya „adamNya.2. Qidam () [Kedua Qidam] ertinya sedia. Dan dikehendaki dengan diasedia yang zati dan maknanya ketiadaan permulaan bagi wujud, ertinya tiada mendahulukan ada Allah itu oleh „adam. Dan keluar dengan sedia yang zati itu sedia yang zamani, iaitu panjang masa serta terdahulu „adam, maka tiada dikehendaki disini. [Dan mustahil] lawannya iaituhuduts () ertinya baharu. Dalil Qidam Allah [Dan dalil] qidam Allah  itu bahawasanya jika ada Ia baharu nescaya berhajat Ia kepada yang membaharukan Dia. Dan iaitu mustahil kerana daur ()10 ertinya berkeliling atau tasalsul () ertinya berhubung-hubung yang tiada berkesudahan. Dan kedua-duanya itu mustahil dan apabila tsabit () qidamNya  mustahillah atasNya baharu. [Ketiga baqa‟] ertinya kekal. Dan maknanya ketiadaan kesudahan bagi wujud, ertinya tiada memutuskan adaNya itu oleh „adam. [Dan mustahil] lawannya iaitu fana‟ () ertinya binasa. Dalil Baqa‟ Allah[Dan dalil] baqa‟ Allah  itu bahawasanya jika ada Ia binasa, nescaya adalah Ia baharu kerana tiap-tiap yang binasa itu harus adanya dan tiadanya. Dan tiap-tiap yang harus ada dan tiada itu baharu. Dan baharu Allah  itu mustahil, kerana telah tsabit qidamNya . Maka tsabitlah baqa‟Nya dan apabila tsabit baqa‟Nya mustahillah binasaNya.

    [Keempat mukhalafatuhu ta‟ala lil hawadits] ertinya bersalahan Tuhan bagi segala yang baharu. Dan maknanya ketiadaan menyamai Allah bagi segala makhluk, dan jika pada satu wajah sekalipun, kerana segala yang baharu ini tiada sunyi ia daripada bahawa ada ia jauhar () atau ada ia „aradh ()11 dan Allah  bukannya jauhar dan bukannya „aradh. Maka tiada ia menyerupai akan sesuatu daripada makhluk sekali-kali. Maka jikalau mencampak oleh syaitan pada zihn ( - fikiran) engkau: “Bahawasanya apabila tiada ada Tuhan itu jirim dan tiada „aradh, maka apalah haqiqatNya?” seperti umpamaNya sesuatu dan Ia-lah Yang Amat Mendengar dan Amat Melihat.” Dan lemah daripada mendapat itulah pendapat. [Dan mustahil] lawannya iaitu menyerupaiNya bagi sesuatu daripada segala makhlukNya. [Dan ketahui] olehmu bahawsanya apabila datang di dalam Qur‟an atau Hadits barang yang memberi wahamkan menyerupai, maka mazhab As-Salaf ( – ulama‟ terdahulu) diserahkan kehendaknya kepada Allah  dan mazhab Al-Khalaf ( – ulama‟ terkemudian) ditakwilkan dia. Maka seperti firmanNya Allah Ertinya:“Bermula Tuhan Yang Rahman itu di atas „ArasyNya tertinggi.” Maka kata Salaf tertinggi Ia sebagai tertinggi yang tiada kita ketahuikan kaifiatNya, maka kita serahkan kehendakNya kepadaNya . Dan kata Khalaf dikehendaki dengan tertinggi itu memerintah dan milik (memilik „Arasy).Dalil mukhalafatuhu ta‟ala lil hawadits [Dan dalil] bersalahan Allah  bagi segala yang baharu bahawasanya jikalau menyerupai Ia akan yang baharu nescaya adalah Ia baharu pula. Dan iaitu mustahil kerana telah tsabit sediaNya dengan dalil yang telah lalu, maka tsabitlah bersalahanNya bagi yang baharu pula. Dan tsabit demikian itu mustahillah lawannya, iaitu menyerupaiNya akan yang baharu. [Kelima qiyamuhu ta‟ala binafsih] ertinya berdiri Allah  dengan sendiriNya. Dan tiada dikehendaki dengan demikian itu, terbetul perdirianNya dan ketiadaan mereka yang menolongkan Dia seperti barang yang bersegera pada faham. Dan hanya sungguhnya makna berdiriNya dengan sendiriNya itu ketiadaan berkehendak Allah  kepada zat yang menempati Ia padanya seperti menempati segala „aradh pada segala zat dan ketiadaan berkehendak kepada yang menjadikan Dia bahkan Ia yang menjadikan segala perkara. [Dan mustahil] lawannya iaitu berkehendaknya kepada zat atau kepada yang menjadikan Dia. Dalil Qiyamuhu Ta‟ala Binafsih [Dan dalil] qiyamuhu binafsih itu: Bahawasanya jika tiada berdiri Ia dengan sendiriNya bahkan berkehendak Ia kepada zat nescaya adalah Ia sifat. Dan keadaanNya  sifat itu mustahil kerana jika ada Ia sifat nescaya tiada bersifat Ia dengan sifat ma‟ani dan ma‟nawiyah yang lagi akan datang. Dan iaitu batal kerana menunjuk beberapa dalil atas bersifatNya dengan sifat ma‟ani () dan ma‟nawiyah ().b. [Atau] jika berkehendak Ia kepada yang menjadikan Dia nescaya adalah Ia baharu dan iaitu mustahil kerana telah terdahulu wajib qadimNya . Maka tsabitlah berdiriNya dengan sendiriNya. Dan apabila tsabit demikian itu mustahillah lawannya, iaitu berkehendakNya kepada zat atau kepada yang menjadikan Dia. [Keenam wahdaniyah] ertinya keesaan Allah  pada zat dan pada sifat dan pada af‟al (). [Dan maknanya] bahawasa Allah  itu tiada zatNya bersusun daripada dua zat atau lebih bersalahan kebanyakan zat makhluk, bersusun ia daripada beberapa banyak zat iaitu segala juzuknya. Dan bersusun ini dinamakan dia Kam Muttashil () pada zat. [Dan] bahawasanya  tiada ada yang mendua Ia bagiNya pada zatNya, maka jadi Ia berbilang dan berbilang ini dinamakan Kam Munfashil () pada zat.Dan dua kam (berbilang) ini ternafi keduanya dengan wahdaniyah pada zat. [Dan] bahawasanya  tiada baginya dua sifat atau lebih daripada jenis yang satu seperti dua qudrat atau tiga. Dan berbilang pada sifat ini dinamakan Kam Muttashil pada sifat. [Dan] bahawasanya tiada ada bagi yang lain daripadaNya  sifat yang menyerupai akan satu sifat daripada segala sifatNya . Dan menyerupai sifat yang lain bagi sifatNya ini dinamakan Kam Munfashil pada sifat. Dan dua kam ini ternafi keduanya dengan wahdaniyah pada sifat. [Dan] bahawasanya  tiada bagiNya perbuatan yang mengutui (bersekutu) akan Dia padaNya oleh yang lainNya. Dan sekutu ini dinamakan Kam Muttashil pada af‟al. [Dan] bahawasanya tiada bagi yang lainNya  satu perbuatan atas wajah mengadakan. Dan hanya sungguhnya dibangsakan kepadanya itu atas wajah kasab () dan ikhtiar ()12. Dan ada perbuatan bagi yang lain atas wajah mengadakan ini dinamakan Kam Munfashil pada af‟al. Dan ternafi dua kam ini dengan wahdaniyah pada af‟al. [Dan mustahil] lawannya iaituketiadaan esaNya pada segala yang tersebut itu. Dalil Wahdaniyah Dan dalil wahdaniyah Allah  bahawasanya jikalau berbilang-bilang Tuhan, nescaya adalah tiap-tiap tuhan daripada beberapa tuhan itu lemah dan jika lemah mereka itu nescaya tiada didapatkan alam ini. Dan iaitu batal dengan musyahadah. Maka tiadalah berbilang-bilang Tuhan. Maka tsabitlah wahdaniyahNya. Dan apabila tsabit wahdaniyahNya, mustahillah lawannya iaitu berbilang-bilangNya. [Ketujuh qudrat] ertinya kuasa. Iaitu sifat yang wujudiyyah () lagi sedia yang berdiri pada zat Allah  yang didapat dengan dia mengadakan tiap-tiap mumkin dan meniadakan dia atas muwafaqat iradat.13 Sifat Qudrat Ada Tujuh Ta‟luq Dan baginya tujuh ta‟luq dan erti ta‟luq itu menuntut sifat akan pekerjaan yang lebih atas berdirinya dengan zat dan tiada ada ta‟luq melainkan bagi sifat ma‟ani jua14 dan tiada wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahuikan beberapa ta‟luq ini15 kerana ia daripada bicara yang dalam daripada ilmu ini. Maka satu ta‟luq daripada yang tujuh itu:- (Pertama): Ta‟luq Shuluhi Qadim () iaitu patut qudrat pada azali bagi mengadakan dan meniadakan dengan dia pada waktu imkan ( - memungkinkan). (Kedua, Ketiga dan Keempat): Dan tiga daripadanya beberapa Ta‟luq Tanjizi Hadits (). Dan makna “tanjizi” itu meluluskan kerana diluluskan dengan qudrat itu akan barang yang ditentukan dengan iradat pada azali. Dan yang tiga itu: Ta‟luqnya dengan mengadakan mumkin kemudian daripada „adam yang dahulu. Dan ta‟luqnya dengan meniadakan dia kemudian daripada adanya.

    Dan ta‟luqnya dengan mengadakan akan dia kerana membangkitkan daripada kubur.

    (Kelima, Keenam dan Tujuh): Dan tiga ta‟luq daripada yang tujuh itu pula beberapa Ta‟luq Qabdhah (). Dan makna qabdhah itu genggam danmurad ( – yang dikehendaki) daripadanya bahawasa mumkin itu di dalam genggaman qudrat Allah . Maka jika dikehendaki Allah  dikekalkannya atas halnya daripada „adam atau wujud, dan jika dikehendakinya digantikan dia dengan lawannya. Dan yang tiga itu  Ta‟luqnya dengan berkekalan ketiadaan mumkin pada waktu imkan wujud dahulu daripada wujudnya. Dan ta‟luqnya dengan berkekalan wujudnya kemudian daripada „adam. Dan ta‟luqnya dengan berkekalan „adamnya kemudian daripada wujud. [Dan mustahil] lawannya iaitu lemah. Dalil Qudrat [Dan dalil] qudrat itu bahawasanya jikalau ada Ia lemah nescaya tiada didapatkan sesuatu daripada makhluk ini. Dan iaitu batal dengan musyahadah. Maka tsabitlah qudratNya . Dan apabila tsabit Ia, mustahillah lemahNya. [Kedelapan iradat] ertinya kehendak. Dan makna kehendak disini bahawasanya berlaku tiap-tiap suatu itu dengan sengajaNya  dan dengan (pe)rintahNya. Tiada makna kehendak itu berhajat seperti barang yang terkadang diwahamkan dia, kerana berhajat itu mustahil atasNya . Dan iaitu sifat yang wujudiyah lagi sedia yang berdiri pada zat Allah  yang menentu Ia16 akan mumkin dengan setengah barang yang harus atasNya, seperti ditentukan dia dengan wujud atau dengan putih atau hitam atau dengan panjang atau pendek dan umpama demikian itu. Ta‟luq Iradat Dan ta‟luq iradat itu dengan tiap-tiap mumkin seperti qudrat, tetapi ta‟luq qudrat itu ta‟luq mengadakan dan ta‟luq iradat ini ta‟luq menentukan. Maka tiada ta‟luq Ia dengan yang wajib dan yang mustahil. Dan melengkapi mumkin itu akan yang baik dan yang jahat. Bersalahan bagi Muktazilah yang berkata mereka itu bahawa iradat Allah  iaitu tiada ta‟luq dengan segala yang jahat dan yang keji. Tetapi wajib atas kita beradab serta Allah  dengan bahawa tiada kita bangsakan segala kejahatan dan kekejian itu kepadaNya  melainkan pada maqam mengajar. Dan tiada harus bagi seseorang berhujah ia dengan bahawa tiap-tiap kejahatan itu dengan kehendak Allah  dan qadarNya dahulu daripada jatuh dalam maksiat supaya jadi jalan bagi mengerjakan maksiat itu. Dan berpegang dengan ini hujah yang keji banyak jatuh, istimewa daripada umpama raja dan orang besar-besar tatkala hendak memzalim mereka itu akan orang atau hendak berzina, dan sangka mereka itu akan lepas daripada ambilan (tindakan) Allah  dan murkaNya. Maka jika menyertaikan demikian itu oleh menghalalkan umpama zalim dan zina itu, nescaya kufur mereka itu. Wal „Iyazu Billah (). Demikian lagi tiada harus berpegang dengan hujah yang tersebut, kemudian daripada mengerjanya jika qasod ia akan lari daripada had ( - hukuman) atau ta‟zir ( - denda) dengan sebab dosa itu. Maka jika qasod ia akan menegah cerca orang atasnya, maka harus baginya berhujah dengan demikian itu17. Dan tiada harus baginya redha dengan maksiat dan jika adalah ia dikehendaki oleh Allah  sekalipun daripada pihak keadaannya ditegah daripadanya, kerana bahawasa redha dengan maksiat itu maksiat pula dan wajib redha dengan maksiat daripada pihak keadaannya ia dikehendaki Allah  kerana bahawasanya redha dengan hukum Tuhan yang Mukhtar Jalla Wa‟alla ( - dipilih Yang Maha Besar dan Maha Tinggi). [Dan mustahil] lawannya iaitu ada sesuatu denganketiadaan kehendakNya, seperti ada ia dengan tergagah atau dengan lalai atau terlupa daripadanya18 atau dengan ta‟lil ( – kerana / bersebab) atau dengan tabiat (). Dan firaq ( - beza) antara keduanya bahawasa yang maujud dengan ta‟lil itu tiada terhenti ia melainkan atas „illatnya ( - sebab) jua. Maka manakala didapatkan „illatnya didapatkan dia dengan tiada terhenti atas sesuatu yang lain seperti gerak anak jari, maka bahawasanya ia „illah () bagi gerak cincin. Manakala dapat yang pertama dapatlah yang kedua. Dan bahawasa yang maujud dengan tabiat itu terhenti ia atas ada syarat dan ketiadaan mani‟ ( - penghalang) seperti api, maka bahawasanya tiada menguasa ia melainkan dengan syarat menyentuh dan ternafi basah. Hukuman Allah Pada I‟tiqad Manusia Maka barang siapa i‟tiqadkan bahawasa sesuatu19 itu memberi bekas dengan „illah atau dengan tabiatnya yakni dengan zatnya maka tiada khilaf () pada kufurnya. Dan barang siapa i‟tiqadkan bahawasanya memberi bekas dengan quwwah ( - kekuatan) yang dijadikan dia oleh Allah  padanya, maka iaitu fasiq lagi mubtadi‟ ( - bid‟ah). Dan pada kufurnya itu khilaf dan yang rajihnya ( - kuat) ketiadaan kufur20, dan setengah daripada ini21 orang yang i‟tiqadkan bahawasa hamba ini memberi bekas pada perbuatannya dengan qudrat yang dijadikan dia oleh Allah  padanya. Dan barang siapa i‟tiqadkan bahawasa Allah  jua yang memberi bekas tetapi berlazim-laziman antara segala sebab yang „adi ( - adat) dan antara barang yang menyertainya itu berlazim-laziman pada „aqal tiada mumkin bersalahannya, maka orang itu jahil dengan haqiqat hukum „adi (adat) dan terkadang membawa kepada kufur. Dan barang siapa i‟tiqadkan baharu segala sebab dan tiada memberi bekas ia dengan „illah dan tiada dengan tabiatnya dan tiada dengan kuat yang dijadikan Allah padanya dan i‟tiqad ia akan soh ( - sah) menyalahi, seperti didapatkan sebab seperti makan dan tiada didapatkan sebab iaitu kenyang hanya yang memberi bekas pada musabab itu Allah  jua. Maka orang inilah orang muwahhid () yang dapat kelepasan dengan kurnia Allah .Iradat Berlainan Daripada Suruh, Redha dan Ilmu [Dan ketahuilah olehmu] bahawasa iradat itu pada Ahli Sunnah lain daripada suruh dan redha dan ilmu: Maka terkadang menghendaki dan menyuruh dan redha Ia dengan sesuatu, seperti iman Abu Bakar . Dan terkadang tiada menghendaki dan tiada menyuruh dan tiada redha Ia dengan dia, seperti kufurnya (Abu Bakar ). Dan terkadang menghendaki dan tiada menyuruh dan tiada redha Ia seperti kufur Fir‟aun. Dan terkadang menyuruh dan redha Ia dan tiada menghendaki Ia, seperti imannya (Fir‟aun). Dan yang demikian itu kerana hikmah yang mengetahui Ia akan dia. (Firman Allah :) “Dia tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.” Maka jadilah segala bahagi itu empat dan redha itu lazim (sentiasa bersama) bagi suruh. Dalil Iradat [Dan dalil] iradat Allah  itu bahawasanya jika ternafi daripadanya oleh iradat nescaya adalah Ia lemah kerana terhenti qudrat atas iradat pada bicara „aqal dan jika ada Ia lemah nescaya tiada menjadi Ia akan sesuatu daripada alam dan yang demikian itu batal dengan musyahadah. Maka tsabitlah qudrat dan apabila tsabit qudrat tsabitlah iradat. Dan apabila tsabit iradat mustahillah lawannya, iaitu ada sesuatu dengan ketiadaan kehendakNya.  [Kesembilan ilmu] ertinyamengetahui. Dan iaitu sifat yang maujud, yang sedia, yang berdiri pada zat Allah , yang nyata dengan dia oleh segala perkara atas barang yang Ia dengan dia22 daripada segala yang wajib dan yang harus dan yang mustahil atas wajah meliputi atas jalan tafshil dengan ketiadaan dahulu tersembunyi. Maka baginya satu ta‟luq jua iaitu Ta‟luq Tanjizi Qadim (). Maka mengetahui Allah  pada azali akan segala perkara hingga barang yang tiada kesudahan baginya seperti kamalatNya  dan segala nafas ahli syurga. [Dan mustahil] lawannya iaitu jahil. Dalil Ilmu [Dan dalil] ilmu Allah  itu bahawasanya jika ada Ia jahil nescaya tiada ada Ia menghendaki. Dan iaitu mustahil kerana tsabit menghendakiNya dengan dalil yang telah lalu. Maka tsabitlah ilmu dan apabila tsabit bagiNya ilmu, mustahil atasNya jahil.

    [Kesepuluh hayat] ertinya hidup. Iaitu sifat yang maujud, yang sedia, yang berdiri pada zat Allah , yang mengesahkan bagiNya  bahawa bersifat Ia dengan ilmu dan lainnya daripada segala sifat. Dan tiada hidupNya itu dengan ruh. Maka tiada harus i‟tiqad bahawasanya ada bagiNya ruh, dan jika ruh yang qadim sekalipun. Dan Ia tiada ta‟luq dengan sesuatu. [Danmustahil] lawannya iaitu mati. Dalil Hayat [Dan dalil] hayat Allah bahawasanya jika ada Ia mati, tiada kuasa Ia dan tiada menghendaki dan tiada mengetahui. Dan iaitu mustahil kerana telah tsabit demikian itu dengan beberapa dalil yang telah terdahulu. Maka tsabitlah hayat Allah , dan apabila tsabit hayatNya mustahil matinya. Sama‟ () Ertinyamendengar. Basor () Ertinya melihat. Dan keduanya dua sifat yang qadimah () yang berdiri keduanya pada zat Allah , yang terbuka (ternyata) dengan keduanya23 oleh tiap-tiap maujud daripada segala zat dan warna dan suara dan lainnya. Dan ta‟luq keduanya Ta‟luq Inkisyaf (), ertinya terbuka, seperti ta‟luq ilmu. Dan wajib atas kita i‟tiqad bahawa inkisyaf (terbuka / terang) yang hasil dengan Sama‟ itu lain daripada inkisyaf yang hasil dengan tiap-tiap daripada keduanya lain daripada inkisyaf yang hasil dengan ilmu. Dan bahawa bagi tiap-tiap daripada inkisyaf yang tiga itu haqiqat yang diserahkan pengetahuannya kepada Allah . Dan bagi Sama‟ dan Basor itu tiga ta‟luq iaitu: Ta‟luq Tanjizi Qadim (). Iaitu ta‟luq keduanya dengan zat Allah  dan sifatNya. DanTa‟luq Shuluhi Qadim (). Iaitu ta‟luq keduanya dengan kita dahulu daripada ada kita. Dan Ta‟luq Tanjizi Hadits (). Iaitu ta‟luq keduanya dengan kita kemudian daripada ada kita. [Dan mustahil] lawan Sama‟ iaitutuli. Dan lawan Basor iaitu buta. Dalil Sama‟ dan Basor [Dan dalil] Sama‟ dan Basor24 itu firman Allah : Ertinya: “Dan Ia-lah Yang Amat Mendengar dan Amat Melihat.” [Dan dalil] keduanya pula, bahawasanya jika tiada bersifat Ia dengan keduanya nescaya bersifat dengan tuli dan buta. Dan iaitu batal kerana keduanya sifat kekurangan dan kekurangan atas Allah  itu mustahil. Maka tsabitlah bagiNya  Sama dan Basor. Dan apabila tsabit keduanya, mustahillah tuli dan buta. [Ketiga belas kalam] ertinya berkata-kata. Dan iaitu sifat yang qadimah yang berdiri pada zat Allah , yang menunjuk ia atas sekalian yang wajib dan jaiz (harus) dan mustahil lagi sunyi daripada huruf dan suara dan lainnya25 daripada sekalian sifat kalam yang hadits (baharu). Dan ta‟luq ia dengan segala perkara yang tersebut26 seperti ilmu, tetapi ta‟luq ilmu ta‟luq inkisyaf dan ta‟luq kalam ta‟luq dalalah () ertinya menunjuk. Dan ta‟luq kalam dengan nisbah kepada lain daripada suruh dan tegah tanjizi qadim. Adapun ta‟luqnya dengan nisbah kepada keduanya, maka jika tiada disyaratkan pada keduanya ada yang disuruh dan yang ditegah, maka demikian jua ertinya tanjizi qadim dan jika disyaratkan dia nescaya adalah ta‟luq kalam pada keduanya shuluhi qadim iaitu dahulu daripada ada yang disuruh dan yang ditegah dan tanjizi hadits iaitu kemudian daripada ada keduanya. [Dan mustahil] lawannya iaitu kelu atau ada huruf atau suara dan umpamanya pada kalamNya yang qadim. Dalil Kalam [Dan dalil] kalam itu firmanNya : Ertinya: “Berkata-kata Allah akan Musa sebagai berkata-kata.” Dengan makna menghilang Allah  akan hijab daripada Nabi Musa dan memperdengar akan dia akan kalamNya yang qadim. Tiada dengan makna Allah  akan kalam kemudian diam Ia, kerana Allah  itu sentiasa berkata-kata. 2. [Dan dalil] kalam pula bahawasanya jikalau tiada berkata-kata Ia nescaya adalah Ia bisu dan bisu itu kekurangan, dan iaitu mustahil. Maka tsabitlah kalamNya  dan apabila tsabit ia mustahillah lawannya. Sifat-Sifat Allah Terbahagi Kepada Empat Bahagian  [Dan sifat yang pertama] daripada segala sifat ini dinamakan sifat Nafsiyah (), nisbah kepada Nafsi (), dengan makna zat, kerana tiada melazim ia melainkan akan zat.  [Dan yang lima] kemudian daripadanya sifat Salbiyah (), dan makna Salab () itu nafi, kerana tiap-tiap satu daripadanya menafikan kekurangan daripada Allah . [Dan tujuh] yang kemudian daripadanya sifat Ma‟ani (), kerana ia beberapa makna yang berdiri dengan zat Allah . [Maka inilah] tiga belas (13) sifat serta segala lawannya dan segala dalilnya, yang wajib kita ketahuikan dia atas jalan tafshil pada qaul yang rajih [iaitulah] qaul Imam Asy‟ari  (). Bersalahan bagi qaul Qadhi27 dan Imam Al-Haramain  () bahawasa segala sifat yang wajib diketahui atas jalan tafshil itu dua puluh sifat dengan ditambahkan sifat Ma‟nawiyah yang tujuh dan menjalani atasnya oleh Syeikh Sanusi  () dalam „aqidahnya, Matan Ummu Al-Barahin () dan ini qaul ialah yang masyhur sekarang ini.

    Sifat Ma‟nawiyah Yang Tujuh Dan yang tujuh: [Kaunuhu Ta‟ala Qadiran()] ertinya KeadaanNya  Yang Kuasa28. [Dan] mustahillah keadaanNya yang lemah. Dan makna keadaanNya  yang kuasa itu berdiri qudrat pada zatNya  atas qaul yang pertama dan sesuatu kelakuan yang menengahi antara maujud dan ma‟dum (), yang lazim ia bagi qudrat pada qaul yang kedua. Dan demikian dikatakan pada enam sifat yang lagi akan datang. Dan [Kaunuhu Muridan ()] ertinya KeadaanNya Yang Menghendaki. [Dan mustahil] keadaan ada sesuatu dengan ketiadaan kehendakNya. Dan [Kaunuhu „Aliman ()] ertinya KeadaanNya Yang Mengetahui. [Dan] mustahil keadaanNya yang jahil. Dan [Kaunuhu Hayyan ()] ertinya KeadaanNya Yang Hidup. (Dan) mustahil keadaanNya yang mati. 5. Dan [Kaunuhu Sami‟an ()] ertinya KeadaanNya Yang Mendengar. [Dan] mustahil keadaanNya yang tuli. Dan [Kaunuhu Bashiran ()] ertinya KeadaanNya Yang Melihat. [Dan] mustahil keadaanNya yang buta. Dan [Kaunuhu Mutakalliman ()] ertinya KeadaanNya Yang Berkata-kata. [Dan] mustahil keadaanNya yang bisu.Dalil Ma‟nawiyah [Dan dalil] segala sifat ini atas qaul yang mentsabitkan dia, diketahuikan dia daripada segala dalil sifat ma‟ani yang telah lalu. [Dan] segala sifat ini dinamakan sifat Ma‟nawiyah nisbah kepada ma‟ani kerana bahawasanya segala sifat ini melazimkan (sentiasa bersama) sifat ma‟ani. Tanbih [Peringatan] Ketahui olehmu bahawasa Al-Kaun Qadiran() dan Al-Kaun Muridan () dan Al-Kaun ‘Aliman () hingga akhirnya itu, tsabit sekaliannya dengan tiada khilaf. Maka wajib ia bagi Allah  dengan ijma’ atas mazhab Ahli Sunnah () dan Mu’tazilah () dan atas Mazhab Ulama’ yang menyabitkan ahwal dan ulama’ yang menafikan ahwal (). Dan hanya sungguhnya khilaf itu pada keadaanNya beberapa sifat yang lebih atas segala sifat ma’ani atau tiada lebih atasnya. Bahkan ia umuri’tibariyah () ertinya beberapa perkara yang dii’tibarkan pada zihin ( - fikiran) jua, tiada ada ia pada kharij ( – luar fikiran)29. Maka tatkala itu30, maka makna ingkarkan ahwal pada mereka yang menafikan dia itu, ingkar lebihnya atas ma’ani, tiada ingkarkan keadaanNya  Yang Kuasa31.Misalan ( - umpama) daripada asalnya kerana bahawasa yang demikian itu kufur. Menjadi Kafir Kerana bahawasa ia32 perkara yang diijma’kan atasnya sehingga-hingganya tiada wajib kita bilangkan dia atas jalan tafshil atas qaul yang rajih dan wajib beriman dengan dia kerana ia setengah daripada segala perkara kesempurnaan Dan demikian lagi jadi kafir orang yang menafikan sifat Nafsiyah atau sesuatu daripada sifat Salbiyah, i’tiqad ia akan baharu demikian itu atau keadaanNya makhluk atau syak ia daripada sediaNya dan baharuNya atau terhenti ia pada demikian itu. Menjadi Fasiq dan Bid’ah [Adapun] orang yang menafikan sifat ma’ani seperti Mu’tazilah yang berkata mereka itu, tiada bagi Allah itu sifat ma’ani, bahkan Allah  itu Qadir dengan zatNya dan Murid dengan zatNya, maka tiada jadi ia kafir tetapi jadi fasiq () dan mubtadi’ ( – bid’ah), melainkan jika menafikan ia akan ma’ani serta menyabitkan lawannya, maka jadi kafir. Wal ‘Iyazu Billah  ( – mohon berlindung dengan Allah).Sifat Idrak dan Sifat Takwin Sifat Idrak () [Dan menjalani] qaul Qadhi () dan Imam Al-Haramain () atas meitsbatkan ( - mensabitkan) sifat [Idrak] ertinya mendapat. Dan ia pada mereka itu sifat yang qadimah, yang berdiri pada zat Allah , mendapat Ia dengan dia akan segala disentuh dan segala yang dicium dan segala yang dikecap dengan ketiadaan berhubung dengan segala yang tersebut itu. Dan kata qil () didapatkan dengan dia segala yang maujud. [Dan mustahil] lawannya iaitu ketiadaan mendapat. Sifat Takwin () [Dan menjalani] Maturidiyah () atas meistbatkan(mentsabitkan) sifat [Takwin] ertinya mengada-adakan. Dan ia pada mereka itu sifat yang qadimah, yang berdiri pada zat Allah . Mengada Ia dengan dia akan sesuatu dan meniada Ia dengan dia akan sesuatu, tetapi: Jika ta’luq dengan mengadakan dinamakan ijad (). Dan jika ta’luq dengan meniadakan dinamakan i’dam (). Dan jika ta’luq dengan menghidupkan dinamakan Ihya’ (). Dan jika ta’luq dengan merezekikan dinamakan rizq (). Demikianlah engkau qiyas (). [Dan] menafikan sifat takwin ini olehAsya’irah (). Dan menjadikan mereka itu akan segala yang tersebut itu beberapa ta’luq tanjizi hadits bagi qudrat. [Dan mustahil] lawannya iaituketiadaan mengada-adanya. [Dan] atas meitsbatkan sifat idrak dan sifat takwin berkata setengah ulama’ muhaqqiqin yang mutaakhirin () bermula yang terlebih hampir, ditambahkan pula pada sifat Ma’nawiyah akan dua (2) sifat: Pertama [Kaunuhu Ta’ala Mudrikan ()] ertinya Keadaan Allah Yang Mendapatkan. Dan melazim ia akan sifat idrak. [Dan] mustahil lawannya. Kedua [Kaunuhu Ta’ala Mukawwinan ()] ertinya KeadaanNya Yang Mengada-adakan. [Dan] mustahil lawannya. [Maka] atas barang yang tersebut ini, jadilah segala sifat yang wajib bagi Allah  itu dua puluh empat (24) sifat dan segala yang mustahil atasnya dua puluh empat (24) pula. Sifat Harus Bagi Allah [Dan harus] bagi Allah memperbuatkan tiap-tiap mumkin atau meninggalkan perbuatanNya dan mumkin itu tiap-tiap barang yang harus adanya dan tiadanya. Dalil Harus Bagi Allah [Dan dalil] atas demikian itu bahawasanya jika wajib atas Allah memperbuatkan sesuatu atau meninggalkan dia, nescaya jadilah yang jaiz itu wajib atau jadilah yang jaiz itu mustahil. Antara Perkara Yang Harus Bagi Allah [Maka diketahui] daripada demikian itu bahawasa Allah  itu tiada wajib atasNya memperbuat sesuatu daripada mumkinat, bersalahan bagi Mu’tazilah pada kata mereka itu wajib atas Allah  memperbuat Solah () dan Ashlah () ertinya yang baik dan yang terlebih baik. Maka harus bagiNya  memperbuatkan keduanya dan ketiadaan memperbuatkan keduanya. Dan Solah itu barang yang membetuli fasad () seperti iman pada membetuli kufur dan sihat pada membetuli sakit. Dan Ashlah barang yang membetuli Solah seperti memberi makan akan seorang makanan yang sedap pada membetuli memberi makan makanan yang tiada sedap dan kata qil keduanya perkara yang satu. [Dan] bersalahan qaul bagi Mu’tazilah pada kata mereka itu wajib atas Allah  membangkit segala Rasul . Maka harus bagiNya  membangkitkan mereka itu dan ketiadaannya. [Dan] bersalahan qaul bagi Mu’tazilah pada menafi mereka itu akan memperlihat Allah  akan zatNya Yang Maha Tinggi. Maka harus bagiNya  bahawa memperlihat Ia akan zatNya akan hambaNya, tetapi tiada jatuh melihatNya di dalam dunia melainkan bagi Nabi kita j pada malam Isra’ (), maka telah melihat ia akan Allah  dengan dua mata kepalanya di dalam jaga dengan ketiadaan kaifiat. Dan barang siapa mendakwa akan melihatNya  di dalam jaga pada dunia (se)lain daripada Nabi j, maka tiada syak pada kufurnya. Adapun di dalam tidur, maka tiada khilaf pada harusnya dan jatuhnya33 dan lagi akan dilihatkan Dia  oleh Mukminun di dalam akhirat dengan tiada kaifiat. Perbuatan Hamba Yang Ikhtiariyah Pada Tiga Mazhab [Dan setengah daripada mumkinat] itu segala perbuatan hamba yang ikhtiariyah (). Maka telah berlaku padanya tiga mazhab:

    1. [Pertama] Mazhab Ahli Sunnah () iaitu i’tiqad bahawasanya tiada bagi hamba pada perbuatan yang ikhtiari itu melainkan usaha jua. Maka tiadadikerasikan ( - dipaksa) dia pada perbuatan itu seperti barang yang berkata akan dia oleh To-ifah ( – puak) yang dinamakan Jabariyah, dan tiada hamba itu yang menjadikan dia seperti yang berkata akan dia oleh Mu’tazilah. [Kedua] Mazhab Jabariyah () iaitu i’tiqad tiada bagi hamba itu usaha sekali-kali, bahkan ia Majbur ( - dipaksa) ertinya yang dikerasikan seperti satu bulu yang bergantung pada hawa ( – udara) ditiupkan dia oleh angin betapa dikehendaknya. [Ketiga] Mazhab Mu’tazilah () iaitu i’tiqad bahawasanya hamba itu menjadikan segala perbuatan dirinya yang ikhtiari dengan qudrat yang dijadikan dia oleh Allah  pada dirinya. Dan adalah Mazhab Ahli Sunnah () itu pertengahan dan seolah-olahnya dikeluarkan antara darah dan tahi hal keadaannya laban ( - susu) dan bersih. Sifat-Sifat Bagi Sekalian Rasul [Dan wajib] bagi segala Rasul empat perkara: [Pertama Shiddiq] ertinya benar pada sekalian perkataan mereka itu. Dan makna benar itu berbetulan dengan nafsu pekerjaan. Maka wajib kita i‟tiqadkan benar mereka itu pada dakwa mereka itu akan Nubuwwah dan Risalah, dan pada barang yang menyampai mereka itu akan kita daripada Allah , dan pada segala khabar mereka itu daripada segala perkara yang ghaib34 dan lainnya35 dan jika atas jalan selora ( – seloroh / senda gurau) sekalipun. [Dan mustahil] lawannya iaitu dusta. Dalil Sifat Shiddiq [Dan dalil] shiddiq mereka itu bahawasanya jika berdusta mereka itu nescaya dusta pula khabar Allah  kerana membenarNya  akan mereka itu dengan mengurnianya mereka itu beberapa Mu‟jizat yang menepati firmanNya: “Telah benar hambaKu”. Dan dusta pada khabar Allah  itu mustahil, maka tsabitlah benar mereka itu. Dan apabila tsabit ia mustahillah dusta mereka itu. [Kedua Amanah] ertinya kepercayaan. Dan maknanya terpelihara mereka itu daripada mengerjakan segala barang yang ditegah dan jika Makruh dan Khilaf Al-Aula () sekalipun pada zahir dan batin pada ketika kecil dan besar, dan pada dahulu daripada jadi Nabi dan kemudiannya. [Mustahil] lawannya iaitu khianat. Dalil Sifat Amanah [Dan dalil] amanah mereka itu bahawasanya jika khianat mereka itu nescaya adalah kita disuruhkan kita dengan khianat kerana disuruhkan kita dengan mengerjakan seumpama perbuatan mereka itu. Dan tiada bahawa disuruhkan kita dengan khianat itu kerana tiada menyuruh Allah  dengan kejahatan sekali-kali. 3. Tabligh ()

    [Ketiga tabligh] ertinya menyampaikan barang yang disuruhkan mereka itu dengan menyampaikan dia kepada makhluk. Bahagian Wahyu Maka adalah barang yang diwahyu oleh Allah  kepada segala Rasul itu tiga bahagi: Satu bahagi menyuruh Allah  akan mereka itu dengan ketiadaan menyampaikan dia kepada makhluk, maka tiada harus bagi mereka itu menyampaikan dia. Dan satu bahagi memberi pilih Allah  akan mereka itu padanya, maka harus bagi mereka itu menyampaikan dia dan ketiadaan menyampainya. Dan satu bahagi menyuruh Allah  akan mereka itu dengan menyampainya, maka telah menyampai mereka itu akan dia kepada makhluk dan tiada menyembunyi mereka itu daripadanya akan sesuatu.

    [Dan mustahil] lawannya iaitu menyembunyikan barang yang tersebut itu.Dalil Sifat Tabligh [Dan dalil] tabligh itu bahawasanya jika menyembunyi mereka itu akan suatu daripada barang yang disuruhkan mereka itu dengan menyampaikan dia nescaya adalah kita disuruhkan kita dengan menyembunyikan ilmu kerana disuruhkan kita dengan mengikut mereka itu. Dan tiada sah bahawa disuruhkan kita dengan menyembunyi ilmu kerana orang yang menyembunyi ilmu itu dikutukikan. Maka tsabitlah bagi mereka itu tabligh dan apabila tsabit ia mustahillah menyembunyikan.

    [Keempat fatonah] ertinya cerdik dengan sekira-kira ada pada mereka itu kuasa atas menghentikan perkataan segala lawan dan berhujah akan mereka itu dan membatalkan segala dakwa mereka itu yang batilah ( - palsu). [Dan mustahil] lawannya iaitu bodoh. Dalil Sifat Fatonah [Dan dalil fatonah] itu bahawasanya jika ternafi daripada mereka itu oleh fatonah nescaya tiada kuasa mereka itu atas mendirikan hujah atas segala lawan mereka itu. Dan iaitu mustahil kerana mengkhabarkan oleh Qur‟an dengan mendiri mereka itu akan hujah atas segala lawan. Maka tsabitlah cerdik mereka itu, dan apabila tsabit ia mustahillah bodohnya. Sifat Harus Bagi Para Nabi dan Rasul [Dan harus] pada hak segala Anbiya‟ dan Rasul segala sifat manusia yang tiada mengurangkan pada mereka itu yang maha tinggi seperti makan dan minum dan sakit dan bergurau yang halal.  Maka tiada bersifat mereka itu dengan sifat ketuhanan.  Dan tiada bersifat mereka itu dengan sifat malaikat seperti tiada makan dan tiada tidur.  Dan tiada bersifat mereka itu dengan sifat manusia yang mengurangkan pada mereka itu seperti segala perkara yang mencederakan maruah ()36 dan ketiadaan sejahtera daripada tiap-tiap barang yang meliarkan dan tiap-tiap yang mencederakan hikmah dibangkitkan mereka itu iaitu menunaikan segala syara‟ Allah  dan menerima umat akan dia daripada mereka itu seperti: a. Makan pada jalan (makan sambil berjalan), b. Dan cedera „aqal, c. Dan kekurangan nasab (keturunan), d. Dan kampuh ( - gopoh), e. Dan takbur, f. Dan buta, g. Dan sopak,h. Dan penyakit pecah belah.

    Dalil Sifat Harus [Dan dalil] harus bersifat mereka itu dengan sifat manusia yang tiada mengurangkan qadar mereka itu dilihatkan dia ada pada mereka itu . Sifat-Sifat Yang Terhimpun Dalam Dua Kalimah Syahadah[Dan menghimpunkan] segala makna sifat ini semuanya oleh dua kalimah [] ertinya tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah. Dan kenyataan demikian itu37 bahawasa: 1. [Kalimah Yang Pertama] iaitu memberi faedah akan ikrar dengan menafikan ketuhanan daripada yang lain daripada Allah  dan mengitsbatkan () dia bagiNya  dan haqiqat Tuhan itu zat yang disembahkan dengan sebenar dan lazimlah bahawasanya Ia  terkaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan berkehendak kepadaNya oleh tiap-tiap barang yang lainnya.

    Maka makna itu tiada Tuhan yang disembahkan38 dengan sebenar padaNafs Al-Amr () itu melainkan Allah. Dan lazim daripada demikian itu bahawasanya: Ertinya: “Tiada yang terkaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan tiada yang berkehendak kepadanya oleh tiap-tiap barang yang lainnya melainkan Allah .”39 Dan bermula ini lazim menghimpun ia akan segala „aqaid yang bergantung dengan Tuhan. Sifat-Sifat Yang Terkandung Dalam Istighna’ [Maka istighna‟Nya  itu] ertinya terkayaNya daripada tiap-tiap yang lain itu melazimkan: I. Wajib WujudNya dan QidamNya dan BaqaNya dan Mukhalafatuhu Lil Hawadits dan Qiyamuhu Binafsih dan wajib Sama‟ dan Bashar dan Kalam dan Kaunuhu Sami‟an dan Kaunuhu Bashiran dan Kaunuhu Mutakalliman atas qaul tsubut ( – mentsabitkan / menetapkan) sifat Ma‟nawiyah. Kerana jika tiada wajib bagiNya sifat ini nescaya berkehendak kepada yang mengadakan atau kepada zat atau kepada mereka yang menolak daripadaNya akan kekurangan. Maka apabila wajib bagiNya segala sifat ini nescaya mustahil oleh segala lawannya. Maka ini dua puluh dua (22) „aqidah daripada wajibat dan mustahilat. II. Dan melazim ia pula akan nafi wajib perbuat sesuatu daripada segala mumkin atau meninggal perbuatnya, dan jika tiada nescaya lazim ketiadaan istighna‟Nya daripada memperbuat sesuatu itu atau meninggalnya. Maka ini satu „aqidah iaitu „aqidah harus. Maka jumlah barang yang lazimkan dia oleh istighna’ () itu dua puluh tiga (23) „aqidah. Sifat-Sifat Yang Terkandung Dalam Iftiqar [Dan iftiqar] ertinya berkehendak segala yang baharu kepadaNya40 itu melazimkan Hayat dan Qudrat dan Iradat dan „Ilmu dan Kaunuhu Hayyan dan Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan dan Kaunuhu „Aliman atas qaul tsubut sifat Ma‟nawiyah dan akan Wahdaniyah. Manakala wajib segala sifat ini, mustahillah segala lawannya. Maka jumlah barang yang melazimkan dia oleh iftiqar () itu delapan belas (18) „aqidah. [Dan Kalimah Yang Kedua]iaitu itu memberi faedah akan ikrar dengan risalah Sayyidina Muhammad j dan lazim daripadanya membenarkan dia pada tiap-tiap barang yang mendatang ia dengan dia, dan masuk dibawahnya wajib Benar sekalian Rasul dan Amanah mereka itu dan Fatonah mereka itu dan Tabligh mereka itu dan masuk dibawahnya pula mustahil atas mereka itu dusta dan khianat dan bodoh dan kitman ( - menyembunyikan) dan masuk dibawahnya pula harus segala sifat manusia yang tiada membawa kepada kekurangan pada hak mereka itu kerana bahawasa penghulu kita Nabi Muhammad j mendatang ia dengan wajib membenarkan demikian itu sekaliannya.

    Maka ini sembilan (9) „aqidah maka apabila dihimpunkan dia kepada barang yang telah lalu nescaya adalah sekaliannya lima puluh (50) „aqidah. Ini jika kita berkata dengan Tsubut Al-Ahwal () dan dengan ketiadaan sifat Idrak dan sifat Takwin dua sifat Ma‟nawiyah yang melazimkan keduanya dan mustahil lawannya sekaliannya. Maka jika kita berkata dengan tsubut sekalian demikian itu pula, nescaya adalah sekalian „aqidah yang menghimpunkan dia oleh dua kalimah itu lima puluh delapan (58) „aqidah. Adapun jika kita berkata dengan ketiadaan ahwal dan sekalian yang tersebut, maka adalah perhimpunannya tiga puluh enam (36) jua, dengan digugurkan sifat Ma‟nawiyah yang tujuh dan segala lawannya daripada bilangan tiada daripada i‟tiqad dan yang demikian itu empat belas (14) „aqidah dan dengan digugurkan Idrak dan Takwin dan barang yang mengikut keduanya dan yang demikian itu delapan (8) „aqidah.

    No comments:

    Post a Comment